Akhirnya adik saya kawen. Dia berkahwin dengan adik saya juga. Aduh, bagaimana adik kepada seorang abang berkahwin. Dah, jangan banyak tanya, yang penting, adik lelaki saya berkahwin dengan adik perempuan saya. Cukup, jangan tanya lagi.
Ha, kan saya dah kata, jangan tanya, asasnya, adik lelaki saya kahwin dengan adik perempuan saya. Dulu-dulu, bila saya imbas balik, Hafizudin pernah menyebutkan cita-citanya, yang dia akan menikmati perkahwinan semasa berada di bangku mahasiswa. Entahlah kenapa ia bersungguh sangat, tetapi katanya ia menuruti perilaku ayahnya.
Ustaz Abirerah, tu la, ustaz kahwin masa belajar, sekarang anak ustaz pula yang kahwin masa belajar. Sama la tu. Kalau ayah saya kahwin masa belajar, saya juga akan menggunakan teori yang sama. “Ayah nak haling saya kahwin masa belajar, ayah dulu takpe pulak. Ini tidak adil”.
Hafiz budak Pahang, Faten pula budak Penang. Macam mana entah, dua negeri yang jauh bertemu hati. Senyum je Hafiz dalam gambar. Faten pun, murah je senyuman hari tu. Kalau lelong pun mungkin laku. Hafiz tak pakai spek, Faten pula pakai spek. Aik, bagaimana orang tak pakai spek berkenan dengan orang pakai spke. Ke orang yang pakai spek yang berkenan. Erm, mungkin check and balance, hehe.
Ok la tu, kurang-kurang Hafiz pandai memimpin, Faten pandai mengurus. Hafiz ada motor, Fate nada kereta. Saling melengkapi katakan. Hafiz lelaki, Faten perempuan. Alahai, sekufu betul adik aku dua orang ni.
Tahniahla Hafiz, hang dah langkah bendul, tapi ana tak terasa. Memang hang tak iktu protokol, mendahului orang lebih tua, tetapi tak mengapa. Ana bukan nak marah pun. Terasa jauh sekali. Hang baru umur 22, ana umur 24, tetapi hang main cilok, mana aci, tapi tak mengapa, dah tu jodoh hang. Hang sempat pintas dulu, ana nak uat macam mana. Sabo je la.
Tapi hang jangan lupa, anak hang tu, anak sedara aku jugak. Ucapan tahniah buat Hafiz dan Faten, Abang Shami dan Mariah, Abang Hafiz dengan Kak Syahidra Ghazali dan semua yang aku kenal. Jangan lupa, anak hangpa adalah warisan perjuangan kita, sebagaimana yang telah kita bai’ahkan sama-sama.
Keuntungan Lampu Downlight, Hemat Listrik dan Bertahan Lama
5 hari yang lalu
3 Cadangan/Pandangan:
Salam.
Wah Dzul! Enta 'post' secara pukal ya. Terima kasih atas 'roti canai' yang banyak ni. Burrpp! Alhamdulillah.
abang zam dah mula buat ayat2 satera, bukan ayat2 cinta..huhuhu..
cakap banyak pulak presiden kita nih, kahwin cepat..muslimat dah tunggu dah tuh..heee, jangan bolak balik hati lagi...mudah2an ko tak lupe ajak aku...
cepat kahwin ust dzul..mak ust dah xsabar nk dapat menantu 2. pas kawen ade la org jaga walaupun membesar di atas bas...huhu
Catat Ulasan