Adapun disebutkan dalam satu kitab yang entah berantah zaman bila, wujudlah satu kumpulan pencinta Islam di sebuah perkampungan. Mereka menjadikan Islami sebagai asasi dan rencah kehidupan mereka. Yang alim dimuliakan, yang jahil diajar, yang tua dihormati, yang ketua disegani, yang muda dikasihi, yang lemah dilindungi.
Islami, Islami, Islami, itulah corak kehidupan mereka. Pantang mendengar maksiat ditegur terus. Majlis ilmu menjadi kegemaran. Ketaata menjadi satu bentuk kehidupan yang taktersangkal. Adapun orang alim senanglah hati ereka dibuai keindahan hidup beragama di situ. Tugas mereka mendidik dan mendidik, meangsuh dan mengajar. Tidaklah angin yang bertiup menampar perkampungan itu melainkan tiupan rahmat. Malah binatang yang melata turut berasa kedinginan beragama di kampung itu.
Kampung itu dipimpin bermacam tok guru. Guru biasa ada, tok guru ada, mahaguru pun ada, yang cuba-cuba jadi guru pun ada. Asalnya tarbiah menjadi asas tunjang mereka. Sikit-sikit, mereka berkumpul dan berbincang. Ada masa, mereka berkumpul dan berbincang. Ada yang senggang, mereka berkumpul dan berbincang. Yang alim, membuka kitab. Yang hafaz, membaca hadis dan diterjemahkan. Yang merdu, membaca al-Quran sebagai daya pengikat. Yang tidak tahu apa-apa, tunduk dan mendengar dengan setia. Itulah rencah mereka, menambahkan lagi suasana beragama.
Yang perempuan masya-Allah, disebutkan dalam riwayat yang suci, mereka berjalan ertunduk-tunduk. Malunya bagai malu kucing ketika sakit perut. Ketawanya jarang kedengaran, kalau kedengaran ketawa kalangan keluarga jualah adanya. Bila terserempak, mereka menyongsang ke tepi. Ada yang bertutup muka, ada yang hanya bertudung kepala, apapun, semua Islami dan Islami.
Kaum lelaki kuat bekerja. Keluar sebelum matahari keluar, bekerja mencari rezeki untuk sekeluarga.mereka terbiasa hidup sasa, badan mereka kekar-kekarlah adanya. Di waktu pagi mereka bekerja, sementelahan Zohor menyongsong, mereka pulang ke rumah. Bereat sementara menantikan peluh yang terakhir, bersiap untuk menyembah Allah. Selepas Zohor, mereka akan mendengar ta’lim barang seminit dua,mendengar dengan penuh khusyu’, belajar apa erti agama.
Islami, Islami, Islami, itulah kehidupan mereka.
Anak Pak Mat, Hussin namanya pulang dari perantauan. Kulitnya gelap-gelap kehitaman, badannya rendah gemuk-kegemukan, pipinya berjerawat, suaranya kasar dan garau, rambutnya kerinting, pendek, tidaklah hensem orangnya. Namun alim dan berilmu, itu resepi kjayaan hussin. Si hussin baru sahaja pulang dari perantauan,menuntutlmu danberjumpa dengan mahaguru yang besar-besar. Tekadnya hanya satu, perubahan mesti dilakukan di kampungnya.
Orang pertama dijumpanya adalah Tok Penghulu. Bersungguh-sungguh dia menerangkan bahawa kampungnya perlu kepada perubahan. Hussin bercerita pengalamannya di negeri perantauan, betapa yang lain sudah maju sedangkan kampungnya ketinggalan. Tok Penghulu menyanggah.
Dijumpanya pula Tok Imam dengan idea pembaharuan. Tok Imam pula menyanggah. Tok Lebai pun begitu, Tok Qadhi yang sudah mencecah umur pencen juga sama. Hussin ke kedai kopi berjumpa orang-orang tua, juga dibangkang pandangannya. Kata mereka, “Kamu yakin ke kehidupan Barat tu menjamin kebahagian kita?”. Itulah pandangan mereka.
Yang lain pula berkata, “Aku dah lama hidup begini,dah terasa sangat tenangnya. Tak payahla nak berubah-ubah, menyusahkan sahaja”. Ada pula yang berkata, “Sistem Islami di kampung kita dah cukup elok. Cuba kam tunjuk kepada aku, seorang sahaja penagih dadah. Bukankah tak ada?”.
Bukan sahaja orang kampung, ayahnya Pak Mat yang terkenal dengan gulainya yang kaw-kaw sehingga dijemput ke kenduri-kenduri pun menolaknya. Yang menerima pandangannya adalah dalam beberapa kerat anak muda. Kebetulan anak muda sifat mereka suka berubah dan tidak mahu terus terpasung dengan realiti dunia yang sama. Bilang mereka, bosan dan jemu dengan kehidupan yang tidak membina. Hanya membina roh, tetapi tidak ke mana-mana”.
Hussin cuba menyampaikan ideanya selebar mungkin. Katanya, “Dunia lain sudah maju. Mereka tidak lagi membajak sawah menggunakan kerbau dan kudrat badan, sebaliknya mereka sudah menggunakan alat-alatan yang lebih baik.
“Mereka juga telah menggunakan sistem perparitan yang baik untuk mengalirkan air agar dapat mengelakkan diri daripada penyakit.
“Mereka tidak lagi mengaji tentang sifat 20 bagi Tuhan kerana mereka semua sudah beryakin dengan Tuhan. Mereka tidak bincangkan lagi tentang hukum fiqh yang dalam-dalam: tentang air musta’mal, tentang air musyammas, tentang rukun solat, tentang perkara membatalkan puasa, tidak lagi”.
Jawab Pak Mat, “Teruk betul mereka. Ni la, bila pandangan lama dahulu diketepikan, gaya tradisi disingkirkan, maka kelam-kabutlah dunia ini. Hoi Hussin, aku dah belajar sifat 20 sejak kecil, jangan kamu berani nak pertikaikan aku pula. Aku tahu dalil wujud dan wahdaniah. Kamu, apa yang kamu tahu?”
Hussin mati kutu. Tua dan ketuaan. Orang tua memang bersifat tua. Malangnya, ada juga orang bersifat tua. Gelarnya, ketuaan. Badan masih tegap, rambut masih hitam, tampa muda tapi ketuaan. Bila diajak membuat perubahan, diperlekeh-lekehkan. Kononnya, hanya merosakkan. Mereka sudah selesa dan lali dengan kehidupan sebegitu. Islami kata mereka.
Ketuaan adalah lambang bagi orang bacul. Takut nak berubah. Air longkang yang tidak mengalir hanya mendatangkan bau busuk. Ketuaan adalah lambang kelembapan. Suka menolak idea baru. Suka juga mencantas orang yang punya idea. Kalaulah tidak mahu menerima, janganlah sampai mencatas. Ini tidak. Bila bola tak dapat dirampas, kaki pun jadilah. Suka mengerat idea orang, kemudian diambil idea itu untuk dipalit pada namanya. Lalu masyhurlah ia. Huh, gerutu Hussin seorang diri.
“Ayah-ayah, Ibu-ibu, jika kita terus-menerus begini, saya bimbang kampung kita memang kehijau-hijauan, nyaman-kenyamanan, dingin-kedinginan, tetapi lembap dan perlahan. Pemikiran tidak berkembang. Kemajuan sukar digapai”.
Sia-sia. Angin sudah bertiup tetapi ia berlalu begitu sahaja. Sekadar datang menampar muka, kemudian berlalu. Masuk telinga kanan etapi tidak tertacap dalam hati. Sudahlah tua, ketuaan pula. Belajar kitab bukan main, tetapi rupanya tentang solat, solat, solat, tidak habir-habir. Alih-alih pun, kitab Thaharah juga dibacanya.
Dulu, datanglah guru Hussin, namanya sama dengan Hussin. Pak Mat membubuh nama anaknya Hussin agar anaknya menurut jejak Guru Hussin. Guru Hussin sempat mengajar kitab solat sampai ke slat Masbuq dan Muwafiq. Kemudian meninggallah guru itu akibat terjatuh dari pokok. Datang pula Guru Sulaiman dari Jawa. Juga mengajar kitab solat sampailah ke rukun-rukun yang tiga belas atau lapan belas, kemudian berpindahlah ia ke tempat lain pula. Datang pula Guru Salim, masih lagi tentang kitab Solat sampai ke perkara membatalkan solat. Mari pula Guru Salmi, datang pula mengajar kitab Maniyatul-Musalli tetapi tidak habis-habis.
Dala pada itu, Guru Sulaiman juga mengajar Kitab Penawar Bagi Hati. Guru Salim yang menggantikannya pula megjara kita Tanbihul Ghafilin. Guru Salmi membawa kitab Minhajul ‘Abidin. Semuanya, fiqh solat dan tasawuf. Kononnya inilah yang menjamin kebahagiaan dunia dan akhirat.
Orang-orang kampung ini, kenal siapa Abu Yazid al-Bustami, Zunnun al-Misri, Ibrahm bin Adham, Hassan al-Basri, Ibrahim al-Nakhaei. Sebut pula Abu Syuja’, Imam Ramli, Imam al-Syafei, Imam Nawawi, Imam Rabi’, siapa tidak kenal. Mereka kenal mendalam sekali. Al-Maklumlah, cerita tentang Imam Ramli sahaja mengambil maadua tiga minggu untuk dihabiskan. Cerita tentang rukun solat pun memakan masa sebulan lamanya. Mana tak sempat habis mengajar, syarahannya panjang berjela.
Syarah Basmalah pun memakan masa tiga empat kali pengajian.tak pernah-pernah dibuat pada zaman Nabi SAW.
Hssin memberontak. Baginya, kebanjiran kitab Tasauf di kampungnya adalah satu strategi usuh untuk melemahkan daya inkuiri orang kampungnya. Maka orang kampungnya tidak mengenal Ibn Sina, Ibn Khaldun dengan Muqaddimahnya, al-Ghazali dengan al-Mustasfanya, kerana yang mereka kenal hanyalah ulama fiqh dan tasauf, juga karya fiqh dan tasauf.
Orang kampungnya mengenal Takhalli, Tahalli dan Tajalli tetapi tidak mengenal tentang makna al-Quwwah wal Amanah. Orang kampungnya mengenal pintu-pintu neraka tetapi tidak mengenal pencirian ekonomi Islam. Orang kampungnya mengenal 20 sifat Allah tetapi tidak mengenal isme liberalisasi yang semakin kuat bertiup. Penyakit orang kampungnya adalah, Tua dan Ketuaan.
Tua dan ketuaan, akhirnya Hussin tidak berdaya. Namun Hussin perlu bertindak. Hussin perlu membina sekurang-kurang satu pasukan yang cintakan perubahan, yang cintakan ketinggian akal pemikiran. Hussin perlu membina generasi itu, sehinggalah beliau dapat mematrikan Pan-Islamismeal-Afghani. Namn akhirnya, Hussin meninggal tanpa sempat menikmati cita-cita perubahannya. Kehidupan akhir Hussin adalah menyedihkan. Beliau dipulau dan terpencil d kampung sendiri. Jasadnya bersama orang kampung, tetapi akalnya jauh dipulaukan.
Namun Hussin yakin, inilah resam reformis,dipulau dan tidak digemari.
Tips Cegah Gangguan Pencernaan dengan Kebiasaan Berikut Ini
3 hari yang lalu
3 Cadangan/Pandangan:
Sangat menarik ustaz!
Moga2, kita ambil i'tibar daripada cerita yang tertulis.
Melengkapi antara satu sama lain.
Wallahua'lam.
Menrik,dan byk pengajaran..tapi perlu diingat,bukan smua org tua yg berilmu begitu...:)cuma sy penah dgr seorg ulamak berkata"kalaulah dgn pembgunan yg maju pesat hanya melahirkan manusia2 yg cerdik tanpa iman,lebih baik tidak membgun" "bangunan2 mencakar langit tapi akhlak menyapu bumi"...mg2 Tuhan bntu kita smua membgun dan brmaju dgn iman&tqwa..insy...
Sbb apa ada ulamak yg brkata bgitu..kerana realiti dunia hari ini makin pesat membgun sesebuah negara itu..mkin rosak masyrkat didlmya,ini krn kita membgun dgn mgmbil sistem barat yg sudah sdia maklum rosak lg mrosakn..klau ada baiknya pun amatla sdikit...Marila membgun dgn taqwa...
Catat Ulasan