Selasa, 2 Disember 2008

SAKRATUL MAUT


Heboh juga dibincangkan penayangan video sakaratul-maut yang telah dikritik oleh sorang ibu. Katanya, anaknya tertekan dan terganggu emosi setlah melihat tayangan tersebut. Saya cukup yakin ramai yang melenting. Kawan baik saya juga melenting. Malah kawan saya yang kedua baik juga melenting. Yang tidak kenal-mengenal saya pun melenting. Kawan kepada kawan saya pun melenting.

“Inilah pemikiran sekular yang kian merasuk orang Islam”. Luah ramai orang. Bukankah mengingati kematian itu satu kaedah mendekatkan diri kepada Allah dan membuatkan kesombongan akan hancur lebur. Saya hanya tersenyum melihat telatah masing-masing.

Kawan saya si Yusri yang mengendalikan program Smart Solat turut sibuk menyiapkan tayangan sakrat. Biasalah orang yang buat program. Buat sekadar untuk budak-budak, malah untuk remaja dan orang muda, mungkin juga orang tua, modul yang sama digunakan iaitu tayangan sakratul maut. Kemuncaknya, urusetia akan bergembira jika ramai yang menangis. Mereka tidak sedar, tangisan tidak semestinya tanda perubahan. Ada tangisan kerana takut. Ada yang menangis kerana terlalu gembira. Ada yang menangis kerana bersedih. Ada tangisan penyesalan dan taubat. Ada juga air mata buaya, itu jangan dilupakan.

Alangkah, menggunakan modul yang sama kepada kanak-kanak, remaja dan orang muda. Apa perbezaannya? Biasanya pada malam kemuncak, lampu akan dipadamkan, kemudian tayangan dibuat, sebelum urusetia mula mereka-reka cerita tentang kematian ibu kandung. Ini biasa berlaku dalam program kanak-kanak. Dalam gelap begitu, ada yang benar-benar ketakutan, tidak kurang juga ada yang menguap berkali-kali. Ala, modul sama lagi. Boring betul.

Motivator motivator, teori tinggal teori. Saya tidak maksudkan semua motivator begitu. Suka benar kita melihat orang menangis. Modul sama digunakan berkali-kali. Seorang budak, jika ia mengkuti banyak program, maka ia akan melalui modul sakrat berkali-kali. Lalu berdalihlah para urusetia, kematian akan mengingatkan kita kepada Allah. Sedangkan urusetia pula, hatinya entah di mana. Fulus, fulus. Jangan terasa, saya tidak katakana semua orang begitu. Siapa yang makan cili terasalah pedasnya.

Jangan asyik nak suruh orang menangis sedangkan kita sendiri kerng dengan air mata. Kita berbalik kepada perbincangan. Jangan marah saya. Tiada guna anda memarahi saya, kecuali saya dan anda, sama-sama kita bermuhasabah. Saya sangat bersetuju secara peribadi bahawa tayangan video sakrat adalah tidak sesuai dengan tahapan kanak-kanak. Bukankah Islam bermula dengan menceritakan perkara gembira sebelum berita duka?

Bacalah tulisan Dr Jum’ah Amin dalam Fiqh Dakwah jika belum percaya. Al-Targhib Qabla al-Tarhib. Berilah berita yang merangsang sebelum menakut-nakutkan. Sebelum bercerita tentang neraka, cerita dulu tentang syurga. Sebelum menakut-nakutkan dengan kematian, cerita dulu hakikat kehidupan. Sebelum digambarkan azab kubur, khabarkan dulu kenikmatannya.

Bagus tayangan sakrat tu. Ia menggambarkan tentang peritnya azab kubur. Satu tayangan, hanya dengar suara, satu lagi ada lakonan. Bagus, tetapi tidak semua benda bagus boleh diceritakan secara umum. Bukankah ada ilmu yang mesti kita sembunyikan atas beberapa alasan. Bukankah ada benda bagus tetapi tidak sesuai. Ada kanak-kanak hendak berperang pada zaman nabi semacam Zaid bin Harithah. Bagus, tetapi tidak sesuai.

Saya berbincang dengan Yusri. Saya memintanya supaya menyediakan tayangan yang menceritakan tntang kelebihan beramal. Pahalanya, syurganya, nikmat syurganya. Kata nabi, “Mudahkan jangan payahkan. Berilah berita gembira bukannya menyusahkan”. Bukankah nabi sebagai basyir sebelum nazir?. Ceritakan dulu tentang indahnya pahala, syurga, jika berdegil, barulah diceritakan tentang azab dan murka-Nya.

Step by step, atau tadarruj. Jangan samakan video sakrat yang ditayangkan kepada orang muda dengan kanak-kanak. Nabi meminta agar disuruh anak-anak solat seawal usia tujuh tahun. Bermakna ajaran solat bermula sebelum itu lagi. Kemudian barulah berlakunya rotan dan langkah seterusnya. Isteri yang nusyuz, perlu dinasihati terlebih dahulu. Hantarkan SMS, email, surat, hadiah-hadiah, buku-buku, gunakan orang yang terdekat, gunakan sahabat baik isteri, mak ayah, pakar kaunseling, setelah lama kemudian, barulah diasingkan tempat tidur sebelum diambil langkah terakhir iaitu pukul. Itu pun dipukul dengan menggunakan kayu sugi terlebih dahulu. Nah, bukankah ajaran dan didikan itu berbeza pada setiap tahapan dan perlu kepada beransur-ansur, pelan-pelan.

Begitu juga kes orang tinggalkan solat dengan sengaja. Begitu juga kes penganut ajaran sesat. Bukankah nabi tidak memarahi orang Badwi yang berkasar dengannya tetapi nabi menunjukkan wajah masam kepada sahabat dan Aisyah yang telah melakukan perkara yang kurang disenanginya meskipun tidaklah sekasar Badwi tadi. Ini menunjukkan ada bezanya dalam asuhan. Bukankah nabi membiarkan orang munafiq yang sentiasa berdalih tetapi nabi memulau tiga orang sahabat yang tidak menghadiri peperangan?

Istikhlas, baru ikhlas, kemudian jadilah mukhlas. Gula-gula perlu ada dalam mendidik. Ancaman adalah langkah terakhir. Jangan kita tergopoh-gapah dalam mendidik, kelak buah yang ditanam tidak sedap rasanya. Nabi pun mengajar, bila baca al-Quran, jika tidak dapat menangis, pura-pura menangis. Apakah kita berbohong? Tidak, tetapi kita dalam proses menghancurkan kerasnya hati kita. Ala, buat jela apa yang nabi ajar, janagn banyak songeh.

Allah pun bagi gula-gula. Bukankah tawaran masuk syurga, dapat balasan sampai 700 kali ganda (bahkan lebih banyak), kelebihan malam al-Qadar, keistimewaan ibadat termasuklah puasa Hari ‘Arafah, kanak-kanak yang comel di syurga sbagai penghibur, bidadari untuk lelaki dan perhiasan emas untuk wanita, bukankah itu gula-gula? Selepas itu, jika tidak dengar, selepas besar pun masih berdegil, ha, barulah dikenakan ancaman dengan tayangan sakrat dan azab neraka.

Malah, kalau orang sudah mencecah umur 20-an, jika baru nak berubah, maka khabarkan dulu dengan berita gembira sebelum berita menakutkan.

Sudahla, modul sakrat itu modul lama. Banyak lagi modul lain, jangan nak tengok budak menangis sahaja.

2 Cadangan/Pandangan:

Anak Muda Reform on 2 Disember 2008 pada 11:02 PG berkata...

ada perkara yang aku setuju, ada perkara yang aku kurang setuju..soal penayangan tuh, adalah berhubung dengan uslub, maka dengan uslub, aku rasa tidak ada satu pun yang salah, cuma melihat kepada mad'u @ sasaran dakwah, baru boleh kate uslub itu tepat @ tidak....

dalam dunia hari ini, budak seawal 7, 8, 9 tahun (sekolah rendah), dah terdedah dengan tayangan movie sex, bahkan dengan usia budak2 sekolah rendah, mereka dah ada handphone, video lucah mudah didapati..dan saya rase tuan presiden pun tau, budak sekolah rendah dah pandai wat hubungan sex..penyelesaian tetap memberi berita gembira @ ancaman melakukan dose2???

sistem pendidikan sekular kita dah terlalu korup, bahkan kadang2 kita kena cepat, budak2 skang dah cepat paham..dulu, nak tahu melakukan hubungan sex, time form 3 baru kenal tubuh badan lain2 jantina (subjek sains)..skang??dengan teknologi yang semakin canggih, huuuuu, nak step by step, aku rase dah tak sesuai..

lebih baik, gerakkan kedua2nye..betul, kadang2, program2 motivasi nih, stereotaip, zaman dulu ada nangis muhasabah, skang pun nak buat yang sama..dulu ada jungle tracking, skang pun nak buat...tarbiyah @ pendidikan nih, kena ikut kehendak semasa...jalankan, penerangan berita2 gembira & peringatan ancaman2 melakukan dose...ini lagi realistik..

dunia skang pun dah banyak sangat mereka bergembira, manusia jarang bersedih dan menangis..kena ajar jugak air mata keluar..nih nak hanto anak belajo jauh2 tak leh..he manjekan sangat..cuma semua pendidik, kita mentarbiyah bercakap dengan hati manusia..wallahualam

Tanpa Nama berkata...

selalunya time kanak kanak lah
kalau kite beri sesuatu input,sesuatu input itu akan berkesan di hati..
secara psikologinya juga begitu
sebab itu dalam pengajian bahasa contohnya nak suruh anak fasih berbahasa inggeris harus diterapkan time kanak kanak
......................(contoh je)

bagi ana tak salah nak sedarkan mereka dengan modul sakrat
nak suruh dorang menangis takutkan mati
itu satu pendedahan awal tentang alam barzakh kepada kanak kanak..
ini soal didikan..nak terapkan dan membentuk jiwa yang takutkan mati
bukannya mereka tak faham..

it is better if we do it simultaneously
serentak...berita gembira+modul sakrat...
lagipun modul sakrat bukan macam cite cite hantu yg ditayangkan dewasa ni dah meracuni pemikiran kanak kanak

at least dengan modul sakrat ni boleh menangkis kefahaman dan ketakutan mereka yg sia sia terhadap hantu jembalang hantu pocong dan sebagainya..

zaman sekarang ni nak mendidik kne guna banyak cara
sebab kanak2 dah advance dan bijak2..x gitu?

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE