“Di Gombak, suasananya tenang,” begitulah bilang abang Syaari kepadaku. Acap kali dia menyebut tentang ketenangan yang dimiliki bumi Gombak. Mungkin kerana suasana kemelayuan memaksa dia berkata begtu.
”Di Gombak, tiada kesibukan jalan raya dan kemalangan,” jelasnya lagi. Aku melihat dar kejauhan, di hadapan Greenwood, sukar sekali untuk melintas kerana kereta terlalu banyak. Risiko untuk kemalangan sangat tinggi. Tapi, kenapa abang Syaari mengeluarkan statement yang bertentangan dengan realiti?
”Di Gombak, tiada anjng berkeliaran seperti di Petaling Jaya,” nampak gaya abang Syaari cuba menyentuh isu peribadi. Mentang-mentang aku tinggal di PJ, banyak anjing, disindirnya aku. Bukankah anjing binatang yang baik dan mendengar kata. Apa salah anjing jika begitu.
Acap kali abang Syaari menyatakan keindahan yang didakap oleh bumi Gombak. Tetapi aku semakin kepeningan. Aku tidak past adakah abang Syaari berada dalam duna yang sebenar atau abang Syaari buta sebenarnya? Dibilangnya bumi Gombak tenang, tetapi aku melihat sampah sarap penuh bertaburan di sana sini. Ya, bumi Melayu katakan. Pergi sahaja ke restoran tep jalan berdekatan Greenwood, sampah sarap bertaburan tanpa ada konsep pengawalan yang baik. Lalu, aku bingung sekali lagi. Atau, apakah abang Syaari mengdap satu penyakit halusinasi, yang melihat sesuatu perkara yang tidak dapat dilihat oleh aku? Mungkinkah abang Syaari sedang melihat keindahan dalam dunia yang tidak mampu dijamah oleh aku?
Hari itu, aku melihat anjing sedang berjalan berpasangan. Siap gelak-gelak dengan pasangan masing-masing. Mungkin ada sesuatu yang mencuit hati mereka, kemudiannya berlari-lari macam pasangan hindustan yang banyak kali bertukar baju.
Lalu aku teringat kata-kata abang Syaari. ”Di Gombak, tiada anjng berkeliaran seperti di Petaling Jaya,” Jadi, apakah yang aku lihat ini bukan anjing, sebaliknya sepasang kambing yang sedang tenggelam dalam dunia percintaan? Tetapi aku pelik dan aneh sekali.
Setahu aku yang kurang ilmu pengetahuan ini, kambing bunyinya embek, embek. Tetapi binatang berkaki empat yang aku sedang saksikan itu bunyinya awk, awk. Eh, bukankah itu bunyi suara anjing? Tidak pernah aku mendengar anjing mengembek atau kambing menyalak. Aku semakin kebingungan. Atau, mungkin ini satu kelainan yang dimiliki oleh Gombak. Kambing yang berperangai dan berkelakuan seperti anjing?
Ya, aku mesti mengkaji secara lebih dalam lagi.
Semasa aku berjalan pulang dari surau ke rumah abang Syaari, aku melihat sekali lagi binatang berkaki empat. Ya, aku mesti menyiasat. Apakah itu anjing atau kambing. Eh, giginya tajam. Masakan kambing memiliki gigi yang tajam, malah ada taring. Ini bukan sifat kambing yang biasa aku lihat di kampung-kampung. Di Kelantan, di Perak, di Kedah, atau di mana-mana negeri, bukan begini sifat kambingnya. Kambing di kampung aku giginya tidak setajam itu.
Bunyinya pun lan sekali dengan kambng yang aku kenali selama ini. Ia tidak mengembek, malah melalui gelak tawa binatang itu, aku tahu mereka sedang menyalak. Aku semakin kebingungan. Takkan abang Syaari cuba menipu aku dengan menyatakan tiada anjng di Gombak. Abang Syaari yang aku kenali adalah seorang yang tidak suka berbohong malah sentiasa jujur. Jadi aku tidak percaya bahawa abang Syaari cuba membohongi aku.
”Us RO, abang Syaari bagitahu kat Gombak tiada anjing. Tapi dua ekor binatang tu, bukankah itu anjing?” aku bertanya kepada Us RO bagi mendapatkan kepastian. ”Enta ni Zul, macam-macam. Kan kambing ada tanduk, tu anjing, tiada tanduk,” balas Us RO sambil mengilai. Ish, macam pontianak. Tak thiqah betul us RO ni. Tapi betul juga apa yang us ro sebut, kambing ada tanduk, sedangkan anjing mana ada tanduk.
Aku melihat lagi bumi Gombak, dan aku cuba menyelami hakikat kata-kata abang Syaari. Aku melihat banyak burung Gagak yang landing di Gombak mengerumuni sampah sarap. Suasana ini tidak pernah aku lihat di PJ. Tetapi mengapa v menggambarkan ombak lebih tenang dan nyaman jika dibandingkan dengan PJ. Atau benar, abang Syaari cuba membohongi aku atau dia sedang mengidap penyakit halusinasi. Atau, mungkin abang Syaari mengidap paranoia disebabkan beliau tidak pernah merasai keindahan alam sekitar sejak dilahirkan?
”Abang Syaari kata anjing tiada di Gombak, tetapi bukankah tu anjing?” tanya aku sambil menunjukkan jar kepada dua tiga ekor anjing yang sedang bermain kejar-kejar. ”Abang kata suasana Gombak bersih, tetapi bukankah itu sampah sarap yang berlonggokan?” tanya aku lagi sambil menunjukkan ibu jari ke arah sampah sarap. ”Abang kata Gombak tenang, tetapi bukankah sekarang suasana bingit dengan suara Gagak yang tdak tahu malu?” tanya aku lagi sambil menutup telinga dengan kedua-dua jariku.
Abang Syaari terperangkap dalam psikologi aku. ”Atau sebenarnya abang merndui kambng abang yang terbunuh lapan tahun dahulu lalu menganggap anjing-anjing sebaga kambing abang?’ dan abang Syaari terus terperangkap
Tips Cegah Gangguan Pencernaan dengan Kebiasaan Berikut Ini
4 hari yang lalu
3 Cadangan/Pandangan:
salam'alaik ustadz.. huhu tinggi sangat posting nie.. yup bumi gombak memang tenang... sempat juga la menyaksikan ketenangannya... huhu... anjing?... itu kambing la ustadz!!
memang pres aku nih dah gile, die sedang mengidap penyakit halusinasi, orang kelantan kecek babil...ape selama nih aku berkawan dengan org yang duk dalam dunia lain ke??aku pun dah naik gile jadinye..tapi gombak jangan nak kutuk lebih2 arrrr...aku halau balik kang..
mula2 bca artikel tak pham
konklusinya ni medan psychology nagn halusinasi kot....
Catat Ulasan