Ada hadis menerangkan sahabat nabi ibarat bintang. Tidaklah saya tahu apakah status hadis tu. Kenyataannya,memang benar sahabat nabi ibarat bintang.
Bintang ini bersinar-sinar. Ia memagari bulan dan menambahkan keriangan malam. Bintang juga sebagai petunjuk. Ini yang terpenting. Petunjuk bagi musafir. Petunjuk bagi yang kesesatan. Petunjuk bagi yang mencari jalan. Maka, pengembara menjadikan bintang sebagai petunjuk.
Apabila kita menyebut sahabat sebagai bintang, maka sahabat nabi adalah pemberi petunjuk. Petunjuk dalam pemerintahan seperti Umar al-Khattab. Petunjuk dalam menjadi hakim seperti Mu’az bin Jabal. Petunjuk dalam keberanian seperti Zubair al-‘Awwa. Petunjuk dalam strategis seperti Khalid al-Walid. Petunjuk dalam ketabahn seperti Abu Ubaidah. Petunjuk dalam kebijaksanaan seperti Ali.
Apabila orang ingin bertanyakan perihal ibadah nabi, maka Aisyah menjadi bintangnya. Dalam bidang tafsir, Ibn Abbas bintangnya. Dalam bidang hadis, Abu Hurairah bintangnya. Maka bintang ini petunjuk, itu perihalnya. Ia member petunjuk kepada yang kesesatan dan yang sedang mencari.mencari jalan pulang, mencari arah, maka bintang menunjukinya. Sesiapa yang tidak mampu menelaah bintang setepatnya, maka ia kesesatan. Rupanya, perlu juga kepandaian membaca bintang.
Sekarang heboh tentang bintang. Bintang popular, bintang sukan, dan macam-macam bintang. Bukan lagi sahabat menjadi bintang.ulama juga bukannya bintang. Yang menjadi bintang adalah artis dan atlet. Maka artis dan atletlah penunjuk jalan. Sekarang pun, lepas SPM, atau belum lagi SPM, orang dah mula nak menjadi bintang. Al-Maklum, semua gila menjadi bintang kerana bintang adalah petunjuk. Ada auranya.
Ada bintang bercerai; maka gamatlah dan bukannya minyak gamat satu Negara. Ada bintang melolong-lolong macam orang histeria, maka melolong-lolong jugalah yang lain. Ada bintang yang terkinja-kinja, maka yang lain turut terkinja-kinja. Semuanya gara-gara bintang.
Bintang ini macam-macam. Ada bintang yang pakai singkat-singkat, sengaja diangkat-angkat, sengaja didedah-dedah, sengaja ditunjuk-tunjuk, sengaja dipamer-pamer; bila dikata macam lembu dimarahnya pula. Diangkat-angkat kain, nampaklah betis macam kaki lembu. Rasanya ia sudah cantik, rupanya yang tengok dah meluat-luat nak muntah. Loya sakit perut.
Ada bintang yang suka mahal-mahal. Mas kahwin, mahal-mahal. Makan, mahal-mahal. Kereta, mahal-mahal. Perhiasan,mahal-mahal. Bila dipakai yang murah, eiii, geli.
Bila bintang bersuara, semua menumpu kepadanya. Bila bintang bercerai, maka pakat-pakat ramailah yang lain untuk bercerai. Bila bintang bertudung, maka ramailah juga yang inginbertusung.bila bintang menjerit-jerit, yang lain pun nak menjerit sama. Al-Maklum, tabiat bintang. Menjadi petunjuk dan memberi petunjuk.
Bintang bukanlah binatang. Jangan silap baca walau ia dekat-dekat. Jangan silap faham walau ia persis-persis. Bintang yang berjambul bercakap tentang agama. Bintang yang angkat-angkat, bercakap tentang Palestin dan keamanan dunia. Bintang pantang ditegur. Silap-silap, ayat Quran yang dibaca ulama pun dipertikaikannya kerana silap tafsir dan sebagainya. Kononnya, bintang ini tahu semua asbabun nuzul.
Ada bintang berpolitik. Datang dari Mangga Liar pun ada. Ia bertempik sana-sini. ia pandai menipu.semua orang ditipunya. Bossnya pun ditipunya. Semua orang ditipunya. dialah yang paling pandai menipu. Dengar riwayatnya, bintang tu belajar menipu dari sebuah Negara yang bernama Mangga Liar la adanya. Konon riwayat itu, walau absah namun belum berbukti. Ia pandai menipu, silap-silap kita dibomnya. Sudah ada yang hancur dibomnya. Hancur berkecai. Sampai sekarang belum dijumpa buktinya.
Aduh,bintang bintang. Bintang mana yang kita mahu, tepuk dada lah, kita tanyalah diri kita sendiri.
Keuntungan Lampu Downlight, Hemat Listrik dan Bertahan Lama
5 hari yang lalu
0 Cadangan/Pandangan:
Catat Ulasan