“Betul ke hanya Islam penyelamat manusia?” Persoalan yang timbul dapat kuat agak dari mana. Ia datang dari satu hati yang sarat dengan ilmu, dan tanyanya hanya sebagai provokasi. Ah, tidak. Bukan provokasi. Tetapi soalan untuk menguji sepnatas mana ilmu kita bergerak.
“Atau disebabkan kita lahir dalam dunia Islam, sebagai Islam, ibu ayah orang Islam, Negara kita juga ramai dihuni orang Islam, dan semenjak kecil kita dimomok bahawa hanya Islam yang benar. Ah ini tidak adil. Momokan sejak kecil. Sejak kecil didoktrin. Maka padanlah jika Islam itu dianggap agama terbaik kerana proses doktrinisasi itu berlaku sejak kecil,” cabaran itu bersahut lagi. Bagaikan ayam jantan yang berkokok di pagi hari. Kokokannya bersahut-sahutan. Ataupun bagaikan anjing yang menyalak. Salakannya juga bersahut-sahutan.
“Bagaimana dengan ajaran Buddha? Siddharta lahir dalam keadaan yang dimuliakan. Ibunya bermimpi mendapat petanda. Semenjak kecil kepimpinan Siddharta disebut oleh Petapa yang unggul. Mimpi ibunya bagaikan mimpi Aminah. Mimpi Siddharta semasa kecil pula bagaikan mimpi Yusuf. Firasat Petapa pula persis Buhaira. Maka salahkan ajaran Buddha yang menekankan prinsip Lapan Jalan Mulia?”
Aku terus-menerus ditekan dengan persoalan yang memerangkap kejahilan yang serba-serbi.
“Nah, jika dikatakan Allah itu awal dan itulah yang akhir, maka bagaimanakah Allah itu wujud. Takkanlah wujudnya tiada keawalan dan tiada pencipta?”
Ada guru pondok memberikan satu filsafat yang menyelerakan. Apa benda, ada awal ada akhir? Tiada awal, tiada akhir. Tiada awal, ada akhir. Dan ada awal, tiada akhir? Teka-tekinya semacam kisah Nujum Pak Belalang.
“Nah, jika kamu katakan Tuhan itu Maha Adil, maka beleklah hadis keempat daripada hadis 40 Imam Nawawi. Bukankah Tuhan telah menentukan rezeki, hidup mati, juga syurga neraka. Dinyatakan dalam teks hadis secara jelas, ada orang berusaha begitu baik sehingga antaranya dengan syurga hanyalah sejengkal, namun ketentuan Tuhan telah memasukkannya ke dalam neraka. Nah, di mana keadilan Tuhan itu?”
Atau jika Tuhan itu Maha Adil, maka kenapa yang muslim tetap akan masuk syurga meskipun mereka hanya muslim baka sedangkan yang bukan muslim akan dicampakkan ke dalam neraka meskipun mereka berbudi pekerti mulia. Di mana keadilan Iah itu?
Terus teranglah, Islam itu hanya agama khayalan. Janganlah anda terus diperangkap oleh minda ke’baka’an.
Maka aku sedar, ini hanya sedikit daripada beribu persoalan yang bakal memerangkap orang sebodoh aku.
Inilah Teknik Seni Bela Diri di Avatar, The Last Airbender
Sehari yang lalu
5 Cadangan/Pandangan:
benarlah kata orang, "semakin tinggi ilmu kita, semakin jahil diri kita sebenarnya"...
YA ALLAH, jahilnya aku...
aku rasa aku dah tahu segalanya tapi masih banyak lagi ilmu-MU yg aku belum habis terokai.
Sebuah sajak yg ditulis oleh seorg ulama..ingin dkgsikn brsama2,mg ada yg brmanfaat((Perjuangan kebenaran jelas jalanya, Jelas matlamatnya, Jelas dasar dan konsepnya. Dasar ajaranya jelas bak matahari..Ilmunya adalah Alquran dan Hadis Nabi, sikap dan perbuatnya adalah peribadi Nabi dan sahabat, Rasulullah SAW akidahnya mengajak bertuhan dan rasa bertuhan. Disiplin ibadahnya teratur dan penuh khusyuk dan tawadhuk, Akhlaknya bgtu terserlah yg merupakan bunga diri mrk, Ramai org tertawan dgn peribadinya sebelum tahu ilmunya dan tentang ajaranya. Sentiasa membaiki diri dan sentiasa merasa brdosa, malam mgabdikan diri kpd Tuhan, siangnya berjuang bak singa..Berusaha mgajak org masuk islam matlamat perjuanganya...Lain sekali perjuangan islam di masa kini, jalanya msih mencuba2 dan mencari2..cakap politik lebih byk daripada mgajak org bertuhan dan rasa bertuhan, mgata,mengecam,perli jadi budaya, Musuhnya lebih byk dia hinakan daripada didoaknya..Tuhan,pimpinla kami..))

"العز الحقيقي مرتبط بالعلم"
Catat Ulasan