Seorang sahabat melaporkan kepada saya. Seorang ustaz gusarkan dengan pemikiran anak muda sekarang. Saya kenal siapa ustaz itu, kerana ia guru saya. Saya tahu kegusaran itu tertumpu kepada saya. Saya tidak katakan ustaz itu khilaf atau silap. Saya tidak mengharapkan kebenaran itu haya terpacul dari bibir saya.
Cuma saya insaf tentang satu hakikat; Hikmah itu barang hilang orang mukmin, maka pungutlah ia di mana sahaja kamu jumpa.
Beberapa kegusaran yang timbul, bukan sahaja menggambarkan kebimbangan ustaz itu. Malah ramai ustaz. Saya bertemu dengan yang lain. Katanya, macam-macam cerita yang ia dengar tentang saya. Saya kira, mungkin juga ia lahir daripada satu mulut, dan ia melarat ke mulut yang lain, maka jadilah ia buah mulut. Dalam buah mulut, ada nasi tambah. Yang kurang umph, ditambah-tambah, supaya nampak lagi buruknya.
Namun saya sedar, saya ada kurangnya. Maka kemaafan saya dahulukan, dan saya tidak pernah berdendam. Malah saya pula yang terhegeh-hegeh memohon maaf dan membuka pintu perbincangan.
Manusia dilahirkan ada akal, ada firasat, ada gerak hati, ada pengalaman, juga ada kebijaksanaan tersendiri. Artikel saya ini bkan untuk mengeruhkan keadaan, ia sekadar untuk memperjelaskan cara saya berfikir dan bagaimana saya bertindak.
Saya bawa satu kes. Kepimpinan Gamis sebulat suara ingin mengadakan demonstrasi membantah Zionis. Kita tidak membantah Yahudi mahupun Israel, kita membantah Zionis. Kita tidak memperjuangkan isu Palestin, kita memperjuangkan isu Ghaza. Kita tidak memperjuangkan hanya isu Islam, sebaliknya isu keamanan dunia dan kebuluran, serta penindasan.
Kami melakukan mobilasi terancang selama seminggu. Dalam tempoh yang pendek, tetapi perlu segera. Dalam hal ini, kepantasan dan ketangkasan sangat penting. Sepanjang tempoh seminggu itulah tidak ada mana-mana pihak yang mengajak saya untuk berbincang tentang demo. Yang saya tahu, hanya Gamis.
Selang sehari sebelum demo, atau hari Khamis, kawan saya yang kebetulan membaca email menyebut, ada juga kumpulan lain terdiri daripada PAS, JIM, ABIM dan lain-lain yang berdemo. Di hadapan Kedutaan AS semestinya. Lalu saya terbelenggu.
Belenggu pertama, terbit rasa geram kerana tidak diajak berbincang. Saya telah tegaskan bahawa anak muda khususnya mahasiswa bukannya budak kerahan. Bila nak ramaikan demo, maka mahasiswa menjadi mangsa kerahan. Setiap kali begitulah.
Belenggu kedua, saya takut dengan bibit-bibit perpecahan secara dasar berlaku. Buktinya, beberapa orang menghubungi saya dan memarahi saya kerana meneruskan demo dengancara dan kumpulan berasingan. Saya dituduh pncaperpecahan. Saya dikatakan lari dan menarik diri dari jamaah.
Saya tidak marah. Cuma saya runsingkan beberapa perkara sahaja, dan saya minta pimpinan gerakan Islam memahami suara isi hati kami ini. Saya rela dituduh sebagai pemecah jika dengan cara ini sahajalah piminan akan mendengar suara anak muda. Saya rela dikatakan bajingan jika tulah satu-satuya cara untuk mengembalikan semula ideaslime anak muda.
Kerunsingan satu: Idealisme dan pemikiran anak muda akan tersekat dan terbatas. Nak muda seharusnya diajar berdikari dan berani mengambil risiko. Tetapi apabila anak muda cuba mengambil risiko, disekatnya pula. Katanya, mengocakkan api perpecahan.
Kerunsingan dua: Jika terus-menerus keadaan sebegini, maka saya khuatiri anak muda hanya akan menjadi pengikut bukannya pemimpin akan datang. Sepatutnya gerakan Islam melahirkan pemimpin bukannya pengikut.
Kerunsingan Tiga: Budaya berfikir akan menjadi tepu dan beku. Kita sepatutnya tidak mengulangi kejumudan Gereja Kristian satu ketika sehingga meledakkan kebangkita sekularisme. Saya lebih menyenangi dengan dua konsep berikut: Jalinkan hikmah orang tua dengan semangat anak muda dan konsep kedua: Ambil warisan lama yang baik dan gabungkan dengan perkara baru yang bermanfaat. Fahaman saya tentang konsep ini ialah, yang tua mesti member laluan dan ruang sebaiknya kepada anak muda dan memandunya sekadarnya cuma dan yang muda menjadikan yang tua sebagai penasihat dan iktibar.
Kerunsingan berikutnya: Anak muda akan ditimpa paranoia untuk bertindak mengikut nurani mereka. Setelah beberapa orang tidak bersetuju dengan Parti Mahasiswa Negara yang dikatakan Ta’addud Jamaah, kemudian dengan beberapa kes seterusnya, maka dikhuatiri sama sekali paranoia akan menghinggapi diri anak muda. Kesudahannya, mereka akan beku.
Saya tidak pernah berasa marah dan berdendam dalam hal ini. Mungkin orang tidak bersetuju dengan pandangan saya, itu perkara biasa. Saya juga ada tidak bersetuju dengan beberapa pandangan lain. Yang baiknya adalah, kita saling bertolak ansur dan memahami antara satu sama lain.
Tips Cegah Gangguan Pencernaan dengan Kebiasaan Berikut Ini
3 hari yang lalu
3 Cadangan/Pandangan:
Xpe ust..yg mendoakn anda jg ramai..truskn usaha anda...inila asam garam dlm brjuang..nk jd pemimpn yg sejati bukn senang..kene rendam,celup,tebar,rebus..akhrnya akn mghsilkn pmimpn yg berkualiti..insy..
Ya pnting,jgn lemah smgt dan ptus asa..insy nampak ust seorg yg berjiwa besar..
ya Akhi, Insya Allah tiap yg berlaku ada hikmahnya..mg stiap apa yg di rancang selepas ini,selari dengan perancangan ALLah..
Catat Ulasan