Khamis, 15 Januari 2009

HAKIMIYYATULLAH


Malam ini (15 Jan 09), beberapa, malah agak ramai polis menyerbu Rumah Masyitah (RM). RM rumah paling berjasa. Penghuninya juga merupakan manusia yang sangat berjasa. Saya beberapa kali megucapkan terima kasih kepada penghuni RM yang memang menjadikan RM sebagai rumah Jamaah. Insya-Allah, RM adalah salah satu rumah daripada rumah-rumah syurga.

Kali ini polis menyerbu. Namun mood makan saya tidak terbantut. Malah saya semakin berselera. Saya seterusnya ke RM dengan ghairah. Selera sungguh saya melihat polis yang kebudak-budakan. Ada kawan saya yang ‘kenalir’, atau terperanjat. Namun ramai yang tenang. Alahai, polis bukan boleh halang gerak kerja Islam pun. Malah mereka sendiri berpaut dengan penggerak gerak kerja Islam ini.

Pedulikan pasal polis. Saya ceria je. Saya peduli apa. Bukan polis bukan boleh ubah sunnatullah pun. Lagipun ahli PMIUM dah terlatih. Mereka tidak pernah gentar dan takut. Malah mereka semuanya tampak ceria dengan cabaran ini. Paling tidak, ada juga perkara menarik ntuk dikenang-kenang kelak.

Saya balik dengan perasaan bosan dengan polis. Saya terus menerpa ke arah dan meluahkan idea. Saya sudah tidak ingat tentang tiga empat buah kereta polis itu, atau tiga empat buah van yang hadir. Saya mahu melupakan wajah polis India yang cuba memperlekeh-lekehkan kami. Akhirnya Shahir memperbodohkannya balik. Rupanya, cakap je pandai undang-undang. Hakikatnya tidak.

Lebihnya budak PMI adalah ukhuwah. Sesiapa sahaja yang memilih PMI sebagai medan, maka mereka telah membina ukhuwah yang mantap. Ukhuwah ini, tidak boleh diusik-usik. Mereka sanggup berpayah-payahan untuk kebaikan yang lain. Pernah seseorang kehilangan barang. Lalu sahabatnya dengan selamba memberikannya RM 200 untuk diganti. Walhal ia sendiri tidak berduit.

Apa sangat RM 200 jika dibandingkan dengan nilai ukhuwah ini.

Aqidah yang dipegang dalam keadaan kritikal sebegini, bukan lagi ukhuwah Uluhiyah atau Rububiyah. Tetapi aqidah yang dipegang ini adalah aqidah Hakimiyyah. Kekuasaan ini adalah milik mutlaq Allah. Allah hakim, kita pula yang didakwa. Aqidah Hakimiyah adalah lambang kekuasaan. Jika Uluhiyah tanda pengesaan, Rububiyah pengakuan tadbir, Asma’ was Sifat penuh rasa kehambaan, Hakimiyah pula bicaranya adalah tentang kekuasaan dan kepemimpinan.

Kekuasaan Islam. Mereka harus ingat, budak PMI bukanlah pengikut Isa. Metode Isa adalah, kesabaran dan berserah. Metode budak PMI adalah, kami ada maruah, jangan sampai kami meludah. Kekuatan budak PMI juga adalah, ketaatan di tahap tanfiz dalam rangkuman ketaatan tanpa berbelah bahagi. Ia bukan berkaitan dengan perkara ijtihadiyah. Dalam medan peperangan, tiada masa untuk berfikir dan bermesyuarat. Keputusan ketua harus ditaati. Maka bagaikan anak panah, budak PMI rela dilontarkan ke mana sahaja untuk Islam.

Jo budak Kelate, bukan calang-calang orang. Berkasut Sport pada malam ini, beliau tampaknya bersedia menghadapi apa sahaja. Zulzaidi anak didik Teras, berselipar persis selipar ana, juga bersedia untuk menjadi apa jua kemungkinan. Apa lagi beliau pernah berdemo hanya dua orang. Beliau nampaknya seorang yang mandiri dan berkeyakinan. Begitu juga dengan yang lain.

Sahabat saya Azlan masih berjiwa mahasiswa. Wahdah yang dipegang dan dianutinya adalah, la syarqiah wala gharbiah. Sempadan umur tidak menghalang beliau untuk merumput bersama adik-adik. Ideanya sentiasa bugar dan membugar. Hidayat pula berpegang dengan konsep tajarrud. Mengosongkan fikrah daripada simpang-siur gagasan yang bercelaru.

Futuhat mesti diperluaskan, meneruskan tradisi Amru bin al-‘As. Atau mungkin ketekalan Demas. Anda mungkin tidak kenal siapa Demas. Ah, lupakan. Ia tidaklah terlalu penting. Bukan dapat pahala pun anda mengenali siapa Demas yang tinggi-tinggi galah. Dalam era perluasan futuhat, fata mesti bersedia. Persediannya adalah, Iman yang ‘amiq, takwin yang daqiq dan amal yang mustamir. Amal mustamir adalah tercangkum dalam kalam hikmah: Jadilah kamu penuntut istiqamah, jangan jadi penuntut karomah.

Pintu Khaibar perlu dirobohkan. Halangan berantai Konstantin mesti diputuskan. Kesombongan Hercules perlu diajar. Runtuhkan sahaja istana Isabella. Bina semula Masjid Aya Sophia. Bebaskan semula Sevilla dan Barcelona. Di situlah kina bina mahligai Taj Mahal.

Kita tidak takutkan lawan. Prinsip kita, redah sahaja lautan terbentang sebagaimana al-‘Ala bin al-Khadrami dan ‘Amr bin Asim. Kesolehan Abu Soleh Jongi Dost menanam epal dalam kandungan isterinya sehingga melahirkan al-Jailani. Bukan sahaja mahaguru sufi malah ideolog haraki.

Mungkin benar empat istilah al-Maududi dalam period ini. Ilah, merujuk kepada sumber Rabbani. Al-Din, merujuk kepada htang-piutang dan keterikatan kita dengan Sang Pencipta. Al-Rab merujuk kepada pentadbir yang Maha Kuasa. Al-Ibadah merujuk kepada kehambaan yang akur dan patuh tanpa banyak soal dan bicara.

Tuntutan kalimah syahadataini dalam tempoh yang sukar ini perlu diperhalusi. Laa ilaha illaLlah mengandungi konsep wala’ dan bara’. Muhammadur Rasulullah merupakan landasan menentukan wala’ dan bara’. Wala’ dengan Hakimiyyatullah dan bara daripada taghut yang banyaknya bertopeng.

Ah, panah Sa’ad akan kembali, tunggulah…

2 Cadangan/Pandangan:

Zahiruddin Zabidi on 16 Januari 2009 pada 1:56 PG berkata...

Salam alaikh...hakimiyyah pada tauhid uluhiyyat dari corong cetusan minda as-syahid syed qutb, ana pernah membaca kronologinya...tapi...hampa...perlukan penjelasan..

Hasmora on 16 Januari 2009 pada 8:04 PG berkata...

melewati denai2 ukhwah.. oh indahnya...

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE