Kita anggap sahaja ulama itu orang mahir dalam selok-belok agama. Ini pandangan umum, dipegang kebanyakan orang. Anggap sahaja begitu meskipun T.G.N. Aziz berpandangan lain. Saya maksudkan, anggap sahajalah begitu dalam penulisan saya ini.
Tulisan saya ini berkaitan dengan slogan Pas. Bersama Kepimpinan Ulama, tidak perlu saya kupas dari sudut sejarahnya panjang lebar. Pentingnya, slogan inilah menjadi pemangkin dan kebangkitan golongan ulama dan tergulinglah kepimpinan Dato’ Asri Muda.
Ketua Dewan Ulama Pas, Ust Daud Iraqi berpandangan MB Kelantan mestilah Ulama’. Ia berbeza dengan pandangan Ustaz Yahya Othman, juga seorang ulama handalan. Hujjahnya, hanya ulama yang tahu hukum-hakam dan boleh bergerak seiring dengan hukum-hakam. Jadi, biarlah MB itu ulama manakala pembantunya terdiri daripada pelbagai orang daripada pelbagai kemahiran.
Saya mengiuti Muktamar Pas yang berlangsung di Perak, sebagaimana juga saya mengikut Perhimpunan Agung Umno. Saya tidak kisah, Pas ke, Umno ke, yang penting saya cuba memahami rntak kedua-dua parti besar ini. Dengan Pkr, mungkin saya sedikit kurang.
Dalam muktamar, beberapa pemuda bersemangat mahukan ToK Guru Haji Hadi sebagai PM jika PR memerintah Malaysia. Kemudiannya beberapa kepimpinan Pas termasuklah ulama menegaskan perkara tersebut. Kata beberapa orang kalangan mereka, adalah salah apabila kita tidak meletakkan thiqah kepada pemimpin kita sehingga kita maukan orang lain sebagai PM.
Saya kurang setuju malah tidak setuju dengan pandangan ini. Maka, ia berbalik kepada pangkalnya iaitu apakah maksud Bersama Kepimpinan Ulama (BKU). Ada berpandangan, BKU membawa erti, ulama harus memimpin. Saya tidak bersetuju dengan pandangan ini. Saya melihat, BKU membawa erti, sesebuah negara, tidak kira siapa pun yang menjadi ketua, yang terpenting adalah mereka mendengar pandangan orang-orang alim dan soleh supaya mereka tidak terlajak dan sentiasa berada dalam landasan yang benar.
Ulama sebagai pembimbing. Jika mereka layak memimpin, maka tidak salah jika mereka memimpin, malah ia lebih elok. Tetapi sekiranya yang bukan ulama lebih layak untuk memimpin, maka berilah kepadanya untuk memimpin. Agama ini dipegang oleh ulama dan umara’. Jika elok eduanya, maka eloklah agama. Jika rosak keduaya, walau salah satu daripadanya, maka rosaklah agama.
Ini 7 Cara Bermain Lords of the Fallen bagi yang Masih Pemula
Seminggu yang lalu
4 Cadangan/Pandangan:
namun ini persoalan di awal rentetan pemilihan dan pembinaan sebuah daulah. tapi bagaimana jika kita berada di tengah rentetan tersebut, berlaku kepincangan kepimpinan tiada kolerasi antara umarak dan ulama. wajarkah kita turunkan umara bagi meraikan ulama. atau sebaliknya hanya kerana ketidaksengajaan dalam pemilihan yang berlaku hasil kelemahan diri jua. bagaimana Islam akan menang jika ulama pun menghukum org lain atas kesilapannya sendiri. bukankah ulama itu pewaris nabi.
nabi kasihkan ummat. nabi anak yg soleh. ketua yg berkaliber. jua suami yg bijaksana.
kejayaan sesuatu bangsa....
http://kawansejati.ee.itb.ac.id/04-sebab-sebab-kemenangan-dan-kejayaan-seseorang-atau-suatu-bangsa
Untuk menjadi bangsa yang seimbang ini, hanya orang yang menghayati dan mengamalkan Al Quran dan As Sunnah saja yang dapat melakukannya. Ini telah dibuktikan oleh Islam dalam sejarah yang silam terutama dalam masa 700 tahun istimewa, yang indahnya di dalam masa 300 tahun awal Hijriah yang dikatakan zaman salafusoleh. Akal mereka terbangun. Jiwa mereka terbangun. Fisik mereka terbangun. Dengan kata lain mereka menjadi bangsa yang baik, berilmu dan berkemajuan serta sehat dan cergas.
Selain Islam, tak ada bangsa yang mampu mendidik dengan memperimbangkan keempat unsur yang ada dalam diri manusia itu. Sebagai buktinya, orang Barat hanya mampu mendidik akal dan fisik, tapi tidak mampu mendidik jiwa (roh atau hati). Maka mereka menjadi satu bangsa yang berilmu dan berkemajuan atau berperadaban, cergas dan sehat. Tapi manusianya jahat dan mengembangkan kemungkaran yang dahsyat, zalim, menindas. Bangsa Mongol, satu ketika hanya mampu mendidik fisik saja. Lahirlah bangsa yang kuat fisiknya tapi tidak membawa ilmu dan peradaban serta bersikap liar dan ganas. Maka mereka menjadi bangsa pemusnah. Akhirnya mereka tunduk pada agama dan kebudayaan negeri jajahannya.
Kalaulah umat Islam kembali pada ajaran Islam yang bersumber Al Quran dan As Sunnah dan memiliki pemimpin yang bertaqwa dan berwibawa, yang mampu mendidik umat Islam secara seimbang, insya-Allah, sudah pasti umat Islam akan kembali menempa sejarah gemilangnya lagi. Dapat menaungi manusia sejagat dengan peradaban dan kebaikan.
justeru itu sy melihat bagi menzahirkan penghayatan al-quran dan sunnah itu kita perlu mengintrepretasikan dalam suasana yang pelbagai. namun kini, selalu terdengar laungan! hayati al-uran dan sunnah tp hanya retorik semata2 pabila hendak dilakukan sesuatu luar dari kebiasaan hentaman bertubi2 datang dr pelbagai pihak...kita lihat saja kita anak muda pada hari ini....
Catat Ulasan