Ada beberapa kisah menarik pernah saya dengar. Ingin saya kongsi dengan yang lain. Mungkin ada yang menyampah, mungkin ada yang meluat. Tapi izinkanlah, saya anya ingin berkongsi.
Umar Telmisani seorang mursyid Ikhwan yang terkemuka. Suatu ketika, setelah tamat program, orang menghidangkan air jus mangga. Sang mursyid hanya melihat tanpa sebarang bicara. Tidak disentuh air itu untuk diminum. Apabila ditanya mengapa sang mursyid tidak menyentuh air tersebut, beliau menjawab,
“Dahulu apabila saya pulang daripada program di lewat malam, isteri saya pasti menunggu saya dengan air jus mangga. Setelah dia meninggal dunia, saya telah bersumpah untuk tidak minum lagi air ini kerana aku telah berjanji untuk meminumnya di syurga.
Izinkan saya berkongsi kisah romantik kedua. Apabila Mustafa Masyhur melamar seorang muslimah yang pastinya seorang yang solehah, mursyid kelima Ikwan ini menyebut,
“Saya ingin meminang kamu sebagai isteri kedua saya. Sanggupkah kamu dimadukan?” Hati perempuan mana tidak cemburu. Lalu ditanya siapakah isteri pertama sang mursyid, dengan wibawa sang mursyid menjawab,
“Isteri pertama saya adalah perjuangan”. Lalu muslimah yang solehah dan tekal itu membalas, “Jika begitu, saya sanggup dimadukan”.
Kisah mereka romantik. Saya ingin teruskan. Itu pun jika anda tidak bosan untuk membacanya. Ia kisah praktikal, bukan olok-olok yang sengaja direka-reka bagi menarik perhatian. Ya, ia adalah sebuah kisah benar.
Apabila Abdullah Azzam keluar daripada rumah bersama dua orang anaknya, tiba-tiba sahaja kedengaran bunyi bom yang sangat kuat. Isterinya dengan tenang berkata,
“Mudah-mudahan ayah kamulah yang dibom itu”.
Bagaimana dengan kita? Apakah isteri setiap masa ingin berdampingan dengan suami dan tidak rela jika suaminya jarang pulang ke rumah untuk menegakkan jihad? Bermesra suami isterimemang menarik, tapi bermesra dengan jihad, itu lebih baik.
Seorang makcik menceritakan kepada Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa suaminya tidak pulang ke rumah hampir seminggu kerana menumpukan gerak kerja pilhan raya. Zainab al-Ghazali sendiri memberikan syarat (ta’liq) perkahwinan beliau ialah suaminya tidak menghalangnya untuk melakukan gerak kerja jihad. Jika dihalang, lebih baik tidak usah berkahwin kerana ia melambatkan kerja Islam.
Saya berasa sangat takut. Ustaz Yahya Othman, sang murabbi menyebut, terdapat tiga selekoh tajam dalam berjuang. Perkahwinan, kewangan dan kerjaya. Justeru, sang murabbi meminta saya untuk membincangkan ayat ke-24 daripada surah al-Taubah dalam mana-mana program. Benarlah kata Allah, terdapat lapan cabaran bagi pejuang dan sangat sukar untuk melepasi kesemua tahap tersebut. Sangat sukar.
Berpoligamilah, dan mslimah mesti redha untuk dipoligami. Berpoligami dengan perjuangan. Jangan bagi sang suami leka dengan dunia kemesraan di rumah. Hanya Baiti Jannati menjadi slogan. Sikit sikit, Baiti Jannati. Suami nak berprogram pun, Baiti Jannti. Apabila isteri nak keluar berdakwah, Baiti Jannati. Alih-alih, habis semua.
Saya belum berkahwin. Dan saya tak ada niat untuk berkahwin dalam masa yang terdekat. Namun saya memahami, apabila berkahwin, maka ujian bertambah sekali ganda. Diuji dengan perempuan, bukan senang untuk melepasinya. Lalu, saya tidak berani untuk mengkritik sesiapa sahaja yang telah memperlahankan pecutan sesudah berkahwin kerana saya sendiri tidak duji dengan dunia kesenangan dan kebehagian tersebut.
Keuntungan Lampu Downlight, Hemat Listrik dan Bertahan Lama
5 hari yang lalu
2 Cadangan/Pandangan:
Sesiapa yg brkahwin,satu pintu maksiat akan tertutup,Rasul suka umatnya berkahwin cepat,Bginda gembira dgn ramainya umat..ttp perhatian matlamat perkhwinan perlu tepat,iaitu untuk mendapat cinta Tuhan dan menegakn cita2 islam..
janganlah kiranya perkahwinan itu menjauhkan diri dari cintaNya..
berkahwin kerana Allah..agar perjuangan menegakkan islam tidak terhalang dan cinta pada Allah itu yg utamA dari segala cinta
Catat Ulasan