Jumaat, 23 Januari 2009

JADIKAN SIRAH SEBAGAI PANDUAN


Saya mengendalikan beberapa program kepada beberapa kampus baru-baru ini. Apabila saya bertanyakan kepada mereka persoalan yang berkaitan dengan sirah dan sejarah anbiya’, ramai yang terpinga-pinga. Mereka tidak mampu menjawab banyak persoalan yang saya timbulkan. Dari seremeh-remeh soalan hingga ke persoalan yang berat. Mungkin juga mereka takutkan saya hingga menggusarkan mereka memberikan jawapan yang sebaiknya. Buktinya, apabila orang lain yang mengendalikan sesuatu slot, mereka bukan main lagi petah memberikan jawapan. Tiba saja saat saya mengendalikannya, masing-masing terkunci mulut.

Saya sengaja bermain dengan beberapa persoalan yang remeh untuk menguji sejauh mana mereka rajin membaca. Contoh persoalan yang saya kemukakan adalah seperti berikut:

• Siapakah nabi yang paling tampan
• Sebutkan tiga orang nabi yang menjadi raja
• Siapakah anak saudara Nabi Ibrahim yang menjadi nabi
• Sebutkan 10 sahabat nabi yang disebut berurutan akan masuk ke syurga
• Siapakah sahabat nabi yang menjadi kepercayaan ummah
• Siapakah isteri nabi yang paling pemurah sehingga digelar panjang tangan

Ramai yang tidak mampu menjawabnya. Apabila saya melangkah lagi ke persoalan yang lebih dan memerlukan jawapan yang subjektif, maka semakin ramai yang terus dilanggar ketidaktahuan.


Lalu saya menyimpulkan, pengetahuan tentang sirah belum lagi dijadikan elemen yang penting dalam silibus usrah kita. Kita juga tidak menjadikan dalil Quran sebagai satu bahan utama sebaliknya kita hanya mencedok tulisan ulama haraki dan banyak menggunakan akal kita dalam memahami sesuatu perkara.

Disebabkan itulah saya pernah mempertikaikan beberapa kertas kerja yang dijadikan panduan untuk peserta dalam sesuatu program termasuklah kertas kerja berkaitan Fikrah Perjuangan. Ia sangat-sangat mengelirukan. Bersifat aqliyah dan berterabur susunan isinya. Tidak ketentuan matlamat penulisan atau penyusunannya.

Kita perlu ingat, ada beberapa buku yang banyak menggunakan dalih aqliyah dan ia tidak boleh dijadikan sumber yang terbaik kerana pemikiran seseorang itu kadang-kadang hanya untuk memuaskan keinginannya semata-mata.

Berikut saya cadangkan kaedah membuat silibus usrah yang baik sebagai panduan dan tatapan. Kita mengambil tajuk Akhlak Muslim sebagai contoh. Perlu diingatkan, apa yang saya sebutkan ini ialah silibus usrah, bukannya bahan untuk diusrahkan secara segmentasi. Tajuk Akhlak Muslim tidak perlu kepada satu usrah yang khusus sebaliknya ia merupakan panduan kepada naqib untuk disampaikan kepada mana-mana ahli usrah secara tidak langsung pada setiap masa. Atau mungkin ia dijaidkan bahan tazkirah tujuh minit sebelum memulakan perbincangan yang lebih mendalam. Atau dijadikan sebagai bahan peringatan tanpa keterikatan dengan waktu, iaitu disampaikan pada bila-bila masa sahaja.

Maknanya, silibus hanyalah panduan untuk nuqaba’.

Ok, apabila kita menjadi Akhlak Muslim sebagai silibus usrah maka inilah bentuk cadangan yang ingin saya kemukakan.

1 Senaraikan sekurang-kurangnya satu dalil Quran dan satu dalil Hadis yang menyeru ke arah berakhlak mulia
2 Kutip sekurang-kurangnya dua pandangan ulama berkaitan akhlak mulia
3 Senaraikan 10 genre akhlak yang perlu dimiliki dan kaitkan setiap satu ciri dengan akhlak nabi. Sebagai contoh, sikap Menahan Marah. Maka kaitkan sikap itu dengan sirah Nabi dan sejarah anbiya’ serta kisah para sahabat
4 Senaraikan 20 permasalahan sosial pada masa sekarang untuk menimbulkan sensiviti berdakwah
5 Nyatakan langkah-langkah penyelesaian secara ringkas
6 Sebutkan bagaimana langkah untuk mengelokkan akhlak kalangan muslim secara teoretikel dan praktikal
7 Nyatakan tiga kesimpulan utama yang harus diperhatikan

Itu secara gambaran kasar yang saya berikan. Sepentingnya, kita menjadikan kisah anbiya’, sirah nabi dan kisah para sahabat sebagai taulan kepada kita. Mereka merupakan sebaik-baik generasi dan haruslah kita menjadikan mereka sebagai suri taulan.


3 Cadangan/Pandangan:

Tanpa Nama berkata...

ya ustaz..kami, jundi2 gamis akn cuba jd kwn yg terbaik, yg berpengaruh...

Mohd Arif Juhani Abdul Rahman on 24 Januari 2009 pada 6:39 PTG berkata...

betapa saya acap kali menyeru agar fiqh sirah itu difahami sedalamnya tatkala berada didalam perkumpulan usrah. akhirnya saya disingkirkan justeru kononnya saya tidak ada komitmen dalam usrah.

bagaimana bisa untuk berkomited dengan usrah yang naqibnya pernah mengatakan Ikhwanul Muslimin adalah Islam dan Islam adalah Ikhwanul Muslimin. Sudahlah begitu diskusi agama didalamnya tidak memberi impak yang besar dalam jiwa anak buahnya.Patutkah jika ayat 'dunia dicipta dalam enam hari' katanya tidak perlu ditafsir. Hujah apa pula yang mahu diberikan kepada non muslim andai mereka bertanya perkara ini? Seolah-olah akan digambarkan bahawa Islam ini agama yang mesti diterima bulat-bulat tanpa perlu dipersoal lagi.Wajar benar usrah sebegini menjadikan adikarya Fazlur Rahman-Pesan-pesan Terbesar Al-Quran sebagai silibus agar ufuk pemikiran menjadi lebih luas.

hasilnya,beberapa sahabat turut berundur dari usrah yang begitu rapuhnya pembawaannya.

laily on 25 Januari 2009 pada 9:04 PG berkata...

i also cannot answer ur question...ayyo..kene stdy blk ni...

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE