Ahad, 18 Januari 2009

BUAT KERJA, JANGAN DUK PENING-PENING


Apa rahsia kekuatan Hamas di Palestine? Asalnya, Ikhwan telah menubuhkan gerakan mereka di sana. Kemudniannya gerakan Ikhwan berpecah kepada dua. Satu, golongan moderat yang akhirnya menubuhkan Fatah. Dua, golongan yang masih berpegang dengan tabiat lama Ikhwan.

Golongan kedua ini mengambil langkah membisu setelah itu. Akhirnya mereka muncul kembali dengan satu kekuatan yang berlipat ganda dan diberi nama Hamas. Mereka dipimpin oleh seorang lumpuh yang tidak berdaya bernama Sheikh Ahmad Yassin.

“Jadi, apa yang mereka lakukan sepanjang mereka membisu, Abang Zul?” aku tersenyum kemandirian. Soalan yang sangat bagus. “Sepanjang mereka mendiamkan diri, rupanya secara senyap-senyap mereka telah membina perkaderan mereka di universiti-universiti. Mereka telah melancarkan gerak kerja tarbiah yang sangat intensif dalam usaha merekrut seramai mungkin orang untuk bersama mereka dalam usaha mengembalikan pembebasan Palestin,” terang aku.

“Abang Zul, ini bermakna, tarbiah itu lebih utama berbanding siasah, begitu maksud Abang Zul?” tanya Amin. “Maaf Ikhwah, saya berpandangan, siasah adalah lebih utama berbanding tarbiah. Tarbiah mengambil konsep bermula dari bawah untuk memuncakkan kegemilangan Islam. Sedangkan siasah ia mengambil posisi atas. Apabila kita berkuasa dari sudut siasah atau politik, maka kita mudah untuk menguasai pemikiran masyarakat untuk berkiblatkan Islam sepenuhnya,” Faisal menyampuk.

“Ana tambah lagi hujjah ana. Apabila tentera Islam ingin meluaskan empayar Islam, mereka bukannya bermula dengan tarbiah mahupun dakwah. Sebaliknya mereka terus menjadi pemimpin di sana dengan memberikan dua tawaran sahaja. Satu, masuk Islam. Dua, bayar jizyah. Jika tidak, akan diperangi. Dalam kes ini, sama ada mereka masuk Islam atau tidak, tentera Islam tetap akan masuk dan menjadi penguasa di sana,” panjang dan bijak sekali hujjah yang dikemukan Faisal. aku sendiri memang mengagumi adik usrah aku yang betah berhujjah dengan ilmiah ini.

Masih menjadi satu fenomena dan dilemma di sesetengah kampus dan tempat. Mereka sering bergaduh berkaitan dengan mana lebih penting, antara dakwah, tarbiah dan siasah. Ada pula yang mengharmonikannya dengan menggunakan teori semuanya sama.tarbiah dan siasah hanya sebagai enjin. Teosinya, pelbagai.

Dakwah bererti, penerangan Islam secara lebih umum sama ada kepada non-muslim ataupun muslim yang belum menghayati. Tarbiah pula adalah ta’dib, bertujuan mendidik dan mengasuh. Manakala siasah pula merupakan politik yang lebih menjuru7s kepada kekuasaan.

Mereka yang berhujjah menggunakan dakwah, mereka melihat pembawaan yang dibawa pada zaman nabi dan telah disyarah panjang lebar oleh Syed Qutb dalam Ma’alimn Fit Tariq. Apabila baginda ditawarkan dengan pelbagai reencah seperti wanita, harta dan juga kerajaan termasuk doctor, maka nabi menolak kesemuanya. Maka Syed Qutb menimbulkan persoalan. Mengapa nabi tidak menerima kekuasaan sedangkan dengan kekuasaanlah nabi mampu membawa Islam dengan lebih deras? Jawapan yang diberikan adalah, nabi ingin membawa aqidah dan aqidah mestilah bersih daripada kekotoran dunia.

Orang yang melihat tarbiah lebih penting melihat pentingnya melahirkan generasi Safwatul-Mukhtarah ataupun team elit untuk dididik secara serius dan mereka inilah yang diharap untuk mengembangkan syiar Islam. Golongan ini melihat kepada waqi’ dan keutamaan. Waqi’ di kampus dan keutamaannya lebih tertumpu kepada pembinaan generasi al-Quran yang unik demi merealisasikan Sohwatul Islam. Maka tarbiah diberikan keutamaan manakala siasaha dan dakwah tetap berjalan seperti biasa.

Orang yang melihat dari kaca pandang siasah pula melihat siasah lebih penting. Keadaan di Malaysia menuntut kepada kekuatan politik. Orang yang lemah dalam politik akan ketinggalan dan tidak akan mempunyai pengaruh. Maka siasah yang diutamakan. Kekuasaan mesti diambil.

Antara siasah, tarbiah dan dakwah. Fuh, kesemuanya penting bagi saya. Ada kala, saya bersetuju dengan pandangan yang menyebut, siasah dan tarbiah adalah bertujuan melahirkan gerak kerja dakwah yang bermutu. Ini bermakna, dakwah adalah nombor satu.

Saya tidak memberikan jawapan yang objektif. Cuma secara peribadi saya melihat, apa-apa sahaja, yang memberikan keuntungan lumayan kepada Islam, maka lakukan. Jika di sesebuah kampus, ahlinya sangat kurang, dalam 30 orang dan ke bawah, maka gerak kerja tarbiah harus menjadi keutamaan. Masakan ahli yang sedikit mamp[u menggerakkan siasah dengan lebih laju, malah dikhuatiri pula akan memberikan kesan yang buruk kepada masa depan tarbiah. Maka kampus yang mempunyai ahli sebegitu kecil harus menumpukan perhatian kepada tarbiah.

Disebabkan itulah saya pernah menjelaskan, jika ahli kecil, maka kecilkan juga lajnah dalam gerakan. Tidak perlu kepada lajnah ekonomi, atau sukan, atau kebudayaan, atau dakwah. Tidak perlu juga kepada dua tiga orang jadi timbalan presiden. Fokuskan kepada dua atau tiga lajnah penting sahaja seperti tarbiah dan penerangan. Cukup.

Bagi kampus yang kuat, maka saya melihat siasah harus diberikan keutamaan tetapi bukan dalam setiap masa. Dalam Pilihan Raya Kampus, maka tumpukan sepenuhnya gerak kerja jkepada siasah. Dalam period ini, kita mengambil konsep siyasatuddakwah. Siasah kita adalh untuk membantu dakwah. Manakala pada masa-masa biasa, fokus diberikan serentak kepada gerak kerja tarbiah dan dakwah.

Buatlah apa sahaja, yang penting Islam tertegak. Dakwah, siasah dan tarbiah semuanya adalah alat semata-mata. Persatuan juga adalah alat. Jawatan juga adalah alat. Alat untuk memastikan kemenangan Islam itu sendiri.

“Jadi maksud abang Zul, kita tak payahla nak pening-pening bincang mana lebih penting. Yang penting, kita buat kerja untuk tinggikan Islam, betul kan?” tanya Amin.

Dan aku tersenyum bangga.

5 Cadangan/Pandangan:

Tanpa Nama berkata...

bagus,bagus.. semenangnya, ini penulisan yg bgtu bnilai utk pgerak kampus. So, jgn pening2. Jgn pkir nok bsaing antara Dakwah, Tarbiah, siasah.
Bila bsaing, keje dok jalan. hok jalan nye kpeningn.
Buatlh untk Islam, lillahitaala.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah...
complete each other...

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah..
sbbnya tulisan ustaz memang menghilangkan pening dan skit kepala kalah panadol actifast..
Dan teramat pentinglah satu dua perkara yang difahami bersama..

ainulMardhiah on 19 Januari 2009 pada 6:03 PG berkata...

salam fisabilillah..

memang satu prkgsian ilmu yang mntp!ana pun merasakn sahsiah, dakwah dan tarbiah tidak prlu brsaing tp perlu brjalan seiring asalkn Islam di muka bumi tertegak dan disnjungi.....agama tidak pernh mgecewakn manusia,tapi mnsia yg slalu mgecewakn agama...

"keutamaan akal ialah hikmah kebijaksana,keutamaan hati ialah keberanian..."

Tanpa Nama berkata...

setelah baca barulah anan nampak sedikit
antara dakwah,tarbiah dan siasah
dan peranannya yg berbeza mengikut waqi'

buat je kerja
buat apa je yg terbaik utk islam

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE