Saya seronok apabila membaca kita Riyadh al-Salihin tadi. Karya Imam Nawawi tadi memang membangkitkan ghairah saya untuk terus berbasah-basahan dengan dunia ilmu. Imam Nawawi kaya dengan budi bahasa. Walaupun beliau ada kemampuan berijtihad, namun beliau banyak jga meraikan pandangan Imam al-Syafei.
Sejak kecil beliau memencilkan diri daripada dunia kanak-kanak. Beliau bukanlah semacam kanak-kanak biasa yang suka bermain-main. Malah al-Fatih dan al-Ayyubi juga suka bermain-main. Umar Abdul Aziz pun suka bermain-main. Tetapi Imam ini lain sikapnya. Suka membaca al-Quran, cenderung kepada keilmuan. Diriwayatkan, beliau mempelajari 12 jenis ilmu setiap hari.
Saya berjumpa dengan saudara, atau lebih tepat jika saya bahasakan beliau sebagai adik saya sahaja. Saya berkongsi Sheikh Abduh dengan beliau. Saya nyatakan kekusutan saya. Dalam bab ilmu, saya tidak kisah tentang ilmu. Beliau lebih muda berbanding saya, tetapi ilmunya melangit sedangkan ilmu saya merumput.
Jelas Physal, al-Attas sendiri tidak menyenangi beberapa reformis semacam Abduh dan Rasyid Redha. Ia membawa tradisi liberal dan meninggalkan ketulenan ilmu. Al-Attas seorang ahli ilmu yang berdaya tinggi.pemikiran metafizik la, apa-apa la yang saya payah nak fahami sampai sampai sekarang. Saya sebenarnya sedikit sebanyak ada kurang bersetuju dengan cara pembawaan Abduh. Itu gerutu hati saya yang cetek dan tohor ilmu ini.
Tengah hari tadi, selepas menyampaikan kuliah di surau Takaful Nasional, sahabat saya Saifuddin (yang saya kasihi kerana Allah) menguraikan sedikit kekusutan saya berkaitan kapitalis dan komunis. Katanya, ada juga kebaikan dan kesamaan antara Islam dengan kedua-dua teori ini khususnya dalam bidang ekonomi. Kemudian beliau menjelaskan beberapa perbezaan yang menjadi jurang antara ekonomi Islam dengan Kapitalis dan Komunis.
Saya semakin tersepit dalam kedangkalan ilmu. Kejahilan membuatkan saya terus terperosok dalam dunia serta tidak tahu dan termanggu-manggu. Selama ini saya memahami Rukun Tarbiah dan mampu mensyarahkannya dengan baik namun banyak lagi epistemologi yang tidak mampu saya tanggapi. Dada saya semakin sesak, namn semangat saya semakin membuak-buak.
Sebenarnya ada beberapa teori akal Abduh yang saya kurang bersetuju. Beliau meninggikan sangat akal sehingga menafikan beberapa perkara di luar logikal. Apabila beliau mempertikaikan Burung Ababil dalam bentuk burung sebaliknya menyatakan Ababil sebenarnya hanyalah lalat, saya masih tidak pandang sangat. Tetapi apabila beliau mengetepikan fakta nabi SAW pernah membelah bulan sebagai satu mukjizat, di situ mula terbit keraguan dalam diri saya. Keraguan itu mencuit-cuit saya.
Abduh menyebut, jika bulan pernah terbelah, maka akan terhentilah perjalanan alam buat sementara. Namun tiada satu pun fakta menunjukkan alam pernah terhenti sementara.maka ia mengetepikan kekuatan mkjizat itu. Saya sendiri tidak tahulah sejauh mana kebenaran mukjizat itu. Itu bukan soalnya. Soalnya ialah, belau mudah menggunakan logik akal.
Kawan saya Saifuddin membentak pemikiran Wan Saiful Wan Jan berkaitan kapitalis. Beliau iaitu Wan Saiful nampak gaya banyak memenangkan teori kapitalis dan menyebut kapitalis ada persamaan yang banyak dengan Islam. Saifuddin sangat tidak bersetuju. Beliau orang ekonomi, beliau lebih memahami. Saya pula, ya, akan saya jemput Prof Joni untuk membentangkan falsafah ekonomi Islam dalam Ummah Talk kelak Insya-Allah.
Tips Cegah Gangguan Pencernaan dengan Kebiasaan Berikut Ini
3 hari yang lalu
0 Cadangan/Pandangan:
Catat Ulasan