Ahad, 25 Januari 2009

STUDI KES


“Kamu, Ubadah dilucutkan jawatan sebagai Presiden Pertubuhan Intelektual Muda (PIM) kerana didapati tidak mencurahkan ketaatan yang penuh kepada pimpinan. Diharap kamu menerimanya dengan redha dan menganggap bahawa inilah satu pengajaran kepada kamu,” Hakim Gerakan Islam Malaysia (GIM) memberikan keputusan setelah kes ini dibincangkan sebulan lamanya.

Ubadah hanya tertunduk sepi. Kesepian melanda. Pandangannya kelam dan gelap. Bagaikan malam yang tidak dihiasi bulan dan bintang tidak menjadi tetamu malam. Kesepian pemikiran dan jiwa. Sudah puas Ubadah dan rakan-rakannya memperjuangkan nilai sebuah pemikiran demi menyelamatkan PIM, malah menyelamatkan GIM sebenarnya dalam langkau yang lebih jauh.

Namun perjuangan Ubadah telah disalah ertikan. Ubadah pasrah. Beliau berjuang bukan untuk memenangkan pemikiran beliau. Malah beliau turut insaf pemikiran baru adalah pemikiran yang sukar diterima dan sukar diresapi. Ia bagaikan hantu. Hantu raya yang menakutkan. Hantu langsuir yang hanya ada kepala tiada berbadan. Hantu galah yang tinggi. Hantu Pontianak yang suka mengilai. Ya, pemikiran beliau bagaikan hanta yang menakutkan, menyebabkan ramai yang dilanggar paranoia.



Beberapa rakan Ubadah memberikan semangat dan motivasi. Mereka juga telah lama terpenjara dalam pEnjara kejumudan dan kebekuan. Mereka telah cuba memecahkan aiskiub yang semakin menebal, layaknya menjadi aisberg, namun padah yang parah telah menanti di hadapan. Malah sebelum beliau pun sudah ramai yang terpenjara. Penjara itu sepi dan kesepian. Cahayanya sangat malap dan kegelapannya amat pekat.

Apa salah aku? Ubadah bertanyakan dirinya. Aku hanya ingin menyelamatkan Islam bukan merobohkannya tetapi kenapa ada yang tidak menyenangi. Apakah semata-mata wala’ dan taat? Apakah semata-mata aku cuba melanggar tradisi wala’ menyebabkn aku terus terperangkap dalam penjara kesepian ini?

Apa yang paling kesal ialah, ramai yang mengata tetapi tidak nyata. Mengata dari belakang tetpi tidak berani berhadapan. Mengata tanpa fakta dan suka memporak perandakan. Mereka hanya mendengar buah mulut orang yang enTah benar atau tidak, lalu ditambah-tambah dan menambahkan kepekatannya. Ubadah langsung tidak kisah dengan apa yang menimpa lantaran ia merupakan salah sangka.

Namun yang menyedihkan ialah, Ubadah tidak diberi peluang untuk membela diri. Tiada orang yang berjumpa dengan Ubadah secara berhadapan untuk mendengar penjelasan sebenarnya. Sebaliknya mengata dan terus mengata. Ia perit dan pedih, dan bisanya terus menjalar ke dalam tubuh dan menyakitkan. Doctor pun akan menggeleng-geleng kepala melihat sakitnya.

BERDASARKAN KES TERSEBUT, SILA NYATAKAN PANDANGAN ANDA TENTANG APAKAH YANG TERJADI SEBENARNYA. SENARAIKAN BEBERAPA PERMASALAHAN YANG SEDANG MELANDA UBADAH, PIM DAN GIM. APAKAH PULA JALAN PENYELESAIANNYA.

11 Cadangan/Pandangan:

Tanpa Nama berkata...

PANDANGAN:
Ini menggambarkan ketidaksediaan dalam mhadapi sesuatu yg baru. pimpinan ttinggi/seorang pimpinan kne berfikiran jauh kedepan, berlapang dada dalam apa jua kritikan mahupun cadangan dari pimpinan lain/anak buah. Jangan anggap pimpinan lain/anak buah ni sebagai pesaing/org yg nak jatuhkan pimpinan. Skiranya ini blaku, ia akan mencantas pandangan/kritikan/cadangan pimpinan lain/anak buahnya.

Sama seperti kes yang pernah saudara bincangkan. Golongan yang ada sekarang membaca, tapi kurang analisis. Lebih banyak mengikut dalam erti kata meletakkan wala' tanpa menilai justifikasi mahupun implikasi. Pemikiran begini bagi saya tidak membawa kepada perkembangan dalam medan dakwah. Kerana kita memerlukan pemikiran di luar kotak, sememangnya pemikiran begitu adalah pemikiran yg x bcanggah dgn Al-Qur'an & sunnah.
Rata-rata dan kebanyakan suka bercakap belakang. Teguran tidak sampai kepada org yang sepatutnya. Ini membuatkan wujudnya rasa tiak puas hati dan sbgnya.


PERMASALAHAN:
1. Sikap tidak terbuka dan kurang menganalisis. Tiada analisis yang terperinci mengenai apa yg diutarakan Ubadah Pimpinan tidak bersikap berlapang dada & tidak berfikiran jauh, tak boleh menerima sesuatu yang baru
2. Ubadah tak diberi ruang utk mberi penjelasan.
3. terdapat golongan yang hanya berani cakap belakang, tapi takut/pengecut untuk berterus terang.
4. Konsep wala’ yang kurang releven (hanya menurut sahaja, tanpa berfikir) pada ketika ingin melahirkan pejuang kelas pertama.Tiada/kurang thiqah thadap ubadah
5. Permasalahan roh pejuangan

PENYELESAIAN:
1. Pimpinan: buka lapangan hati, bagilah peluang, dengar dulu cdgn/pndpt/kritikan. Analisis tiap satu dengan baik. Jangan memasung tanpa analisis.Contohi bagaimana Rasulullah saw menerima, mdengar cdgn dari sahabat. Lihat kembali matlamat. Untuk Islam. Bukan utk kepentingan peribadi. bersikap berlapang dada & berfikiran jauh, menerima sesuatu yang baru walau ia dari bawahan
2. Ubadah: usahakan beri penjelasan.
3. Beranilah tampil,
4. Analisis kembali apakah wala’ itu tercakup hanya mendengar tanpa menilai. ”Wala’ sbgmana Khalid al-walid” (memahami keadaan, bdasarkan pnglmn..)
5. kedekatan diri dgn Allah. Ini pokok utama..........

***skadar pndgn dari saya yg kurang ilmunya dan masih baru dalam pkara ni. Harap saudara dapat beri komen n betulkn mana yg silap.

Allahu'alam.

Rausyanfikir on 26 Januari 2009 pada 7:47 PG berkata...

ni kes ana la ustaz. Rasa macam jadi UMNO plak di mata sahabat2. huhu. Xpa2. Ana berlapang dada.

Tanpa Nama berkata...

Lah.. kuarkn something ntok dbincangkn dkire sbg x walak? so, let me conclude,pmsalahn walak ni pun ikut waqie'jg lh.. law dulu, main ikot je xde nak pk2. skunk ni bnyk cbrn. mgkin org x tpikir psl tu, tp dia tpkir. mb dia x tpikir hal nu, org len tpkir. topap2 le. niwei, aq rse org2 ttinggi xprlulh tlalu bkeras n nkkn org simpan walak 2, sbb bg aq, walak mcm ni bkn nk bg org ikut kata, tp lbh kpd mlemahkn orgnisasi, xbkembang, mcm2

Mohd Arif Juhani Abdul Rahman on 26 Januari 2009 pada 5:51 PTG berkata...

ana pun dak disingkir tapi kurang-kurang kes ustaz ni lebih profesional tapi kes ana pulak ana disingkir tanpa diberitahu.

sewajarnya tiada siapa yang harus disalahkan. jangan la nak tanya apa kesalahan aku tapi tanya apa sumbangan aku. jangan sebab usrah singkirkan kita maka kita tak patut perjuangkan agenda dakwah ini.

perjuangan dakwah ini tak semestinya atas platform yang dibina manusia. kisah ghulam (pemuda) seperti dalam kitab riyadhus salihin wajar dibaca dan direnung betapa tubuh yang satu mampu menjatuhkan pemerintahan thagut dan mentauhidkan aqidah penduduk ketika itu. peristiwa ini juga disebut sebagai ashabul ukhdud.

peristiwa lain seperti khalid walid yang dipecat daripada jawatan beliau dalam ketumbukan tentera namun masih gigih berjuang di medan perang tanpa memikirkan apa kesalahan aku sehingga dipecat sedemikian rupa tapi yang difikir adalah bagaimana harus aku perjuangkan agenda Islam ini.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualikum....

Sekadar berbicara...
Bagi ana, kes yg ustz tulis ni lebih kurang sama dgn kes yg menimpa ana...
Ana bersetuju dgn pandangan deidara.. pimpinan haruslah berlapang dada... jgan terlalu angkuh utk menerima sebarang kritikan mahupun cadangan drpd bawahan...
Buat semua yang bergelar pimpinan... tanganilah sesuatu yang berlaku dgn menggunakan akal yang diberikan oleh Allah Taala...bukan menggunakan hawa nafsu semata2...

Tanpa Nama berkata...

salam
takat ni ana tak melalui lagi fenomena cam ni
ana rasa wujudje pimpinan yang tidak bersifat terbuka
yg rela diri dan organisasinya hidup dalam kejumudan yg memerangkap minda dan hala tuju ahli..
semestinya pimpinan harus bersikap terbuka..
pimpinan yg tak menerima idea idea baru ni
yg kononnya pelik dan tak selari dengan perjuangan yg didokong, mengambil langkah mudah, terus membuang orang2 yg sebenarnya beridea bernas yg boleh menjadi agent of change kepada masyarakat

keadaan ini bukan sahaja memudaratkan individu tertentu
tapi juga ahli ahi lain akan menjadi kecut untuk bersuara
takut kalau idea yg dilontarkan disalaherti oleh pihak pimpinan
cukup melemahkan?
buat ana geram dan ini bukan ciri pimpinan yg profesional..
kalu gitu gak
sampai bile sesuatu organisasi nak maju?

dalam kes studi ni
ubadah harus bangkit biar dibuang
kena teruskan cari jalan nak membela diri
kerana bukan utk kepentingan diri tapi kebaikan dan keberlangsungan organisasi itu..
ubadah masih ada sahabat yg sentiasa disisi utk memberi motivasi dan menyokong beliau,
belum lagi dibiar seorang diri menanggung sakit
inilah namanya ujian.

jadi kenapa perlu takut utk bangkit dan kehadapan

mungkin dengan cara ini
hikmahnya pimpinan dapat mengkoreksi diri

ubadah harus sedar mmanglah nak wala' tapi dalam konteks ini, harus bangkit

ana yakin dengan kebangkitan ubadah, ahli lain yg sebelum ini hanya bercakap belakang yg mengeluarkan pandangan tanpa menilai sebetulnya akan sedar kesalahan masing2

andai ubadah bleh bangun bersuara sekali lagi, pasti banyak hikmah yg akan diperolehi baik kepada organisasi itu, pimpinan, mahupun ahli lain..
bangkitlah utk perubahan yg baik
sekalipun dalam buangan

ana nasihatkan diri ana juga
takut kalau2 ter melalui situasi ini
wallahu a'lam

Tanpa Nama berkata...

hooo.... Biar terbuang tetap bjuang, biar rebah jgn brubah.

Aku Bukan Umar Al-Khatab on 26 Januari 2009 pada 9:48 PTG berkata...

Suatu hari Tuah tersedar... rupa2nya taatnya dia selama ini taat membuta... dia kesal akan dirinya sendiri... banyak kenyataannya sudah dirakam sang penulis sejarah... Orang Melayu itu tidakkan pernah menyanggah Rajanya... Tuah lari kehutan tanpa sempat menyedarkan bangsanya...

Beratus2 tahun kemudian... Melayu masih ramai yang begitu... lebih dasyat bukan sekadar melayu kampungan... malah Melayu moden.. Melayu yang inginkan Islam... melayu yang inginkan dunia... masih juga berpegang pada falsafah Tuah itu...

Sering konsep wala' disalah tafsir... berbeza pandangan dengan pimpinan.. adakah wala' telah tiada??...

Islam itu indah... bukankah syumul itu sifatnya Islam??... Seringkali masuk lubang yang sama atas maksud inginkan jalan yang sama seperti yang dirintis oleh orang-orang dahulu... benarkah konsepnya begini??.. Maka idea baru tidak pula sunnah dan berpahala... kamu itu songsang!!!

Suatu hari... bapa ali main kejar-kejar dengan ibunya dihadapan ruang tamu... bagus keluarga ini... mereka bahagia... tanpa sedar ali rupanya meletakkan air radix yang dibuatnya di kawasan ruang tamu itu... dijadikan kisah bapanya tatkala main kejar2 itu tersepak radix yang sedap... Maka ibunya membebel... kenapa la air tu kamu letak kat situ.. x de tempat lain ke nak letak???... bla..bla... 2 jam!!

Dihari yang lain.. Ali main pula kejar-kejar dengan adiknya dikawasan yang sama... keluarga ini bahagia... dan rupa-rupanya bapanya pula meletakkan air radix yang dibuat oleh isterinya di ruang tamu itu... nak dijadikan cerita ali tersepak air itu... Maka marahlah ibunya... Kau nie ali.. x de tempat lain ka nak main kejar2 dengan adik kau??... bla.. bla... 2 jam!!!

Apa yang cuba disampaikan nie??... haha... ketahuilah ustadz.. resamnya anak muda... dimata mreka yang lebih dewasa... dimata pimpinan yang lebih utama... setiap kesalahan itu akhirnya berbalik pada kita.. itulah hakikatnya dan sukar untuk mengubah itu... maka, belajarlah menerima.. moga2 apabila ustad dan kita pula nanti sudah menjadi pimpinan.. jangan pula aksi yang sama kita lakukan... Ayuh.. terus berfikir!!!

Tanpa Nama berkata...

Jika dilihat senario pemikiran hari ini, keadaan begini berlaku disebabkan mencedok bulat-bulat dari pengalaman lepas-lepas.
Kalau pimpinan sesi 0607 buat arahan/gerakkerja/keputusan gitu, pimpinan sesi 09/10 pun nak ikut gitu juga. Saya kira, ia menjadi masalah apabila kurang peka terhadap waqi' semasa. Memberi wala', tidaklah salah. Cumanya, jangan pula ada yang mengabaikan sistem syura. Bukankah kita punya sistem yang baik? Sekarang bukan zaman tirani. Bincanglah baik-baik. Kalau segan/takut jatuh air muka pimpinan sbg contoh (na'uzubillah..saya positif mengatakan pimpinan dalam gerakan bersih dari rasa ini) jumpa personal, ambil tahu perkara yang dibangkitkan. Tapi lagi baik dibincangkan bersama.

apapun, saya bersetuju dengan konsep berlapang dada. Tak kisahlah siapapun. Berlapang dadalah. Kerana matlamat kita besar. Jauh ke depan lagi. Kiranya tiada berlapang dada, perbincangan, lebihkurang lah dengan 'puok di nu' nu.

walau bagaimanapun,
taat kepada pimpinan jangan diabaikan. dalam masa yang sama, perbincangan terhadap pandangan yang lain-lain juga jgn diketepikan. Di manakah letaknya thiqah seorang pemimpin-pemimpin; pemimpin-ahli; ahli-pemimpin; ahli-ahli. tolak ke tepi dulu isu peribadi. Be profesional.
Sekian dari saya,

Saudara dzul, boleh kot saudara nyatakan pandangan saudara dalam kes ni.

Tanpa Nama berkata...

salam,ana brstuju dgn pndangan bahawa perlu berlapang dada.
di sini, bkn pimpinan shj perlu brlapang dada malah saudara ubadah juga perlu berlapang dada krn itu adalah asam garam dalam perjuangan di mana kita akan di cemuh dan dipandang serong..

jika diamati sejarah juga, kita dapat melihat perjuangan Rasulullah tidaklah mudah sehingga baginda perlu melakukan hijrah..

di sini,pimpinan perlu mengkoreksi diri..pada ana bila berlaku kes seperti ini, maka makin ramai yang akan bersikap berdiam diri dan hanya bercakap belakang dan pimpinan akhirnya tidak akan muhasabah diri bila cara pimpinannya tidak ditegur dan akhirnya konsep wala' yg sbnrnya mgkn akan terkubur..na'uzubillah

sekadar pandangan dengkel!!

Tanpa Nama berkata...

pada pandangan ana, apa yang ubadah buat adalah perkara yang baik, cumanya pada pandangan pimpinan ianya menjadi satu masalah. kenapa ini menjadi masalah kepada mereka?? sebabnya ialah mereka masih lagi berfikiran lama..berfikiran konvensional. orang melayu macam dah jadi tradisi..jgn memandai buat benda yang x pernah dibuat orang..berbeza dengan orang jepun, menggalakkan sesuatu yang baru. ana rasa ubadah faham situasi ini berlaku kepada pimpinannya..bagi ana lebih baik ubadah berdepan sahaja dengan pimpinan ini, mencari ruang memberi penjelasan. takutnya ubadah tidak berusaha memberi penjelasan yang menyebabkan pimpinan salah faham terhadap dia. seandainya penjelasan yang diberikan tidak diterima, itu tidak mengapa, sekurang-kurangnya ubadah telah memberi ruang dan peluang untuk diri sendiri dan juga pimpinan untuk menilai...

kepada pimpinan ubadah pula..carilah titik persamaan dengan ubadah. kita orang lama dan berpengalaman, biarkan anak muda berpencak sendiri..jangan diganggu, cuma perlu dibimbing, seandainya dia salah berilah teguran dan nasihat. mungkin ada sesetengah perkara kita tidak bersetuju.. tetapi bersifat lapang dada dan bersangka baik itu sangat perlu untuk kebaikan sesebuah organisasi.
bersedialah untuk menerima perubahan. rasulullah pernah bersabda yang bermaksud, didiklah anak-anakmu mengikut zamannya...

pepatah cina ada mengatakan :
"Masa muda hanyalah sekali, lakukan yang terbaik, biarlah orang mengatakan bodoh atas apa yang kita lakukan, yang penting ia amat bermakna bagi kita"

good luck ubadah !!

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE