Khamis, 15 Januari 2009

BABI OH BABI


Kepala babi ditemui dalam surau AI pagi tadi. Seronok betul. Oh ye, hari ini bertarikh 14 Januari. Ops, 16 Januari sebenarnya.

Ada beberapa impak yang perlu difahami. Satu: Nama UM akan popular. Peluang merebut ranking universiti terbaik agak cerah. Kampus ini memang terbuka. Foreigner semakin bertambah dan membiak. Keterbukaan semakin diperluaskan. Maka kemasukan babi ke kampus ini bukanlah satu jangkaan dan jangkauan.pasti UKM akan tercabar.

Sebelum ini, babi tak pernah masuk. Anjing ada la. Itu pun malu-malu. Bila dihon, lari-lari. Perasuah ada la. Itu pun saya dengar kata-kata orang. Entahla.

Impak Dua: Pengawal Keselamatan khususnya Enc Ismail pasti akan menanggung rasa malu. Mesti otak dia sekarang semakin berserabut dan berserabai. Dulu kes rompakan. Sekarang babi. Lepas-lepas ni, saya pun tak tahu kes apa lagi yang bakal menjelma. Kita dah pesan pada mereka, tmpu kerja-kerja keselamatn. Ini tidak, sibuk je sekat student nak beraksi. Kan dah kena.

Impak Tiga: Nama AI akan melonjak. Sebelum ini pun sudah naik. Sekarang akan naik-naik lagi. Pengarah AI la yang paling popular. Sekarang apa jawapan Pengarah, saya tidak tahu. Tapi Tok Mud dah reflex. Impak Empat: Kesatuan kalangan Pro M akan bertambah utuh. Pro M memang pantang dicabar. Kalangan mereka ramai pengebom berani mati. Mereka hanya mendengar apa sahaja arahan pihak alasan tanpa banyak tanya.

Dalam hal ini babi tak bersalah. Babi sendiri pun tidak tahu kepalanya akan dipermainkan sebegitu. Babi tidak tahu. Jangan salahkan dia. Kita hanya mengambil satu kesimpulan tuntas terlebih dahulu: Kes babi adalah petanda umat Islam semakin mudah dipermain-mainkan.

0 Cadangan/Pandangan:

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE