Khamis, 18 September 2008

SEEKOR AYAM JANTAN DI PAGI YANG BENING


Pagi yang bening dan hening itu, aku melangkah kaki ke masjid dengan kopiah hitam ntah siapa tuannya. Yang penting bagiku, ada kopiah di kepala. Lalu apabila aku melangkah keluar, aku terjumpa seekor ayam jantan yang sedang bertenggek di atas bumbung kereta jiran. Dia merenung ke arah aku, tajam sekali renungannya. Aku membalas balik dan aku cuba memaniskan mukaku, tetapi pandangannya semakin tajam dan herot. “Apahal ayam ni, saja cari gaduh ke. Dia tak kenal aku presiden Gamis kot,” gerutu aku sendirian.

Pagi itu fikiran aku cukup kacau dan galau. Sepanjang perjalanan ke surau pemikiran aku bertambah galau. Solat subuhku melayang entah ke mana. Aku terfikir satu benda, betul ke tadi ayam jantan? Jika betul ada ayam jantan, kenapa aku tidak mendengar langsung kokokannya tadi? Biasanya ayam berkokok di awal pagi. Sedang aku berfikir dalam solat, tiba-tiba aym tadi berkokok. Aku bertambah galau. Biasanya ayam berkokok mengejutkan orang untuk solat subuh, tetapi kenapa kali ini ia berkokok semasa orang sedang mengerjakan solat?

Aku yakin tadi adalah ayam, tetapi kenapa ia tidak berkokok di awal pagi sebagaimana biasa. Memang betul aku sudah lama tidak melihat apatah lagi bertemu sua dengan ayam jantan sepanjang di Kuala Lumpur, tetapi sekarang aku berada di bumi kemelayuan iaitu Gombak. Di Gombak semuanya ada, ayam jantan, kambing yang menyalak (rujuk artikel lepas), begitu juga dengan burung Gagak.

Dahulunya, ayam berkokok untuk mengejutkan orang solat subuh. Ayam dulu, baru muazzin. Tetapi sekarang muezzin dulu yang azan, baru ayam mengikut. Ini satu hal yang sangat aneh. Apakah ayam masa sekarang sudah melakukan satu reformasi dan membentuk trend baru yang sesuai dengan perubahan zaman?

Atau apakah ayam jantan sudah tidak mempunyai idealisme yang mengancam sehingga mereka hanya menanti sesuatu perkara terlebih dahulu dan mereka hanya bersifat merespon apa yang ada? Apakah ayam jantan sudah tidak menjadi peneroka paradigma yang baru dan hanya memperbaiki paradigma dan idea yang sedia ada? Begitukah sikap ayam jantan mutakhir ini?

Petang itu, aku terdengar lagi suara ayam jantan. Nampak gaya, memang ayam jantan sudah berubah sikap…

(bangkitlah wahai ayam jantan sekalian)

1 Cadangan/Pandangan:

Anak Muda Reform on 21 September 2008 pada 4:17 PTG berkata...

maksudnya, rakyat @ mahasiswa yang berubah ini, menggantikan ayam ke???atau rakyat @ mahasiswa itu ayam??GAMIS perkasakan tarbiyah, dengan tarbiyah akan menggerakkan jiwa2 dakwah & siasah..GAMIS jangan jadi ayam bandar @ ayam daging, hilang identiti..

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE