Saya telah bertemu dengan beberapa pemikiran yang menyesakkan nafas saya. Semput saya memikirkannya. Tercungap-cungap saya dibuatnya. Seolah-olah, saya mendayung perahu kemudiannya karam. Lalu saya termengah-mengah berperang dengan arus sungai. Basah kuyup pakaian saya dibuatnya. Terkapai-kapai saya dipermainkannya.
Jenis-jenis pemikiran yang saya temui kritikal sifatnya, mencabar minda kebiasaan. Kalau selama ini saya berfikir begitu, rupanya ramai yang berfikiran begini. Semacam, kalau pernah saya mengharamkan sesuatu berdasarkan emosional yang tidak bertapak, maka rupanya ada aliran menghalalkannya bersebab.
Ia bukan berkaitan tarbiah. Rukun-rukun tarbiah yang empat, atau mungkin juga hanya tiga tidaklah penting sangat untuk diingat. Maaf jika saya menyinggung mana-mana pihak. Ia juga bukan berkaitan dakwah. Rukun-rukun dakwah yang empat itu juga tidaklah penting sangat untuk diingat-ingat. Ia juga bukan berkaitan nadwah mahupun katibah.
Ia berkaitan satu pemikiran dalam bentuk yang besar. Saya datangkan contoh. Ada satu kumpulan pemikir Malaysia yang kini berada di London nampaknya berat untuk menyamakan konsep Kapitalis dengan Islam. Bagi mereka, seolah-olah Kapitalis ada kesamaan dengan Islam.
Satu kumpulan pemikir lagi melihat Kapitalis jauh daripada Islam dan menganggap Komunis yang lebih mendekati Islam.golongan yang cenderung kepada Kapitalis menyerang Komunis dan begitulah sebaliknya. Pertempuran ideologi ini sangat menarik untuk terus ditelaah sebaiknya.
Ketua Pengarah Malaysia Think-Tank London, Wan Saiful Wan Jan sekali lagi mencabar tradisi kebiasaan. Ia berkenaan dengan kebebasan beragama dan hak asasi. Juga ada kaitan yang sangat rapat dengan golongan minoriti. Lebih kurang begini pada pandangan beliau. Kenapa penganut agama lain di Malaysia tidak dibenarkan untuk menyebarkan dakwah bahkan boleh dikenakan tindakan dan tekanan? Di mana kebebasan beragama?
Bagaimana pula sekiranya kita berada di luar negara, disekat daripada berbebas-bebas dalam agama? Apakah kita akan berdiam diri dan membisu seribu bahasa? Maka di sana ada beberapa tuntas. Tuntas pertama: Orang akan mempertikaikan kerajaan dari sudut kebebasan beragama. Tuntas kedua: Islam tampaknya agama yang menghalang agama lain. Tuntas ketiga: Pemerintah Islam nampaknya berat sebelah. Tuntas keempat: Islam nampaknya semacam agama yang lemah lantaran memerlukan undang-undanguntuk melindunginya.
Kemudian menarik juga apabila Malaysia Think-Tank London meminta supaya definisi riba diperjelaskan semula. Seorang penulis kelahiran Turki ada menyebut soal ini. Namun ia masih takut-takut nampaknya, entahla. Ada disebut Erdogan Perdana Menteri Turki meminta agar definisi riba diperjelaskan semula. Ia tambah menyesakkan nafas saya.
Ini 7 Cara Bermain Lords of the Fallen bagi yang Masih Pemula
Seminggu yang lalu
0 Cadangan/Pandangan:
Catat Ulasan