Khamis, 15 Januari 2009

BAPA BOREK ANAK RINTIK


Bapa borek, anak rintik. Semalam saya membacakan hadis dalam Riyadh al-Salihin. Kisahnya tentang menjaga kerahsiaan. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah itu, beliau menyatakan cara jalan Fatimah adalah mirip cara jalan ayahandanya Rasulullah SAW. Lengang-lenggoknya.

Biasalah, sebab Rasulullah ayah, Fatimah anak, maka jika cara jalan mirip, itu biasalah. Bukankah bapa borek anak rintih. Ke mana lagi tumpahnya kuah jika tidak ke nasi. Malah terkadang, kita tertiru-tiru cara jalan, atau cara geleng, atau cara angguk, atau cara menulis, atau apa-apalah orang yang kita suka. Betul atau tidak, anda nilailah sendiri.

Ibn Taimiyah seorang reformis dalam bidang keagamaan. Beliau memiliki pandangan-pandangan yang tajam dan berani. Maka muridnya yang lahir hasil tarbiahnya juga berani seperti Ibn Qayyim dan Ibn Kathir. Salur-galur pemikiran Ibn Taimiyah meresap dalam pemikiran dan gaya hidup mereka.

Begitu juga reformis Jamaluddin al-Afghani. Beliau banyak polemik tersendiri, maka cara pemikiran dan gaya hidupnya juga tumpah ke Abduh dan Rasyid Redha. Pengikut Rasul Dahri sebegitu juga. Saya peduli apa. Saya laungkan cabaran buat Rasul Dahri dan pengikutnya. Keras dan tidak cerdik. Pandai menghukum tetapi tidak bijak. Maka keturunannya juga begitu.

Ahli Ikhwan pula mengikut jejak al-Banna.mereka acap kali menjunjung kepimpinan al-Banna walaupun telah lama tokoh itu meninggalkan kita. Kata-katanya masih tersimpan dan teringat. Gerakan Jami’at Islami pula mengikut cara al-Maududi. Keintelektualan, itulah menjadi nilai teras perjuangan mereka.

Biasalah, bapa borek anak rintik. Anak pensyarah cinakan ilmu. Anak polis sukakan penyiasatan. Anak polis suka berbahasa. Anak petani mengenal tumbuh-tumbuhan. Anak cikgu minat mengajar dan mendidik. Anak ahli politik pandai berstrategi. Ini lumrahnya. Itu sunnahnya.

Cara jalan Fatimah, jika ia mirip Rasulullah. Itu adalah lumrahnya…

1 Cadangan/Pandangan:

ainulMardhiah on 15 Januari 2009 pada 11:31 PTG berkata...

salam fisabilillah...

ana terpanggil untuk baca tulisan ustaz kali ini...satu lagi ilmu dapat!syukran...sangat baik penulisan ustaz dan insya Allah saya akan membaca lg kalau ada mase lapang....

"orang bijaksana selalu melengkapi kehidupannya dengan banyak persahatan..."

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE