Ahad, 25 Januari 2009

KUANTAN YANG MALANG


24 Januari 2009: Seharian saya di Kuantan, berprogram di sana. Bukan sekadar berprogram, malah berukhuwah dan bercanda dengan perkongsian yang mengasyikkan. Sebetulnya, inlah kali pertama saya ke tempat jauh bersama dengan sahabat-sahabat Gamis tetapi saya langsung tidak mengendalikan walau satu slot. Tetapi mereka mendesak-desak untuk mendengar sedikit buah mulut saya yang akhirnya terluah dalam tidak sampai lima minit.

Kuantan bumi malang. Masih lagi ia diperintah oleh pemimpin songsang yang tidak mempunyai wabawa yang mengagumkan. Saat-saat ini, perkembangan Islam sedang teranyam dengan begitu ralit di bumi Malaysia, namun Kuantan tetap antara bumi yang malang.

Bumi ini malang kerana pemimpinnnya masih lagi songsang. Songsang kerana mengikut ajaran songsang. Songsang kerana pemikirannya berterabur. Songsang kerana akhlak dan budi pekertinya tonggang-langgang. Kalaulah bumi Kuantan tu subur dengan hutannya sekalipun, namun kesongsangan itu tetap membelit dan merantai.



Pemimpin bagi saya tidak semestinya orang yang paling bertaqwa. Ya, bukan hanya taqwa menjadi faktor kejayaan sesebuah pentadbiran. Saya masih berpegang dengan konsep kebijaksanaan adalah elemen terpenting dalam mengurus sesebuah Negara atau kerajaan. Kebijaksanaan adalah kepintaran, ia merangkumi kepantasan dan ketangkasan. Kebijakan merupakan nilaian otak, manakala taqwa adalah nilaian roh. Saya kurang bersetuju jika dikatakan nilaian roh berkuasa sebanyak 90 peratus atau 99 peratus.

Saya berpandangan, lebih baik pemimpin yang zalim tetapi bijak berbanding pemimpin yang bertaqwa tetapi tidak bijak. Itu seminimumnya. Dalam konsep yang asasnya, pemimpin adalah orang yang mempunyai nilai kebijakan manakala ulama sebagai penasihat mempunyai nilaian taqwa. Dalam konsep yang terbaik pula adalah pemimpin bukan sahaja memiliki nilaian otak bahkan ia juga mempunyai nilaian roh. Semacam Umar Abdul Aziz dan Tuan Guru Mursyidul Am Pas.

Saya terperanjat mendengar beberapa fakta kes yang menimpa sebuah institut pengajian tinggi yang terikat dengan rantai maksiat dan keracunan maksiat. Yang bertudung labuh boleh berdua-duaan dengan pasangannya sekalipun di khalayak ramai. Yang menganggap tidur dengan lelaki sebagai sau perkara biasa pun ujud. Ia satu pembelengguan yang menghantui. Saya sampai sekarang ketakut-takutan mendengarnya.

Saya berfikir sejenak dua jenak. Banyak tugasan saya sebagai pimpinan anak muda untuk mengembangkan Islam sepantas mungkin di Negara tercinta ini. Jika tidak, Malaysia akan terus dilanggar dengan kemaksiatan yang menakutkan.


7 Cadangan/Pandangan:

Tanpa Nama berkata...

sememangnya banyak lagi tempat dan masyarakat di malaysia muda mudi khususnya ang masih hidup dalam gelombangmaksiat

samada dalam kita sedar atau tidak..
pening kepala memikirkan jalan pneyelesaiannya...

kekadang kalua kita ni asyik bergaul daengan golongan yg baik2 sahaja
susah juga nak menjejak langkah
golongan yg hanyut dalam arus dunia dan nafsu syaitan ni

lihat sahaja

di kampus universiti pun
masih banyak usha dakwah yg tak terlakasana sepenuhnya,maksiat berleluasa,itulah peranan kita
membawa kemuliaan islam dan isi kandungannya...
utk dijadikan sbg landasan cara hidup manusia..


mga kita sume diberi kekuatan utk melakukan amar ma'ruf dan nahi munkar dalam medan dakwah ini
tak kisahlah dalam skop yg manapun..wallahu a'lam..

Tanpa Nama berkata...

cadangan ana
pemimipin kene turun padang..
mendekati golongan yg masih hanyut ni

method dakwah kena fleksible
kena dengan golongan sasarn
sebab tu kita selaku pendakwah prlu bijak

Tanpa Nama berkata...

mereka yg berfikrah, asyik memerap diri dalam bilik. Tengok saja sewaktu riadhah. Mana golongan ni? Kalau yang bermeeting, mitinglah. Yang takde apa2, jangankan nak beriadhah, nak bergaul dengan bukan dari kalangan mereka pun susah. Maaf, saya tak berniat nak burukkan mana2 pihak. Tapi itulah hakikat di kampus. Keluar lah, dari bilik.. Saya menyeru diri saya juga yang lain2.. Belajar lah macam mana nak bermu'amalah dengan baik, dengan semua lapisan masyarakat.Masa riadhah sbg contoh, join lah yg lain2 briadhah. Boleh tjukkan contoh yg baik.. jgn nak jaga diri sendiri saja, nk beruzlah jasadiah, sbb takut tjebak/dikatakan bersyubahat. bukankah metodologi dakwah ni pelbagai? Keluarlah.. Turunlah ke lapangan masyarakat.. Mereka sebenarnya ingin mengenali dan mendekatimu. Jangan pasung niat mereka hanya kerana jumudnya pemikiran golongan yg dikatakan berfikrah. saya juga siapa2pun, bertebaran lah di muka bumi Allah. Agar kita dapat ingt mperingti. dengan pemakaian kita, akhlaq islamiyah kita, kata bicara kita, jual beli kita, pgaulan kita, edaran risalah2, dsb..

ainulMardhiah on 26 Januari 2009 pada 3:30 PG berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Slm sy cuba memetik sebuah artikel dr beribu artikel yg dtulis seorg ulama',mg2 dpt dkgsikn bersama...mhn maaf krn sy menaip mggunakn mobile (KESILAPAN PENDAKWAH MASA KINI) semenjak kejatuhn empyr islam,mka dwktu itu sglanya sudh lemah.Cara brfkr sudh lemah,jiwa umt islam sudh lemah,perpaduan sudh brkecai dan hdup nfsi2.Bahkan cerdik pndai islam,yang hafaz Alquran,pkar hadis dan pakar hukum dlm Islam pun skadar bole miliki ilmu ttp daya juang dan daya brfkir mrk sudah lemah.Ulama tidk dpt menyatukan umat yg sudh brpecah belah. Maka hasil dr keadaan ini ada 2 perkra yg kita lihat sgt menonjol kelemhnya d kalgn msy islam iaitu :- 1) Wlupun seseorg itu mgaji lma di mekah,Univ Islam atau Univ Azhar,pakr2 itu,apabila pulang ke tanah air,yg dsmpaikn ttg islam itu ada 2 prkr shj :- a) Perkra yg ada hbungn dgn ibdh khusus atau fadhoilul amal. b)hukum hkam,ykni ttg hlal hram,sunat mkruh,mrk hy brckap ttg apa yg boleh dan tidk boleh atau mghukumkn bhw ssiapa yg buat ssuatu prkra bole jd fasik,zalim,kfir atau mushrik Padahal agma Islam itu trlalu luas dan global,lebh luas dr yg dsbutkn td..Klau ditanya apa itu msy islam,mrk tidk boleh jwb,klau dtnya apa itu psikologi islam mrk tidk bole jwb,kalu dtnya apa itu kekeluargaan,perjuangn,perhbungan islm,pun mrk tidk boleh menjwb scra luas dn global.Sdgkn itu smua dperlukn oleh msy Islam dan di situlah indhnya islam..Masyrkt islam,perjuangn islam dan kash syg itu sgt indah kalau dpt kita fahami,amalkan dan hyati.Ttp yg diambil oleh ulama hr ini hy 2 aspek itu shj iaitu ibdah khusus dan tambhn serta hukum hakam.Hasilnya,hendak cari cerdik pandai dkalangn di kalgan pemuda pemudi islam krn mrk itu apabila dajak mengaji agama,mrk sudh mgagakmsti hendak menceritakn ttg ibdah dn halal haram..Inila yg brlaku stelah kejatuhan empayr Islam,yakni cra berfkir dan jiwa umat islam sudah lemah.Msy islam perlu fhm psikologi,pndidikn,perjuangn,falsafah,ekonomi,pntadbiran dan lain2,itu perlu dlm kehdupan..Bila hal ini tidk diceritakn akhirnya ibdah dan hukum hakamnya shj islam,ttg pndidikn,ekonomi,pentdbiran dan teknologinya tidk islam krn di import dr Barat.Kesan dr ulama cerdik pndai Islam tidk tahu bgmana hndak sajikn keperluan hdup spt ini sdgkn ianya amat diperlukn..Maka apabila umat Islam brtemu keperluan hdup itu dr jepun,china atau barat,maka mrk mgambilnya..wlupn tidk slaras dgn kehendak Islm 2)KELEMAHAHAN KE 2 yg sgt menonjol ialah cr menyampaikn Ilmu Islam yg sgt terbtas ykni dgn cr mengaji.Bg org dwasa,mrk mgaji agma dmasjid atau surau,manakala kank2 blajar dsekolah.Ini shj sumber Ilmunya..Padahal sepatutnya crdik pandai Islam msti memikirkn saluran apa lg yg boleh dgunakn utk menympaikn Islam sesuai dgn keadaan semasa..contoh melalui sajak,filem,pementsan,teater dn lain2..walhal mgaji cr ini la lebih berkesan..(dan byk lg cntoh) Islam itu jika diamalkn cntik dan indah.Sebb itu hr ini kalau kita brjuang,supy islam lebh cpt brkembg dua perkra iaitu ibdah dan hukum hkam itu dikekalkn,ttp kna tmbah kaedah lain lg agar org nampk betullah Islam itu penyelamat,mghburkan dan memberi khdmat(ini kita pun tidak nampk islam itu selamat lg menyelamatkn..mcmn?mcmn hendak brdakwah membwa imej islam..)Jika kita ada cita2 perjuangan,maka melalui jemaah,kita berjuangla supaya bila sebut Islam,umat Islam nampk keindahan,perpaduan dan ksh syg.Agar nampk Islam itu cntik dan menarik..wslm

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum ..
pendapat ana la.
golongan yg masih dalam gelombang maksiat ni
harus didekati, dibimbing
barulah kita boleh kenal mereka ni camana
jiwanya ? kehendak mereka?cara pemikiran mereka?supaya kita boleh fix diri mereka guna method yg betul
fleksible..

ada dikalangan mereka tu yg betul2 jahil..kasihan..
ada yg tahu hukum agama tp buat2 tak tahu
em shabat2..jadi siapa yg betrtanggungjawab membwaa mereka ke pangkal jalan kalau bukan kita?
ana setuju dengan cadangan turun padang, turun ke lapangan masyarakatkalau kita menjauhi mereka, sampai bile nak ubah mereka..
jadi

join aktiviti bersama mereka tapi jangan pulak kite yg terikut2 cara mereka\


so,jati diri pendakwah pun kena mantap dan yg penting bijak mengendalikan madu'

wallahua'lam...

Tanpa Nama berkata...

Salam Ukhwahfillah buat pmpinan gamis dn shabt2 pjuang Islam akhir zaman..
Ana stuju dgn pndpt shbt yg mngtkn kta yg brglar dai'e prlu turun pdang ke tgh2 msyrkat khasny mhsswa/i di kmpus. Sebbnya, kt yg brgerak dlm waqi' kmpus,mad'u kta adlah siswa/i kmpus yg masih terbuai dgn arus knkmtan dunia yg melekakan..
Cramah pnting, demo pnting, usrah ahli pnting, mting pnting prgram2 pnting... Ya. smua 2 pnting untk mmprkasakn tnzim.Sangat pnting.tpi kadang2 tu kta trlupa mad'u kita diluar sana yg rupnya trlalu haus nasihat dan tnjuk ajar kt..
Ana stuju jg dgn buah fkiran Ustz tntg Dai'e kna bjak dan praktikal.kritis dn kreatif dlm mnympaikan mesj dakwah..Sebb mad'u kta hari ni dah brfkiran mden..zman globalisasi ktkan.. sbb 2 kdang2 ana lhat ada sstngh nqib/h msh trlalu trikat dgn teori yg x prktikal...
Ayuh para dai'e penggerak Islam...
tetapkn pndirian kita, mantapkan hujah dan ilmu kita, namn fleksibellah dlam mlksanakan ilmu dan pnyampaian slagi x brtentangan dgn syariat Islam agar kita mampu mlahirkan ahli mtmtik, dktr, ahli kmputer, jurutera yg faqih tntng ISLAM...(Asifah andai ada yg trsinggung)

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE