Malam, waktu yang paling baik untuk orang merebahkan diri di kamar. Menikmati mimpi setelah kepenatan di siang hari memang mengasyikkan. Yang berjuang pejuang juga begitu. Di waktu siang, mereka kepenatan berusrah, merancang dan berbincang, bertindak dan bekerja, jadi waktu malamlah yang terbaik untuk merehatkan diri sepuas-puasnya. Untung nasib, bangun awal untuk mengerjakan Solat Subuh. Namun banyak juga naqib yang Subuhnya di akhir dan pertengahan waktu akibat kepenatan. Kepenatan memang menyusahkan. Kenapa Allah menjadikan kepenatan? Aku terfikir seketika.
Jika Allah tidak menciptakan kepenatan, maka apakah keimanan aku akan tergilap? Benar jga persoalan yang menerpa benak aku. Biasanya ujian dan kesusahan sengaja dilemparkan Allah untuk meningkatkan potensi ketaqwaan hamba kepada-Nya. Mendengar dengkurnya kawan-kawan, melihat mereka terpiat-piat memanjat asyiknya mimpi, membuatkan aku terulit sama.
Sa’id al-Musayyab adalah antara jantung hatiku. Beliau merupakan perindu malam. Malam baginya sangat indah, dan beliau sentiasa rindukan malam. Beliau bersimpuh di ribaan Illahi dan mengungkapkan kalimah cinta dan rindu. Beliau memang seorang perindu. Mengembara dan menjejak rindu Allah. Beliau pandai sekali mengungkapkan kalimah cinta. Beliau bercinta di waktu malam. Beliau menangisi erti cinta itu di waktu malam. Ya, di waktu malam yang menyaksikan ramai yang rebah di kamar sedangkan ia rebah d pangkuan Rabb yang Maha Pengasih.
“Naqib..,” aku memanggil mesra naqibku, bermonolog dengannya dalam dimensi lain. Orang tidak mengerti bicara aku, tetapi hanya aku mengenal aku. Dan jika aku mengenal diriku, maka aku berada pada landasan mengenali Allah. Jka aku sentiasa mengoreksi diriku dengan muhasabah dan penyesalan, maka akan tajamlah basirah, tersingkaplah pelindung. Kasyaf, ya, kasyaf dengan melihat dosaku yang bertimbun, bukannya melihat salah orang. Ma’rifatuLlah, hanya yang arif dan terlatih mengenal hakikat ketuhanan.
“Kenapa anakku?” Nasih ‘Ulwan menjawab mesra panggilanku. Beliau tersenyum mesra, sambil menepuk-nepuk bahuku tatkala aku menyalami dan mencium tangannya yang harum. Tangan pejuang, penuh dengan nilai keimanan. Bersalam tangann dengan orang sepert beliau hanya membuatkan aku jatuh ke lembah tersipu-sipu. “Naqib, kenapa mata hatiku semakin rabun dan kabur? Kenapa ma’rifatku semakin tumpul dan menumpul?”
Ustaz Abdullah Nasih ‘Ulwan, naqibku tersenyum mesra. Beliau ternyata seorang yang sangat peramah. Ia melihat dosa yang bertakung dalam diri anaknya ini sebagai satu kotoran yang harus dicucikan bukan untuk dihina. Beliau meneladani al-Ghazali dari sudut lembutnya hati. “Anakku, bersihkan hatimu dengan rasa takut dan mengharap kepada Allah di waktu malam. Perhatikan ayat ke-16 dalam surah al-Sajadah, bukankah perilaku arif biLlah ialah sentiasa dalam keadaan takut dan mengharap kepada Allah dengan segenap perasaan?”
Aku ingin sekali berkongsi dengan naqibku. Aku adalah seorang presiden, program di sana dan di sini, kerja bertimbun-timbun, penat yang ada itu adalah disimpan di waktu malam. Bagaimana pula? “Anakku, jangan sibuk ingin memenangkan Islam dengan strategi semata-mata sedangkan basirahmu semakin menumpul dan ibadahmu semakin berkurang. Teladanilah Abdullah bin Mubarak yang menggandingkan semangat jihadnya dengan ketaqwaan yang mutlaq kepada Allah. Bukankah al-Banna itu seorang sufi yang haraki?” Tiba-tiba sahaja Zun-Nun al-Misri datang mencelah.
Tapi aku penat. Aku melihat ramai kawanku begitu. Siang mereka bekerja dan malamnya mereka tidur. Bukankah lewat Subuh itu sebagai satu rukhsah yang dimaafkan? Bukankah cukup bagi kami erti jihad, usrah, daurah, kuliah-kuliah ilmu, memenangkan gerakan Islam, membaca al-Quran dan al-Mathurat di siang hari, bukankah itu sudah cukup? Menyampaikan kuliah, mengadakan program dan tamrin, dan sebagainya, bukankah itu sudah cukup?
“Anakku, jika kamu tidak menyimpan masamu untuk Allah di siang hari, maka jangan marahkan sesiapa jika Allah tidak mempedulikan kamu dalam gelapnya kubur dan sengsaranya mahsyar. Bukankah modul melatih generasi sahabat yang beriman adalah dengan tahajud yang diwajibkan selama setahun?” Hassan al-Basri memberikan nasihat kepadaku. Aku tertunduk malu. Datang pula Umar Telmisani seraya berkata, “Tidakkah boleh engkau menghabiskan al-Quran 10 juzu’ setiap hari? Bacalah dua juzu’ setiap kali selepas solat”.
Au terkedu. Bersama para auliya’ yang juga dikenali sebagai ahli syuhud, aku bagaikan ranting-ranting kecil. Aku sudah lama mennggalkan tahajud sedangkan itu tuntutan rabbani. Bagaimana mungkin akumenjadi seorang yang zahid sedangkan tahajud tidak aku amalkan. Bagaimana aku ingin menjadi rabbani sedangkan aku belum menjad perindu malam.
“Anakku…” Panggil Nasih ‘Ulwan seraya memeluk aku. Aku membalas pelukannya, erat dan dingin sekali. “Orang yang gelap mata hatinya, mereka menyangka amal jihad mereka yang sedikit itu banyak, sedangkan Rabbani melihat amal mereka yang banyak itu sedikit. Orang yang gelap hati melihat amal mereka itu sudah cukup untuk mereka masuk ke syurga sedangkan Rabbani pula sentiasa merasakan bau neraka dekat dengan hidung mereka”.
Aku sendu dalam dakapan seorang murabbi. “Naqib,” sambil teresak-esak aku menangis. “Naqib, apakah Islam akan menang di tangan seorang yang derhaka dan gelap hatinya seperti aku ini?” Naqib mendiamkan diri, ia kaget. “Anakku, Islam tidak akan menang sehinggalah nilai perjuangan ini dibentuk dengan pembentukan tarbawi yang cukup tinggi. Petandanya mudah, apabila jumlah ahli gerakan Islam yang mengerjakan tahajud lebih ramai berbanding yang tidur, maka insya-Allah Islam akan menang anakku”.
Aku bukan ingin sinis sahabat-sahabat sekalian. Cuba sahaja renungi diri kita. Berapa ramai yang sanggup memaksakan dirinya untuk bangun bertahajud dan menginsafi kelemahan diri dan bandingkan pula dengan yang bangun lewat dan meninggalkan solat jamaah. Jika kita tidak merubah sikap kita mulai sekarang, maka Islam bukan sekadar lambat mencapai kemenangan malah sikap kita itu hanya bakal melambatkan kemenangan Islam sahaja.
Bangunlah bertahajud, bukan anda rugi pun.
Ala, sekejap sahaja, bukan lama pun. 40 minit pun, jadilah.
Lagipun kalau kita malas bertahajud, tiada keazaman tinggi untuk bertahajud, maka sebenarnya kita memang ada penyakit dalam hati.
Allah, aku rindukan malam, ampunilah aku dan semua adik-beradikku yang telah sama-sama berbai’ah mendokong Islam bersamaku.
Keuntungan Lampu Downlight, Hemat Listrik dan Bertahan Lama
5 hari yang lalu
3 Cadangan/Pandangan:
Salam, engko ni biar betul, sekejap alghazali sekejap nasih ulwan, ilmu apa kau pakai, jangan blajar dgn abuya sudah.
pasal qiamullail ni, sbg pejuang islam, sesuai bebonarlah diamalkan,nabi dan para sahabat pun pejuang islam tapi b"qimullail.Diorang tu nabi, aku tahulah tapi bukanke mereka merupakan contoh terbaik untuk ummah.
sebenarnya aku tengokla, ramai oghe pikir bila nak wak qiamullail, mesti bangun pkl 3/4 pagi' pastu solat sampai 8 rakaat yg panjang2. Ustaz aku solat 2 rakaat je tapi istiqomah setiap malam, 2 rakaat, berbaloika?, aku jwb baikla pada x buat langsung
salam..
memang begitulah selayaknya amal seorang hamba...
Kekuatan kita pada Qiyamulail..
YA...qiamullail itu menjadikan hati kita kuat untuk berjuang di medan jihad..dapat memiliki hati yg tegar dan kental itu impian setiap pejuang dimana ujian yg mendatang bisa diharungi dengan mudah...firman Allah:"Sungguh bangun malam itu lebih kuat(mengisi jiwa) dan (bacaan di waktu itu lebih berkesan)"-(SURAH AL MUZAMMIL:6) Renungilah, sukarnya kita utk bangun tahajjud itu bukanlah kerana kita penat berjuang di siang hari tetapi adalah kerana dosa2 yg ada di hati(penyakit hati) kita yg menjadikan diri berat utk menyembahkan diri dan merintih dihadapanNya.....mga kita sume istiqamah utk melakukanibadah ini yang kuat berjuang disisi manusia hakikatnya lemah bile menghadapNya..Amin..
Catat Ulasan