Isnin, 15 September 2008

MERINDUI KASIH ILLAHI (2)


Hari tu, usrah kami membincangkan soal pendidikan anak-anak masa depan. Peningkatan jenayah dan gejala sosial amat membimbangkan kami dan kami perlu memikirkan sesuatu untuk membentuk generas asa depan yang lahir daripada acuan al-Quran dan hadis. Dato’ Harun Din dengan penuh khusyu’ menyatakan bahawa sudah tiba masa untuk kita menjemput generasi muda yang tekun beribadat seperti Maryam, pendakwah muda yang sanggup ke luar negara seperti Mus’ab bin Umair, orang yang mampu memimpin seperti Umar Abdul Aziz dan orang yang cerdik pandai seperti al-Ghazali.

Kemudiannya aku berbincang dengan Dato’ Harun Din tentang penerusan generasi masa depan yang lebih terpimpin. Banyak perkara yang kami bincangkan dan aku sendiri mengemukakan hujjah-hujjah aku tentang pentingnya kita mewujudkan satu skim pendidikan baru sebagaimana yang dilalui oleh para ulama terdahulu. Aku teringat kisah ayah Imam al-Ghazali yang meminta seorang ahli sufi agar mengasuh al-Ghazali dan adiknya Ahmad selepas pemergian beliau. Malah apabila kita merujuk kepada kisah yang lain sekalipun, hampir majoriti ulama mengembara ke pelosok mencari lmu sejak mereka kecil lagi. Pengembaraan mencari dan menjejak ilmu menjadi satu kegiatan mereka malah al-Syafei menyebut dalam Diwannya (himpunan syair) tentang kelebihan berkelana dan berbudaya.

Maryam sendiri dihantar ke tempat rumah ibadat di bawah jagaan bapa saudaranya Zakaria untuk berbakti sepenuhnya kepada Allah. Maka aku mencadangkan supaya diadakan satu pemilihan anak-anak kecil berdasarkan pandangan dan firasat para ulama yang soleh seperti Dato Harun Din sendiri untuk dimasukkan dalam skim pendidikan yang baru itu. Satu generasi cream of the cream mesti dilahirkan. Tidak perlu anak-anak yang genius sepeti yang diutarakan oleh Faisahl Tehrani dalam bukunya. Tidak perlu anaka-anak orang kaya. Yang penting adalah pemilihan dibuat hasil munajat dan firasat orang mukmin yang dekat dengan Allah.

Aku mencadangkan supaya diadakan iklan dalam media, menguar-uarkan kepada sesiapa yang berminat untuk menyerahkan anak mereka untuk dilatih dan diasuh dalam dunia yang menggabungkan kesufian dengan ilmu syariat dan jihad yang tidak kenal erti tawar menawar. Antara guru yang soleh dicadangkan aku ialah Habib Omar di Hadramaut, Dato Harun Din sendiri, Ustaz Zulkifli Baitul Qurra’ dan beberapa nama soleh.

”Ana melihat fityah yang mengadunkan kefaqihan ilmu dengan kehalusan sufi serta ditajamkan lagi dengan semangat jihad perlu kita lahirkan dalam masa yang pantas,” tegas aku menyimpulkan segala hujjah yang telah aku kemukakan.

”Ana bersetuju dengan pandangan Ustaz Dzul, dengan kita memahami pandangan Sa’id Hawwa bahawa kita perlu faqih yang sufi bukannya sufi yang faqih. Cuma apa yang ana khuatirkan adalah, apakah ada ibu dan ayah yang sanggup dan berpisah dengan anaknya dalam usia seawal tiga tahun?” Ridhuan meluahkan kebimbangan beliau. Beliau yang dulu merupakan ketua gerakan slam di Uia kini sedang menyambung pengajian Master dalam bidang Sains dan politik dan bersedia untuk menjadi MP Jerlun dalam beberapa tahun lagi.

”Ana memahami kebimbangan yang wujud kalangan kita. Tapi Ikhwah yang ana kasihi, belum cuba belum tahu. Kita sudah memerintah Malaysia hasil kebijaksanaan Dato Seri Anwar dan ketua gerakan yang lain, tetapi kita mesti cuba mengembangkan lagi kekuatan tarbiah kita dengan melahirkan sosok mujahidin yang bukan tangkas dari sudut pemikiran malah kental dari sudut hubungan dengan Allah dan mempunyai daya ketahanan yang tinggi untuk jihad pada jalan Allah. Sebab itu jugalah aku tegaskan pada awal-awal, kita hanya perlukan 30 orang untuk latih tubi yang awal ini. Sekranya plan pertama in tidak berjaya, maka kita tiada jalan lain melainkan kita teruskan sahaja pengajian jihad sekolah bawah tanah yang kita jalankan tiga tahun yang lepas.

Selepas kemenangan Pakatan Rakyat secara aman di Malaysia beberapa tahun yang sudah, beberapa pimpinan besar Pas teah melakukan ijtihad yang sangat sulit iaitu menubuhkan sebuah sekolah melahirkan mujahidin yang cintakan akhirat secara sangat tertutup/ hanya beberapa pimpinan besar yang mengetahu rahsia sulit ini dan sesiapa yang membocorkan rahsia ini akan dikerat lidahnya demi menjaga masa depan gerakan Islam. Dr Ramadhan yang baru sahaja pulang daripada luar negara telah dipilih untuk mengemudi sekolah ini. Tujuan utama penubuhan sekolah ini ialah untuk mewujudkan squad tentera yang cintakan kematian melebihi hidup sendiri dan akan mengusir Yahudi daripada bumi Palestin malah melenyapkan mereka sekaligus.

”Abang, macam mana dengan hasil perbincangan tadi,” tanya isteriku, kelihatan garis-garis halus di dahinya menampakkan lagi keresahan yang bersarang dalam hatinya. Isteriku merupakan SU Ketua Gerakan Muslimah Intelektual yang ditubuhkan untuk bertempur secara dingin atau ilmiah dengan puak liberalis yang kini sedang gat melebarkan sayapnya di Malaysia. Baru-baru ini isteriku mendapat anugerah Srikandi Islam oleh Dato Harun Din setelah berjaya mematahkan hujjah ketua Sisters In Islam. Beliau juga merupakan tenaga pengajar jemputan di sekolah Mujahidin tersebut.

”Abang sudah mengemukakan idea yang kita bincangkan sebelum ini. Abang tegaskan bahawa kewujudan sekolah yang ada sekarang sudah cukup baik Cuma kita perlukan satu lagi golongan faqih yang sufi serta menjadikan jihad sebagai kehidupan mereka dan golongan itu dipupuk sejak kecil lagi,” terang aku. Baginda SAW dahulu pun berjauhan dengan ibu baginda untuk diasuh di kawasan perkampuangan oleh Halimah al-Sa’diah. Maka kami hanya ingin mencontohi daya pendidikan yang pernah dilalui oleh bagnda SAW.

”Dato Harun Din akan membawa perbincangan ini secara lebih lanjut bersama dengan Syura nanti,” terang aku lagi. Isteriku mengangguk-angguk. Sebenarnya kami sudah bersedia untuk mewaqafkan Faqih untuk skim pendidikan yang baru ni. Malah jika skim ini tidak menjadi realiti sekalipun, aku tetap akan menghantar Faqih ke hadramaut untuk diasuh dan dididik di bawah jagaan Habib Umar. Semua itu tidak lain dan tidak bukan adalah sebaga lambang dan tanda kecntaan aku terhadap agama yang melebihi kepentingan peribadi. Isteriku menentang habis-habisan pada awalnya namun aku tetap bertegas dengan pendirianku di samping meyakinkannya tentang kepentingan berbuat demikian.

Masih segar dalam ingatanku ketika aku melamar isteriku dulu. Beliau meletakkan satu syarat dan aku juga meletakkan satu syarat. ”Jika Ustaz bersetuju untuk menjadikan ana sebaga suri hidup ustaz, maka ana sangat mengharapkan agar ustaz tidak menghalang ana untuk berkecimpung dalam dunia keilmuan dan jangan sesekali menghalang jihad ana. Ana hanya menganggap ustaz sebagai teman hidup tetapi dalam hati ana tetap mengktiraf Allah sebagai Tuhan yang perlu disembah. Aku juga telah menjadikan jihad sebagai makanan ana dan ana akan meratah jihad sepuas-puasnya sehingga nyawa ana ditarik Allah. Jika ustaz sanggup untuk mengahwini seorang muslimah yang sememangnya tidak mengendahkan keasyikan dunia, maka aka juga bersetuju untuk menjadi teman hidup ustaz, dunia dan akhirat,” aku melafazkan kesyukuran yang amat. Ternyata pilhanku adalah tepat, alhamdulillah.

”Ana juga berharap agar ustazah menjadi batu loncatan ana untuk mendapat kasih dan cinta daripada Allah,” jawab aku perlahan sambil hati tidak henti-hent melafazkan kesyukuran kepada Allah taala.

1 Cadangan/Pandangan:

Tanpa Nama berkata...

subhaanallah..ana memang setuju sangat menyerahkah anak kecil kepada pimppinan atau pejuang di jalan Allah..biar dapat membentuk jiwa muslim yang sejati...ana sangat merindui insan-insan bertaqwa...allahuakbar...

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE