23 Januari 2009 (Jumaat): Saya agak berpuas hati dengan kuliah yang disampaikan tadi. Entahlah bagaimana dengan persepsi jamaah surau Nurul Iman. Harap-harap mereka dapat menghayati dan menerimanya dengan baik.
Di sana saya mengajar kitab al-Kabair karya al-Zahabi. Tiga minggu yang sudah, saya telah membentangkan untuk bab dosa besar yang pertama iaitu syirik kepada Allah. Tadi, saya membentangkan dosa besar yang kedua dan yang ketiga.
Dosa yang kedua ialah Membunuh dan dosa yang ketiga ialah Sihir. Banyak ayat al-Quran yang mengecam pembunuh. Antaranya ayat yang mengatakan pembunuh akan dicampakkan ke dalam neraka dan tinggal di dalamnya secara hina dina. Membunuh ini ada dua jenis; sengaja dan tidak sengaja.
Pembunuhan yang dikecam Allah ialah pembunuhan secara sengaja. Manakala pembunuhan kerana tersilap seperti tersilap menembak semasa memburu pula dimaafkan tetapi perlu membayar diat kepada keluarga si mati. Ada juga pembunuhan yang diharuskan seperti ketika mempertahankan nyawa. Yang dimaksudkan di sini ialah membunuh orang seagama.
Membunuh orang bukan Islam yang ada perjanjian dengan Islam juga dikutuk Allah. Pembunuh tersebut tidak akan dapat menghidu bau syurga meskipun bau syurga itu terhidu sejauh 40 tahun perjalanan. Membunuh orang yang memerangi kita bukan sekadar diharuskan malah diwajibkan seperti dalam peperangan dan beroleh pahala yang berlipat ganda.
Maka pembunuh ini ada dua kategori. Pembunuh yang dikutuk Allah dan dikasihi Allah. Untuk mendapat rahmat dan pahala yang berganda-ganda daripada Allah, maka hendaklah kita memperbanyakkan ‘pembunuhan’.
Namun sebenarnya pembunuhan dalam peperangan bukanlah sebagai hobi sebaliknya ia hanya sebagai proses memuliakan Islam itu sendiri. Islam itu sendiri agamja yang rahmat dan penuh dengan belas. Namun Islam tidak mengizinkan umatnya menyerah kalah sebegitu sahaja dan merelakan sahaja pipi mereka dipijak-pijak tanpa memepertahankan diri.
Keuntungan Lampu Downlight, Hemat Listrik dan Bertahan Lama
5 hari yang lalu
0 Cadangan/Pandangan:
Catat Ulasan