Ahad, 30 November 2008

KISAH SEORANG MEKANIK DOSA


SEORANG MEKANIK DOSA

Hati ini sentiasa berbolak-balik. seketika, ia jatuh ke lembah ketaatan. saat ia jatuh ke lembah ketaatan, satu kemanisan beribadat terasa sehingga seluruh tubuh ikut serta berzikir kepadanya. tetapi saat ia terjatuh ke lembah kemaksiatan, hati semakin berkarat dan titik-titik hitam kian memenuhi ruang kekosongan yang ada.

Ketika aku bertemu dengan Imam Tirmizi, seorang ulama hadis yang terkenal, aku bertanya kepadanya tentang hati. Aku ingin sekali mengetahui, kapan seorang ulama yang sebaris dengan Ibn Majjah dan Abu Daud menjaga hatinya sehingga dipancari ilmu dan hikmah yang tidak kunjung malap. Bagaikan pelita yang tedak pernah keputusan minyaknya.

Imam menyatakan, “Hati terbahagi kepada enam, engkau mengetahui di tahapan manakah engkau berada. Hati pertama adalah hati hidup yang sarat dengan cahaya keimanan. kedua, hati mati yang kufur kepada Allah. Ketiga, hati sihat yang mentaati Allah. Hati sakit yang tidak luput daripada maksiat dan derhaka. Hati bagus yang selalu mengingati Allah. Akhirnya, hati tidur yang selalu lalai daripada mengingati Allah”.

Kalam Imam sangat berisi, tentu sekali kalam itu merupakan percikan cahaya keilmuan yang mendalam dimilikinya. Aku teringat, Ayah Nik pernah berpesan, jika kita melawat orang mati, maka jenguklah pengajarannya. Orang mati punya tangan seperti kita, namun tangannya tidak dapat bergerak. Begitu juga kakinya dan matanya yang tidak dapat bergerak dan berkerdip. Rupanya tangan dan kaki ini tidaklah punya kepentingan yang besar melainkan hati yang menghadap Allah dengan penuh kesejahteraan dan kepasrahan.

Seorang perempuan apabila bertanya Zunnun al-Misri tentang apa ertinya pemurah dari sudut agama, beliau lantas menjawab dengan penuh makna tersirat, Al-Musara’ah (bersegera) pada mentaati Tuhan seru sekalian alam.

Aku pula hanya seorang mekanik dosa. Mekanik, sifatnya pandai membaiki. Motor yang perlahan, apabila dibaiki akan menjadi sangat laju. Yang hodoh menjadi cantik, yang buruk menjadi unik. Ini mekanik. Aku pula, mekanik dosa. Selepas melakukan satu dosa, fikiran aku hanya tertumpu ke arah bagaimana nak upgrade dosa supaya cara melakukannya semakin menarik. Ya, berada dalam lembah dosa sangat menarik. Bukankah jalan ke syurga penuh dengan duri-duri syahwat?

Hati ini semakin membengkak. Doktor mengesahkan aku telah mengidap satu ketumbuhan dalam hati, iaitu ketumbuhan dosa yang kian sarat dan membesar. Bila-bila masa sahaja, aku akan mati. Dalam keadaan begini, jika aku mati, pasti pedih sekali. Muka mungkin bertukar menjadi wajah khinzir, ataupun anjing, dan aku akan mendatangi Tuhan yang amat aku kasihi dalam keadaan Ia murka kepadaku.

Ketahuilah, ada lima macam dosa yang lebih besar daripada dosa yang dikerjakan. Ambillah perhatian, janganlah sampai kalian mengidap penyakit ketumbuhan seperti aku, menanti ajal datang sedangka doctor sudah putus asa untuk mengubati penyakitku ini.

Anda memuliakan sesuatu dosa dengan anda merasakan tiada apa-apa pada dosa yang anda lakukan, itu adalah dosa yang lebih besra daripada dosa yang anda kerjakan. Anda menganggap enteng dosa yang anda lakukan, ia juga dosa yang lebih besar. Anda mengekalkam diri dalam keadaan berdosa tanpa berhajat untuk keluar daripadanya. Anda mempertontonkan dosa dan anda bersikap berani dalam melakukan dosa.

Jangan, jangan kamu lakukannya. Kelak kamu akan tahu akibatnya yang kini ditanggung oleh aku. Aku kini berada dalam wad ICU, menanti masa untuk Malaikat Maut datang menjengah, sedangkan doktor belum bertemu ubat dan penawarnya. Ibu menjengukku, melihatku dari kejauhan. Ibu pun benci kepadaku, kerana pada wajahku tiada sinar keimanan dan kehambaan. Walhal Abul Hassan berkata, “Apabila Allah telah memuliakan seseorang hamba dalam tindak-tanduknya, nescaya Allah mendirikan bagi hamba itu kehambaan kepada Allah terpancang di depan kedua matanya”.

Ayahku juga kelihatannya benci kepadaku. Tidakkah ia tahu aku dalam keadaan gering, kenapa ayah mesti meninggalkan aku di saat aku memerlukan dakapan eratnya untuk mengurangkan sakit aku ini? Benarlah kata al-Sakandary, “Barangsiapa yang tidak mensyukuri nikmat-nikmat Allah, maka Allah akan menghilangkan nikmat itu”. Aku nyatanya tidak mensyukuri nikmat dahi untuk bersujud, nikmat hati untuk tawajjuh, nikmat ilmu untuk beramal. Aku juga tidak mensyukuri nikmat kelapangan masa untuk diisi dengan berzikir.

Adik turut meninggalkan aku, langsung ia tidak menoleh ke belakang melihat abangnya yang semakin nazak. Laa ilaha illaLlah, mengucaplah, saat kematianmu semakin tiba. Nafasku mula tercungap-cungap perlahan. Adik, mengapa engkau tinggalkan abang keseorang berhadapan dengan sakrat yang kian membelit ini. Aduh, beratnya sakrat ini Tuan Doktor. Tolonglah aku dok, aku takut. Tiba-tiba, seseorang yang bermata tajam merenung ke arah aku. Ia mengenakan pakaian serba hitam. Jelingannya tajam sekali.

“Wahai orang muda, engkau takut dengan kematian? Selama ini engkau berlagak seolah-olah engkau hidup selama-lamanya. Bukankah engkau pernah mendengar pesan orang, beramallah kamu seolah-olah esok kamu akan mati? Tetapi engkau menjadi hamba kepada nafsu, enngkau telah mensyirikkan Allah kerana menjadikan nafsu sebagai Tuhan kedua”.

Laa ilaha illaLlah,.. Seorang malaikat yang sibuk mencatit tiba-tiba menjelmakan dirinya di sebelah aku. Ah, siapakah pula orang ini. Aku melihat ia memegang banyak sekali catitan. Aku intai sedikit, alangkah, itu semua amalan aku. Baik dosa yang besar mahupun kecil, amal yang besra mahupun kecil, semua dicatitnya. Nafas aku semakin kuat tercungap-cungap. Teringat aku kata Tuan Guru, apabila tiba hari akhirat, nnati ada orang yang sanggup terus terjun ke neraka sebelum habis dibicarakan kerana malu dosanya dipertontonkan di hadapan khalayak.

“Lupakah engkau anak muda, pesan Abu Hafas al-Haddad? Barangsiapa tidak curiga kepada nafsunya selama waktu atau zaman, dan barangsiapa yang tidak mahu bertentangan dengan nafsunya pada semua keadaan, dan barangsiapa yang tidak mahu menarik nafsunya pada hal-hal yang dibenci oleh nafsu pada seluruh harinya, maka orang itu tertipu dengan nafsu”.

“Bukankah Tuhan telah berfirman, “Maka ingatlah sekalian kepadaku, nescaya Aku akan mengingatimu. Dan bersyukurlah kepadaku dan jangan sesekali mengkufuriku”.

Laa ilaha illaLlah… Nafas masih tercungap-cungap, dan cungapan dan mengahannya menjadi-jadi.

Doktor, nasihati aku.. Doktor yang berjambang bersih, bermata kutu, sedikit botak kepalanya tetapi dilndungi ketayap putih, tersenym memandangku.

“Anak muda, ingatlah beberapa perkara.

Jika engkau ingin berzina, kemaluanmu akan digantung pada hari kiamat, dada perempuan akan dicabut dengan pengepit, kemaluannya akan ditusuk dengan besi panas.

Anak muda, jika engkau ingin berdusta, lidahmu akan ditusuk besi panas, gigi-gigimu akan dipatah-patahkan, gusimu akan ditoreh-toreh.

Jika engkau ingin menyakiti hati orang lain, kelak syaitan-syaitan yang hina akan menyakiti hatimu. Engkau akan berasam dengan Abu Lahab yang sering menyakiti hati Rasul.

Jika engkau kedekut, hartamu akan memakan dirimu. Ingatkah kamu kepada Sembilan belas malaikat yang menjaga Saqar? Apakah kamu tidak takut dibakar dalam wail jika kamu lengah mengerjakan solat, atau dicampakkan ke dalam lawwamah yang apinya menjulang ke atas, atau terus dalam jahannam bersama Iblis di tingkatan bawahan lantaran kamu menjadi munafiq?

“Dok, berikan aku penawar, Aku tidak tahan terus-menerus menanggung sakit ini. Ayah, ibu, adik, semua meninggalkan aku. Dok, ajarilah aku, aku ingin sekali terjun ke dalam lautan taubat, tetapi nafsuku selalu menghambat. Aku ingin merasakan halawah Iman, tetapi syaitan selalu membisik. Aku ingin berasam orang yang arif bilLah dan berjuang pada jalan-Nya, tetapi kendiri aku lemah sekali. Tolong aku dok, tolonglah”.

Lagi sekali doktor yang bermurah hati itu tersenyum. Lebar dan manis sekali. “Anak muda, Tuhan itu Maha Pengampun, maka selalulah bertaubat kepada-Nya, dengan syarat, jangan engkau memandang enteng dengan dosa dan jangan sesekali sampai mempermainkan erti taubat. Ibn AtaiLlah berwasiat, “Tidaklah kecil semua dosa, apabila anda berhadapan dengan keadilan Allah. Dan tidaklah besar semua dosa apabila anda berhadapan dengan kurnia-Nya”. Dosa meskipun setinggi gunung, namun keampunan Allah adalah jauh lebih besar, amak merintihlah dan merayulah, tinggalkan kerja mekanikmu itu, itu hanya menambahkan dosamu sahaja. Jaafar bin Barqon berkata, “Sesungguhnya hamba Allah, apabila ia melakukan sesuatu dosa, maka jatuhlah titik hitam dalam dirinya, tetapi jika ia taubat daripada dosanya, maka titik hitam dalam hatinya akan terhapus”.

Hati aku tenang kembali, rasanya kesakitan yang berdenyut tadi pulih seketika. Umar al-Khattab datang kepadaku dalam mimpi malam itu, ia berkata lembut kepadaku, “Benteng-benteng buat orang mukmin itu daripada ganggungan dan belitan syaitan ada tiga: Masjid itu adalah benteng, zikir itu benteng, dan membaca al-Quran itu juga adalah benteng”

0 Cadangan/Pandangan:

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE