Saya berbangga dengan adik-adik saya. Mereka bukan orang-orang biasa. Mereka ada cita-cita melangit, namun mereka tidak pernah lupa asal-usul kejadian mereka. Penyembahan kepada Allah, itu asas kehidupan mereka. Mengikuti jalan Rasulullah, itu tradisi mereka. Menyantuni manusia, itu adab yang dipraktikkan. Mencintai perjuangan, itu aqidah yang terpegang.
Saya menghormati pendirian mereka. Jika kasih saya ingin tumpah, maka ia akan tertumpah kepada adik-adik usrah saya. Saya berteurs-terang kali ini, saya amat bangga dan mengasihi mereka sepenuh hati saya. Usrah kami,bukan usrah teoretikel semata-mata. Praktikal adalah medan kami. Ia tidak akan terbuang begitu sahaja.
Amin Presiden Permadah (Anak-anak Kedah di UM). Malah beliau antara pimpinan tertinggi dalam SUKSIS. Bukan calang-calang orangnya. Orang yang paling tidak banyak alasan dan merendah diri. Pandai meminta maaf dan menjaga hati. Spek matanya bersih, sebersih hatinya. Motor yang dipandunya laju, selaju semangatnya yang membara-bara. Saya katakana kepadanya, “Nta mesti sambung pengajian ke peringkat MA, dan nta mesti menabur budi dalam mendidik anak bangsa”.
Saya berbangga dengan Shahril Nizam. Kepakarannya adalah dalam bidang komputer, pernah memegang jawatan kepimpinan dalam Persatuan Mahasiswa Akademi Islam. Beliau kreatif dan motor barunya mahal. Panda juga beliau berbicara. Ah, kalau anda berminat untuk mendapatkan khidmatnya dalam modul-modul, panggil sahaja dia. Nah, saya berkan nombornya untuk kamu -0132968673-. Hati-hati, jangan memikat dia, tapi pikatlah kemahiran dia. Shahril menyatakan impiannya untk bertanding dalam Pilihan Raya Umumkelak.jadi, mahunya jadi YB. Itu bilang dia.
Saya terpaksa mengakui bahawa Aizul bukan calang-calang orang. Berani walaupun tampak baik semacam. Ya, mukanya baik semacam. Tapi jiwanya kental. Motornya besar. Kereta yang dipandunya laju sedangkan wajah sentiasa selamba. Beliau semacam Amin, rajin belajar. Saya juga memesan kepadanya, beliau mesti menguasai ilmu dan menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Mohamad seorang sufi yang kuat beramal. Hafez Sabri pula dengarnya mahu menjadi pimpinan negeri Perak kelak. Sekarang dia semakin laju dan deras. Adik-adik Sabahan pula, kreatif dan kritis. Fahmi entah macam mana ceritanya sekarang, saya pun tidak pasti. Adik-adik saya di Nilam Puri pun bertambah ke depan. Mereka perlu dilatih dan dibimbing setiap masa tetapi saya tidak gemar utuk mengongkong pemikiran mereka. Biarlah mereka berani ke depan dengan ijtihad mereka sendiri.
Usrah pada pandangan saya adalah untuk melahirkan pakar. Hafez membuktikan bahawa dia adalah seorang pemimpin masa depan yang mempunyai pandangan yang jauh ke depan di samping sangat pandai merebut peluang yang ada. Mohamad mempunyai cita-cita yang sangat baik dan di luar jangkauan ana. Beliau ingin terjun dalam bidang keilmuan, menghafal al-Quran. Ya, kepakarannya adalah ilmu.
Saya ingin berpesan kepada orang yang menggelarkan dirinya naqib. Usrah ini adalah satu sistem tetapi jangan sampai terlalu terikat dengan sistem. Usrah ini berpanjangan sampai ke bila-bila. Perlu dijaga dan dibimbing. Semasa sekarang, saya tidak pernah saya sebagai naqib sebaliknya saya hanya menganggap saya sebagai abang sahaja. Ada kadang-kala Hafez memberikan pandangan kepada saya, saya merendahkan diri saya untuk mendengar dan menerimanya. Tidak perlu menyombong diri, kelak ilmu akan menjauhi saya.
Satu lagi, letaklah sahabat-sahabat seusrah kita menurut ukuran kemampuan mereka. Posisikan mereka sebaiknya. Jangan membebankan mereka dengan kepakaran kita tetapi bukan kepakaran mereka. Berkongsi boleh, melatih juga boleh, tetapi jangan sampai membebankan kerana setipa orang mempunyai kemampuan masing-masing.
Satu lagi, jangan kongkong pemikiran mereka.
Inilah Teknik Seni Bela Diri di Avatar, The Last Airbender
Sehari yang lalu
3 Cadangan/Pandangan:
Assalamualaikum, ustz..
Hafez dan Shahril Nizam, adik usrah dan merupakan sahabat yang ana kenal.. Ana kagum dengan mereka dan ana amat sayang pada mereka..
Banyak ana dengar cerita tentang ustaz dari shahril..
Buat ana makin rindu mrk bila ustaz tulis tentang mereka...
ana tertinggal 'adik usrah USTAZ dan merupakan sahabat yang ana kenal.....'
ustaz....sedihnya, ana bukan naqibah yg baik...tulisan us mengingatkan ana pd adik2 usrah ana...d skolah dulu kalu kumpul hampir agak ramaibermula ana tingkatan 3 sampai la ana duk kat ipt tpi apa maknanya ana gagalbangunkan mereka sebagai muslimah yg boleh menyumbang pada agama...moga2 allah ampuni ana...kalu us ada contact muslimah yg boleh tolong ana baiki diri ana...ana amat alu2 kan sbb ditempat ana ni ana tak da muslimah yg boleh ana rujuk malah ana yg jadi rujukan...ini yg merisaukan ana...tolong ana ya ustaz....
Catat Ulasan