Isnin, 12 Januari 2009

SILIBUS USRAH


Setuju benar saya dengan pandangan Rasyid Redha. Aqidah tidak perlu dipelajari secara mendalam. Yang penting, orang beraqidah dan beramal dengan aqidah tersebut. Perincian aqidah itu, biarlah kita serahkan kepada orang yang memang khusus mempelajarinya.

Ahli kalam dulu-dulu, berbincang secara mendalam tentang aqidah adalah untuk menjawab persoalan ahli falsafah. Bukannya untuk orang umum, tetapi orang dalam bidangnya sahaja. Maka kita jangan terikut-ikut rentak ahli kalam yang sesuai dengan zamannya dan sesuai dengan tujuannya.

Saya baca balik silibus usrah. Panjang saya berbincang dengan Azlan berkaitan dengan hampasnya silibus usrah dan daya pembentukan kaderisasi muda. Saya katakan, silibus ini membuatkan student pengajian Islam menyampah dan menyeksa student fakulti lain.

Saya sejak Nilam Puri sudah menyampah dengan silibus yang ada. Maaf jika bunyinya agak kasar. Namun perangai abang-abang adalah, apabila kita menunjukkan rasa menyampah, maka dikatanya kita sombong dan menyombong. Kasihan betul dengan akal saya. Akal saya memberontak dalam diam tapi badan saya masih cuba menunjukkan rasa rendah diri. Namun begitu, akal saya terus menderita dalam kesempianilmu dan kesempitan berfikir abang-abang dahulu.

Saya tidak sombong. Tetapi silibus usrah memang membosankan dan tidak rasional. Pelajar fakulti dipaksa menghafal uluhiyah, rububiyah dan asma’ wal sifat walhal itu bukanlah keutamannya. Mereka juga dipaksa menghafal ciri-ciri islam yang enam. Al-Maklum, ada boring yang akan menguji ingatan bukannya fahaman. Nah,cuba buat silibus usrha yang berkaitan dengan matematik atau ekonomi,pasti merangkak-rangkak pelajar pengajian Islam untuk menjawabnya. Saya pun merangkak sama, kerana saya lahir dalam sistem yang sangat sempit, malah menyempit.

Apalah sangatnya penting mendalami isu aqidah secara teori walhal ilmu itu tdaklah wujud pada zaman Nabi SAW. Bukankah telah saya katakan, ilmu perincian itu wujud bagi menjawab permasalahanyang timbul pada sesuatu zaman. Dibincangkan pula Konsep Ibadah Dalam Islam, satu perbincangan yang menjemukan dan tidakmembina pmikiran yang kritikal dan aksi yang pantas.

Apa payah sangat ke tajuk Konsep Ibadah sehingga perlu disilibuskan. Ibadah ini perkara praktikal. Ini tidak. Dibincangkan konsep ibadah panjang jela, amalannya entah di mana. Kerana apa? Kerana ia terlalu teoretikal sifatnya, bukan dijadikan satu pengamalan.

Maafkan saya jika terlalu kritisan. Saya nak mencadangkan beberapa tajuk perbincangan yang mungkin boleh dikongsi bersama. Saya mencadangkan agar kita berbincang tentang agenda protokol Zionis Antarabangsa dalam menguasai dunia. Kita mendalami strategi mereka dan kaitkan dengan apa yang berlaku pada masa sekarang.

Kita bincangkan tentang liberaslime dan realitinya. Apa bentuk liberal yang menjadi tunjang dan paksi kepada semua isme yang karut-marut. Kaitkannya ia dengan permasalahan aqidah. Bagaimana kita ingin berhadapan denan golongan liberal. Apa punca liberalism dan apakah pula kesan-kesannya. Barulah pemikiran kita makin berkembang.

Kita sibuk berbincang lagi tentang konsep tarbiah yang terlalu mendalam sifatnya. Saya bukan menafikan kepentingannya, tetapi tidak seharusnya semua orang mesti menguasai satu bidang yang selari; yang nyatanya banyak menguntungkan pelajar dari aliran agama. Dikatakan rukun tarbiah ada empat, teori tarbiah yang terdiri dari ta’rif, takwin dan tanfiz. Tarbiah perlu kepada sirriyyah. Ada pual tarbiah yang pelbagai rencah, yang nyatanya dibincangkan dalam bentuk teori. Naqib yang menyuruh ahlinya rajin membaca atas landasan tarbiah thaqafiyah pun, entah berapa banyak buku yang dibacanya. Persoalannya, jika benar silibus kita mantap, kenapa ia tidak mendorong kepada keberanian berijtihad, keinginan untuk memegang tampuk kekuasaan dalam mengembangkan Islam, rajin membaca buku dan juga beramal ibadah sebaiknya?

Banyak yang perlu diteliti. Buang sahaja tajuk-tajuk yang tidak terlalu berat dan tidaklah terlalu membina hatta rangka aqidah yang kita konseptualkan pada masa sekarang. Biarlah ia sesuai dengan kondisi dan bersifat mandiri. Saya yakin, artikel ini mengundang marah atau rasa tidak puas hati ramai pihak. Saya tidak mampu menjelaskannya sebaik mungkin dalam tulisan ini, tetatpi saya mengharapkan agar ia mampu membuka ruang perbincangan yang lebih berkesan.

Maafkan saya yang kerdil…

1 Cadangan/Pandangan:

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum
saya bersetuju dgn cadangan atau buah fikiran ust..bukn kerana hasil tulisan presiden gamis,tapi ada relevannya di situ.tu je..

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE