Khamis, 18 September 2008

OH TATIA


Menitis air mata saya melihat cerita Anakku Bukan Anakku. Beberapa kali air mata tumpah ke pipi melihat cerita yang penuh dengan pengajaran dan mengandungi makna yang tersirat ini. Memang ada nilaian yang khurafat, tetapi pengajaran yang wujud juga banyak dan memberikan satu pedoman yang snagat baik untuk penonton setianya.

Eh, ustaz Dzul tengok cerita Tatia la. Ha, mesti ada orang yang nak komen. Pedulikan apa aku, yang penting aku juga rajin baca kitab, hehe. Cerita Tatia ini mengandngi beberapa adegan yang menggelikan hati walaupun adegan itu ada unsure satanisme ataupun kejahatan.

Saya setuju Bayu sebagai orang yang banyak menghidupkan unsur humor dalam cerita ini. Dengan gaya dia yang sangat menggelikan hati, ternyata dia sangat menghayati watak yang diberikan kepadanya. Rona tidak sebagus Bayu, namun cara lakonannnya juga boleh dipuji. Cerita ini berakhir dengan dua klimaks yang menggelisahkan.

Pertama, apabila Tatia bertemu semula dengan orang kandungnya. Yang kedua, terdedah rahsia sebenar bahawa Tatia sebenarnya memang merupakan anak kepada Bayu dan Rona. Ia snagat di luar dugaan, namn melalui pembacaan dan daya kritikan filem saya, pengarah cuba membawa satu mesej yang sangat terang dan jelas iaitu Tatia tetap menghormati ibu bapanya walaupun hatinya banyak terguris dan walaupun kedua ibu bapanya jahat.

Ibu lah yang mengandungkan kita sembilan bulan lamanya. Ayah pula yang bersusah payah membesarkan kita. Namun kenapa apabila kita menumbuh, kita mudah begitu sahaja melupakan segala jasa baik mereka. Walhal kita ke syurga pun kerana redha dan doanya. Tatia adalah lambang anak yang solehah dan sangat mengasihi kedua ibu bapanya. Inilah nilaian yang sangat baik dapat kita pungut daripada kisah dan cerita Indosenia, ops silap, Indonesia.

Sengaja saya mencoretkan tulisan ringkas ini untuk memperingatkan semula kewajipan kita terhadap kedua ibu bapa kita. Sayangilah mereka sebelum ruang masa untuk berbakti tertutup. Kasihilah mereka dan kemuncak bakti kita terhadap mereka adalah berusaha memastikan mereka termasuk dalam penghuni syurga.

“Tatia, semoga kita bertemu lagi”

4 Cadangan/Pandangan:

suella on 18 September 2008 8:17 PTG berkata...

eh uztaz.. tatia tu bukan anak kpd bayu ngn roma kan? roma bkn ibu kandung dia..cerita ni byk pengajannya.. hehe.. akdang2 saya tgk gak kalu ade masa

tukulbesi on 20 September 2008 9:18 PG berkata...

saya ingat saya je klgn ustz yg minat cerita tatia,ust dzul pun minat juga.ust zul tengok sampai habis,tapi suella tentu tak tengok siri terakhir,tatia tu memang anak bayu.

seronok juga tengok ustaz ustaz bahas fasal filem,senang sikit nak ambil alik kementerian penerangan nanti.

Anak Muda Reform on 21 September 2008 4:07 PTG berkata...

resolusi yang mudah, ustaz dzul mesti duk ambik alih kementerian penerangan, tak pun jadi pengarah drama, filem @ iklan..skang ISLAM dah berada di atas, masanya kita mengisi kemenangan ini..jangan lupe, pengarah filem islam di malaysia nih, belum ada lagi..PKS dah laksanakan, kita bile lagi??comfirm hang jadi menteri penerang, ganti shabery cheek, yang mempunyai sejarah yang sama, Presiden PMIUM..student power

aufa berkata...

salam
pointnya dr artikel ni
berbaktilah kite kpd ibu bapa slagi hayat masih ada..
kalu ingat ana masa kecik dulu time2 jahil
memang kategori anak derhaka
tapi skarg alhamdulillah..

cite indonesia yg panjg ni ana tgk first2 je..ending die baca artikel ni baru tahu yg si tatia tu memang ank bayu..
p/s;..geli hati tgk syaitan+ ular die yg keluar kat cite tu..siap terbayang2 plak...

teruskan mmbhaskan cite yg ada...

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE