Isnin, 12 Januari 2009

KITA MALAS MEMBACA


KITA YANG MALAS MEMBACA DAN MENGANALISIS INI, AKHIRNYA BERSETUJU SAJA DENGAN TEORI DAN PANDANGAN YANG DIPERKENALKAN IKHWAN KEPADA KITA.

Tuntasnya, kita masih lagi mahukan Khilafah Islamiyah. Seolah-olah, khilafah mampu menyelesaikan masalah yang ada pada masa sekarang. OIC ataupun Negara-negara Liga Arab itu, persis khilafah la, tapi banyak yang tidak gunanya, lemah juga gerak gerinya.

Bina fardu Muslim, Baitul Muslim, Mujtama’ Muslim, Daulah dan kemudiannya khilafah. Saya dulunya sibuk mendendangkan teori Ikhwan ini tanpa berfikir panjang. Sejak akhir-akhir ini, saya mula belajar berfikir.

Saya tidak nafikan peri pentingnya ada khilafah. Baguslah. Tetapi bukan itu pada pandangan saya yang perlu kita fahami. Saya yakin al-Banna juga tidak bermaksud sebagaimana yang kita fahami. Kita seolah-olah menjadikan agenda khilafah sebagai yang terutama, walhal bukan itu yang utama.

Menarik juga dalam satu program. Apabila seorang fasi bertanya kepada adik-adik peserta, apakah Daulah Islamiyah ini satu strategi atau tujuan. Maka adik-adik yang pada asalnya menjawab Daulah sebagai satu stratei akhirnya tertipu dengan mengubah jawapan. Daulah itu satu tujuan pada hemat mereka. Begitu juga hemat kakak fasi itu.

Saya tidak bersetuju dengan pandangannya. Daulah bukan satu tujuan. Begitu juga khilafah, bukanlah satu tujuan. Kekuasaan dalam politik, juga bukan tujuan. Bagi saya, semua ini adalah strategi. Parti, walau namaya Parti Islam Se-Malaysia juga hanyalah alat. Malah sesetengah oran, menjadikan Parti islam sebagai landasan politik sedangkan mereka berbai’ahkan jamaah lain. Ini kerana mereka melihat parti sebagai alat semata-mata.

Maka saya katakan, jamaah juga hanyalah alat. Daulah juga adalah alat. Khilafah juga adalah alat. Jawatan yang kita pegang, semuanya alat. Yang bukan alat hanyalah Allah. Yang lain, semuanya alat kita. Pilihan raya juga alat. Jika dengan menacapi kemenangan membolehkan kita mencapai tujuan, maka kita mesti menang. Tetapi jika dengan kalah, barulah kita mencapai kemenangan, maka kita mesti kalah. Anda fikir-fikirkanlah.

Tujuan kita adalah supaya agama Allah tersebar. Itu yang terutama. Sama ada daulah ada atau tidak, tidak penting. Yang penting, Islam terlaksana. Tidak kira parti apa yang berkuasa, asalkan Islam terlaksana. Maka Tuan Guru Nik Aziz dengan nilai kebijaksanaan yang ada berpandangan, kalau parti Umno sanggup bawa Islam, kita bubar saja PAS. Orang tua dalam PAS pun anggap PAS sebagai kenderaan saja, bukannya destinasi, tetapi orang bawahannya, bersungguh-sungguh bawa PAS seolah-olah PAS itu destinasi.

Apabila Ikhwan melihat maratibul amal itu bermula dengan Fardu Muslim dan kemuncaknya adalah mejadi pemimpin dunia,maka kita mengangguk dengan pasti. Benarlah apa yang disebut al-Banna. Siapalah kita untuk menentang pemikiran al-Banna. Dangkal sekali pemikiransebegini. Walhal al-Banna sendiri menyebut, hanya pandangan nabi yang tidak boleh ditolak. Pandangan yang lain hatta Umar Abdul Aziz sekalipun boleh ditolak. Pandangan Ibn Abbas dan Aisyah pun pernah ditolak. Pandangan Umar pun pernah ditentang. Jadi siapalah al-Banna untuk kita muliakan berlebih-lebihan. Tetapi saya, sangat menghormati beliau.

Kenapa tidak Maratibul Amal itu kita susun seperti ini, sebagai contoh:
1) Kita mahukan sistem pendidikan yang berkualiti dan menjamin
2) Kita mahukan ekonomi yang memajukan ummah dan membina
3) Kita mahukan kekuasaan dalam bidang politik
4) Kita akan laksanakan hukum-hakam Islam
5) Kita akan menyebarkan dakwah ke Negara-negara lain

Atau sebagai contoh yang lain:

1) Kita mahukan pemimpin pelajar yang cemerlang
2) Kita mahukan pemimpin masyarakat yang bijaksana dan berkhidmat
3) Kita mahukan pemimpin Negara yang berpandangan jauh
4) Kita mahukan pemimpin Asia Tenggara
5) Kita mahukan pemimpin Asia
6) Kita mahu menjadi Negara contoh dalam memudahkan proses dakwah

Ini lemparan idea saya yang tidak tersusun. Saya maksudkan, gagasan al-Banna itu, mungkin sesuai pada zaman beliau dan di Mesir, tetapi tidak semestinya di Malaysia. Saya juga mungkin menyalahi Ustaz Yahya Othman dalam hal ini, tetapi benarkanlah ntuk saya berhujjah.

Saya melihat, ustaz Yahya dan al-Banna memahami mengikuti kondisi masing-masing, tetapi malangnya yang menjaid pengikut tertipu dengan kefahaman yang mendangkal.

Rukun Bai’ah sebagai contoh ada 10. Saya kehairanan, kenapa kita mesti mengikut idea yang dibawa Ikhwan tanpa kita menilai dalam kehidupan realiti kita. Saya lebih bersetuju, jika dikatakan kesepuluh rukun itu memang bagus, tetapi tidak menafikan kemungkinan wujudnya rukun lain yang boleh ditempel atau lebih layak untuk dimuatkan dalam langkauan 10 rukun ini. Mengapa tidak? Ia hanya ciptaan al-Banna dan ulama sezamannya, dan ia boleh diherot-perot.

Saya bukan mahu mengkritik. Tolong fahami. Saya bukanlah pengkritik. Cuma mahu saya sampaikan, kita esti belajar menengok, melihat, menjenguk-jenguk, menganalisis. Janganlah disebabkan ramai yangmahukan khilafah, maka kita pun menari-nari bersama mereka tanpa kita memahami. Apapun saya, saya mendokong nilai khalifah dengan kefahaman saya, bukan dengan ikut-ikutan.

1 Cadangan/Pandangan:

Tanpa Nama berkata...

Kita jgn fanatik mggunakn akal..dlm nk membgunkn sistem islam kita perlu ada asasnya iaitu tqwa..tqwa bkn sjenis benda yg bole di akal2kn,ia brsifat rohani dan sgt seni..itu yg menjadi perbezaan antara pembgunan yahudi dan islam..yahudi membgun dgn akal ttp islam membgun dgn taqwa...jika kita hendak membgunkan sistem islam 90 pertus asasnya ialah tqwa,10 pertus shj ialah usaha dan akal,10 pertus itu bukn brmksud kita perlu minimumkn usaha dn akal ttp perlu jg ushakan smaksimum mgkin..nak membgunkn sistem islam,perlu membgunkn dlu insaniah dan rohaniah msyrkat yg nk membgunkn sistem islam...jgn kita sbuk nak membgunkan sistem ttp insaniah dn rohani kita blum trbgun...Jgn kita hnya menajamkn akal tanpa menjamkn roh....dlm hendak membgunkn sistem islam kita kena keluar dr sistem2 yg ada skg..sbb itu perlunya pemimpin@mujdid yg ditunjuk Tuhan..mrk ini Tuhan sudah bekalkn kepimpinan yg sesuai utk zmanya...mrk ini membawa sistem Tuhan bukan membgunkn islam dgn sistem yg sedia ada buatn manusia..islam adalah agama Tuhan..jd sistem juga mstila dr sistem Tuhan..sbb itu di akhr zman ini kita prlu mencri pemimpn yg dtnjuk Tuhan(mujdid)..sifatnya bkn spt pmimpn2 arb skg...carila bku2 mgenai pmimpin akhr zman ini..mrk adalah pewris nabi...

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE