Satu sya’ir indah berbunyi,
« Tanda-tanda cinta dalam hati tidak dapat bersembunyi daripada seseorang,
Laksana seorang pembawa kasturi, tidak bisa tersembunyi apabila baunya telah pecah »
Orang yang bercinta dengan Allah, masakan ia mampu untuk menyembunyikan rasa cintanya itu. Tandanya, mulutnya tidak lekang memuji-muja Tuhan seperti seorang yang tidak keruan. Hatinya sering resah kerana rindukan pertemuan dengan kekasihnya yang ditunggu-tunggu selama ini. Ia beribadah laksana orang lapar sedang mengadap makanan, diratah-ratahnya wirid dan zikir, diminum sepuas-puasnya rasa khusyu’, dikunyah-kunyahnya nikmat khauf dan raja’, dihirup-hirupnya sup kepuasan dan redha menjadikan Allah sebagai Tuhannya meskipun ia dibenci.
Pedulikan, jika dengan membawa Islam ini dikatakn pengganas, kita rela digelar pengganas. Malah, jika diktakan pendokong agama Tauhid ini anjing, ita rela dipanggil anjing. Anjing pun anjinglah, yang pentingnya, kita membawa Islam. Pedulikan orang, ingatlah dan tawajjuhlah kepada Allah.
“Ustaz, bagaimana ingin menjauhkan diri daripada perasaan al-Kibr, atau al-‘Ujb?”. Seseorang bertanya kepadaku satu ketika. Aku tunduk seketika memohon ampunan Allah, andai silap jawapanku, ampunilah, jika benar, juga ampunilah. Siapalah aku ingin menjawab persoalan yang berat ini? Rasa berat hati, takut-takut Ma’ruf al-Karkhi murka kepadaku lantaran jawapanku adalah salah.
“Jika kita berasa begitu, ingatlah beberapa perkara. Perkara, apakah amalan kita setaraf dengan al-Syafei yang mengkhatamkan al-Quran dua kali sehari dalam Ramadhan? Apakah hati kita sebersih al-Basri yang sentiasa takutkan Allah, atau sesuci hati Rabiatul Adawiyah sang perindu, atau sehebat Ma’ruf al-Karkhi yang ‘arif biLlah? Adik, kalau kita berasa hebat, sesungguhnya ramai lagi orang yang hebat. Kalau kita rasa nak ceritakan kepada orang kehebatan kita, apakah orang akan rasa tertarik atau meluat dengan akhlak kita? Ingatlah, kalau kita hebat beramal, Iblis dulu pun hebat beramal, tetapi dalam hatinya ada al-Kibr”.
Fana’, bolehkah kita mencapai fana’ sedangkan mata kita tidak lekang melihat aurat, hati kita dikotori debu-debu maksiat, jiwa kita belum bersih malah tompokan hitam semakin membesar, ilmu tidak seberapa, amal pula bagaikan debu berterbangan. Berbual amal banyak, yang dipotong kerana tidak disukai Allah lebih banyak.
Fana’ Fil-Af’al, akal dan perasaan kita terjurus kepada kekuasaan mutlaq Allah Ta’ala. Fana Fil-Sifat, kita karam dalam perasaan, bahawa tidak ada yang hidup pada hakikatnya kecuali Allah. Fana’ Fil-Zat, hilang baginya segala alam yang ada ini, yakni perasaannya telah terbang menuju ke hadrat maujud haqiqi iaitu Allah.
Hu, hu, hu… Lidah bertasbih menyebut-nyebut Allah.
“Ustaz, bagaimana pula dengan hati yang cintakan dunia?”
AstaghfiruLlah, tidakkah orang yang bertanya itu perasan, bahawa aku juga tergolong dalam pencinta dunia. Aku menggeleng kepala berkali-kali, istighafr berkali-kali, namun timbul bimbang dalam hatiku, apakah istighfar aku memerlukan istighfar yang lain sebagaimana ugut Adawiyah? Aku memohon ampunan-Mu yang Rab. Juga aku berterima kasih kepada-Mu kerana Engkau melindungi aibku selama ini, dan Engkau belum meletakkan lambing kedurhakaan terpancang di hadapan kedua mataku.
“Orang yang mengejr dunia akan mendapat dunia, tetapi akhirat akan meninggalkannya. Sedangkan orang yang meninggalkan dunia, dunia akan mengejarnya dan dia akan memperolehi akhirat. Nabi Sulaiman ditawarkan untuk memilih salah satu daripada harta, ilmu dan kerajaan. Dipilihnya ilmu, lalu ia menadapat harta dan kerajaan,” ujarku, sekadarnya Cuma.
Yang di dalam hati pasti akan terpancar, laksana cahaya mentari yang menembusi awan gemawan. Ibn AtaiLlah menyebut, “Sesuatu yang tersembunyi dalam rahsia hati yang tersembunyi, lahir dan nyata pada lahiriah yang dapat dilihat”.
Syair ada menyebut,
“Manakala ada pada seseorang sesuatu akhlak,
Sekalipun ia tersembunyi daripada manusia, namun nescaya ia tetap diketahui”
Ketika di Iraq, seorang ulama tasauf besar berpesan kepada ketua sufi. Ulama tasauf besar itu adalah Abu Hafas, yang berkata kepada Junaid al-Baghdadi yang santun. “Tidak hai Abul Qasim, tetapi kebaikan adab yang telah terlihat pada lahiriah mereka adalah petanda tentang adab yang tersembunyi dalam hati mereka”.
Hu, hu, hu.. Lidah terus terkumat-kamit mengungkapkan zikir, petanda kerinduan memuncak.
Orang yang dalam perjalan mencari hakikat Rabbani namanya Al-Muriduna al-Salikun (orang yang berkehendak kepada Allah dan mengembara mencari petanda kebenaran). Orang yang mendapat petunjuk pula digelar Al-Muriduna al-Majzubun (orang yang berkehendak dan ditarik Allah). Orang ini digelar dalam bahasa Tasauf sebagai Ahli Syuhud.
“Allah memilih siapa yang dikehendaki-Nya, dan menunjuki siapa yang kembali kepada-Nya”. (al-Syura:13)
“Ustaz, berilah pesan kepada saya,”. Seseorang yang lain pula meminta kepadaku. Aku sekali lagi terjerat dalam kebimbangan. Ya Allah, janganlah dengan ilmuku, aku karam dalam kenikmatan ujub dan kemanisan al-Kibr. Jauhlah aku daripada kenikmatan dan kemanisan itu, sebaliknya berilah aku kepahitan tawadhu’ dan masamnya zuhud.
“Saya memetik pesan ahli sufi buat saya dan kamu. Malah untuk semua pejuang Islam, spaya jangan asyik mengasah potensi akal sehingga terlupa menggilap ketajaman ma’rifah dan basirah.
Bacalah al-Quran sekali dengan makna dan pengertiannya. Kosongkan perut supaya badan tidak berat untuk beribadah. Rajinlah solat sunat di waktu malam lebih-lebih lagi di pertengahan atau sesudahnya. Taubat dan mintalah ampun kepada Allah di waktu sahur, pada saat-saat manusia asyik dengan tidurnya. Bersahabatlah dengan orang-orang yang baik, ulama-ulama dan hamba-hamba yang soleh dan jauhilah perkara syubhat apatah lagi perkara haram”.
Dan aku berpesan kepada diriku, sentiasalah menyebut
Ilaahi, anta maqsudi, wa ridhaka matlubi
(Tuhanku, Engkaulah yang aku tuju, dan redha-Mu matlamatku)
Allahu Ma’I, Allahu Nadziri, Allahu Syahidi
(Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menyaksikanku)
Hu, hu, hu, hati terus bersimpuh dan merebah di ribaan Ilahi.
Keuntungan Lampu Downlight, Hemat Listrik dan Bertahan Lama
5 hari yang lalu
4 Cadangan/Pandangan:
salam ustaz!!!
penulisan ustaz sangat saya kagumi...izinkan saya copy untuk dikongsikan dengan kengkawan saya.. harap dapat...Barakallahu fik!!!
presiden bile berbicara bab tasauf, hamba kurang mengerti, mungkin kerna hati ini kelam dan gelam dengan kehitaman dose2...
dzul menulis bile fana' dengan kesufian..huhuhu..
salam ustaz
bile menbaca penulisan ini
meresap ke hati ana
betapa kekadang kita dalam berjuang lupa untuk merenung diri..
menilai hati sejauhmana hati kite khauf kapada Allah
setinggi mana cinta Allah yg kite pacakkan dalam hati dapat dilkasanakan dalam perbuatan seharian.
..........................
sungguh itu juga yang ana takutkan
bimbang jikalau karam dalam gelombang alkibr dan al ujb
sia sialah perjuangannya yg dijulang julang selama ini..
bimbang dicampakkan sahaja amal islami ke tepi..oleh Nya..
nauzubillah minzalik
biarlah hati kita ini sahabat sahabiah kembali padaNya dengan hati yang bersih...sepertimana kita dilahirkan ke dunia juga dengan hati yang putih bersih ibarat kain putih ..
subhanaka inni kuntu minazzolimin...
marilah kita sama2 banyakkan muhasabah diri...
Assalamualaikum...
Syukur ke hadrat Ilahi dengan berkahnya dapat kita hidup dialam sementara ini.
salam ustaz..
terima kasih dengan artikal yang ustad tulis...dapat saya baca dan mendapat ilmu darinya. Alhamdulillah.
Ustad..
banyak manuasia kini jiwanya kosong termasuklah saya insan yang jahil dengan ilmu2 Allah, tapi saya kini mencari ilmu kearah itu..doakan saya berjaya.
doakan saya apabila melihat dapat melihat Allah, apabila membaca memuji Allah, Apabila sendirian menangis kerana Allah. Hidup seperti Penghulu tak dapat banyak sedikit pun alhamdulillah. Hidup berpandukan al-quran dan sunnah.
doakan saya mendapat cahaya...agar semuanya terang.
Moga ustad ditambah ilmu dan dimurahkan rezeki dan ditempat kalangan ahli-ahli sufi dan para wali....
ikhlas dari saya
Rizal (rijal)
http://hu-allah.blogspot.com
Catat Ulasan