Rabu, 17 September 2008

SAJA MENGARUT


Sikit-sikit, 16 Sept, sikit-sikit 16 Sept. Jadi ke tak jadi tak penting. Tanggung ke tak tangguh bukan persoalan utama. Yang penting, apabila keluar sahaja pasal 16 Sept, semua orang bising. Ada yang lari ke negara Tempei, ada yang menikus ketakutan, ada yang timbul provokasi, ada yang menggigil menggigit jari, ada yang guna C4, ada yang koyak gambar, ada yang mempertahankan bangsa Meloya, ada yang tersengih-sengih, ada yang bising-bising, jaja ke sana-jaja ke sini.

Tak tenang nampak gaya negara Meloya sejak akhir-akhir ini. Temasik di tepi pun mula bergelora. Dulu Osama, kini Obama. Dulu 16 Mei, kini 16 Sept. Adapaun raya negara Meloya yang selama ni tidur terjaga dari tidur, menggigil-gigil, terketar-ketar, mulala cakap tak tentu pasal, mulala sibuk nak bina pertanian negara, alih-alih semua lari ke negara Tempei, belajar cuci muka kat sana. Ini semua angkara menteri yang bukan alang kepalang berubah wajahnya sejak akhir-akhir ini selepas ke negara Tempei. Peliknya, orang lain ke negara Tempei tidak berubah muka, tetapi menteri yang bukan alang kepalang ni entah guna ilmu apa berubah wajahnya jadi muda mengalahkan anak gadis pingitan.

16 Sept, 16 Sept. Rakyat mula meloya dengan pemimpin yang tidur tidak habis-habis. Sekejap tidur, sekejap tidur, sedar sedar, asyik Jin je nama yang disebutnya. Sangka orang, ia disampuk oleh Jin Mata Satu yang gilakan manusia tujuh keturunan. Habis segala bomoh dipanggil untuk mengubati pemimpin Meloya ini, namun Jin juga yang disebutnya. Bising satu istana, katanya Raja disampuk Jin Mata Satu. Semua bomoh yang dipanggil menggeleng kepala. Imam Hadhari, Mufti Hadhari, Bomoh Hadhari, artis Hadhari, semua dipanggil demi mengubati raja yang disampuk Jin. jin, jin, jin, …. 16, 16, 16…

Kecoh satu istana. seorang mufti Hadhari khirnya mendapat alamat. Sediakan 16 dulang daging lembu untuk dijadikan korban. Raja terkena sampuk yang terlalu kuat, histeria memanjang tak henti-henti. Imam Hadhari pula asyik menyalahkan kontruktor yang membina istana di tempat bersarang Raja Jin Mata Satu. Akibatnya, raja yang disampuk. Hari itu juga, beberapa ekor lembu ditumbangkan untuk dijadikan 16 hidangan untuk Raja Jin Mata Satu. Mudah-mudahan akan lembut dan cairlah jin tersebut daripada mengganggu Raja Meloya. agarnya, amanlah kerajaan Meloya kelak daripada gangguan jin itu.

Arakian, beberapa bendahara, hulubalang, orang-orang kaya yang ke negara Tempei untuk mencuci muka di negara sana rupanya melancong menghabiskan duit kerajaan. Rakyat mengharapkan mereka akan pulang dengan membawa rahsia bagaimana mencuci muka, rupanya mereka pergi melancong di sana. Rakyat kerajaan Meloya mula bising. Sudahlah kami yang menanggung mereka ke sana, tapi alih-alih mereka pergi makan angin. Bising rakyat mula memberontak. Beralih dari bibir ke bibir, semuanya menyebut, 16 Sept, 16 Sept.

Berbalik semula kepada cerita Raja Meloya. Rupanya 16 dulang daging lembu itu bukan untuk dijadikan sembahan kepada Raja Jin Mata Satu. Sebaliknya ia merupakan hantaran daripada Raja Meloya untuk mengahwini Puteri Raja Jin Mata Satu. Ya, Jin Mata Satu lambang kepada mata keduniaan. Jin Mata Satu memang tidak pernah takutkan pencipta. Jin Mata Satu hanya inginkan dunia, dunia dan duni. Jin Mata Satu hanya inginkan kekayaan. Setelah Rostimah berjaya mengahwini dan menakluk harta kekayaan Putera Monggolia, maka kini tiba mata Puteri Jin Mata Satu untuk melekakan dan mengambil segala bentuk kekayaan Raja Meloya.

Imam Hadhari menjadi saksinya. Imam Hadhari sanggup belakangkan ajaran agama. Hidungnya meleleh dengan hingus, air liurnya keluar daripada tepi mulutnya, agaknya banyak berbohong, meleleh-leleh, tak pandai pula dikesatnya, wek, muntah orang melihatnya. Rakyat Meloya sudah loya melihat pemimpin dua muka. Bila berada di istana, dia pakai muka lain. Bila luar istana, dia pakai muka lain. Muakanya berubah-ubah. Bila dengan orang miskin, pakaiannya compang-camping. Bila dengan orang kaya, pakaiannya mewah. Bila berada di masjid, dia sembahyang puluh-puluh rakaat. Bagi ceramah macam dia paling alim, yang lain semua salah.

Semua sudah tahu. Imam Hadhari kaki penipu. Imam Hadhari belajar saja di Timur Tengah, tapi sanggup lupakan pesanan gurunya untuk kebaikan Raja Meloya yang gilakan Puteri Jin Mata Satu. Yang penting, duit, pangkat, dan Tempei. Ya, tempei, tempei.

Rakyat sudah mula menyampah. Rakyat sudah meluat dengan lakonan Putera Monggolia. Rakyat sudah menyampah dengan Imam Hadhari. Rakyat sudah menyampah dengan Mufti Hadhari. Rakyat sudah menyampah dengan Raja Meloya. Bila cakap saja, mesti pasal bangsa Meloya. Cakap saja, pasti tentang bangsa Meloya. Cakap saja, bangsa Meloya. Lalu rakyat sama-sama melaungkan, awas 16 Sept.

Toloooong….!!!!!! Seisi istana terkejut. Raja Meloya tersedar dari tidur terkejut, bagai dikejara harimau bertanduk. Puteri Jin Mata Satu terpiat-piat bangun, menggeliat sambil menyapu hingus yang meleleh, wek, meloyakan. Kenapa abang ni? Tanya Puteri Jin Mata Satu sambil menjilat hingusnya yang keluar meleleh, wek. Raja Meloya naik muntah melihatnya. Puteri Jin Mata Satu berbuat saja tanpa silu. Kata Rostimah, kita mesti jilat hingus kita sendiri kerana itu petanda awek muda dan cara menundukkan suami. Oh, patutlah Rostimah boleh peluk lelaki sana, boleh peluk lelaki sini. Putera Monggolia pula tersengih-sengih tak terkata-kata.

Imam Hadhari masuk cepat-cepat ke kamar Raja Meloya. Puteri Jin Mata Satu yang sibuk menjilat hingus terkejut bila melihat Imam Hadhari masuk ke tempat beradu tanpa izin. Raja Meloya yang hanya berseluar cepat-cepat memakai baju, takut Imam Hadhari nampak panau di yang bertompok-tompok di badannya. Kenapa Tuanku?

Beta mimpikan 16 Sept. Rakyat Beta menyumpah beta dengan 16 Sept. Apa petanda Imam tentang hal ini? Dulu kata 16 dulang hantaran untuk berkahwin, tetapi kenapa masih ada lagi mimpi ngeri yang tak kunjung padam?” tanya raja termengah-mengah. Barangkali belum hilang takutnya.

(dahla, cukupla mengarut tu. nanti kena ISA, teruk aku. tapi pelik kan, kenapa ditakuti sangat dengan 16 Sept yang tarikhnya telah diubah ? kenapa tidak takutkan pertemuan dengan Allah di hari akhirat kelak? fikir-fikirkan…)

“Tuanku kena ke Tempei tuanku,” cadang Imam Hadhari.

3 Cadangan/Pandangan:

~nEmo~ on 17 September 2008 pada 11:55 PTG berkata...

macam ala2 teater "2 Jam Sebelum Sultan Alauddin Syahid Diracun"

Anak Muda Reform on 21 September 2008 pada 4:31 PTG berkata...

memang layak jadi pengarah filem..pandai jugak hang ni ye, menulis ala2 SHIT..penulis politik, baguslah..

16 sept tak penting, yang penting rakyat dan massa berbicara dan berwacana tentang reformasi, revolusi, perubahan, transformasi, dan segala2 yang sama maksud dengannya...

yang lebih penting, berubah dari segi pemikiran dan berubah menegakkan keadilan (ISLAM)..

Tanpa Nama berkata...

maksud mendalam nih..

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE