Khamis, 22 Januari 2009

PERMASALAHAN DAKWAH


salam..ust sy nk minta pandangan ustaz dgn pjg lebar jika blh..sy pelajar perubatan dan berdepan dgn pesakit.salahkah saya menyanyangi seorng peskit(bkn muhrim) tp anggap sperti adik,niat nak trik.. sbb dia sgt arif/bijak berkate p mslh x solat,main gitar wktu azan,dh dtegur,tp faktor sekeliling dia(nurse,atendan,)seolah x penah tegur dia,.salahke sy ade rase nk mendekati dia?? sy penah suruh kwn sy yg sme muhrim dgn dia mendekati dia tp kwn sy xnk,bile sy approach bdk tu,rse nk lbh tahu tntg dia.,tp sy takut timbul masalh hati,walaupn dia pangkat adik bg sy..pe nk wat niii. maaf susahkan ust.cma inginkan pandangan.dr phk org yg sme muhrim dgn peaskit tu..kwn sy galak sy approach adik tu.wajarkah.?maafkan sye..


Assalamualaikum dan terima kasih atas persoalan yang diberikan.

Apapun, terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah dan terima kasih di atas kesungguhan saudari untuk berdakwah bagi menyelamatkan seorang umat Muhammad yang juga saudara seagama. Kesungguhan saudari terlebih dahulu saya doakan agar diganjari Allah dengan kenikmatan syurga yang tekterhinggaan.

Bagi, menjawab persoalan saudari. Biasanya seorang kakak tidaklah menaruh perasaan yang bukan-bukan kepada ‘adik’. Namun saya tidak menafikan ada kemungkinan berlaku sebegitu, dan contohnya banyak. Kawan saya sendiri ada yang berkahwin dengan orang yang lebih tua daripadanya. Semua melibatkan perasaan dan ia sukar sekali dibendung.

Namun sekarang, perasaan itu bertembung dengan kecenderungan untuk menyampaikan kehendak dakwah. Ini yang menyulitkan. Jika dakwah tanpa perasaan itu, tidak mengapa. Tetapi malangnya, antara lelaki dengan perempuan, ada satu besi berani yang menarik-narik. Boleh sahaja yang kakak berkenan dengan adik dan sebaliknya.

Yang bertanya menimbulkan beberapa point. Saya gariskan ringkas:

• Beliau ingin berdakwah
• Beliau ada sasaran dakwah
• Orang lain tidak menunjukkan kesungguhan untuk person target
• Khuatir akan timbul perasaan kasih kepada objek dakwahnya
• Beliau sekarang dihimpit dilema, antara dakwah dan permainan hati

Dakwah kerja yang mulia, malah ada sesetengah ulama mendefinisikan dakwah sebagai kerja yang paling mulia. Dalam masa yang sama, fitnah juga merupakan sesuatau kecelakaan. Hukama berkata, Fitnah itu sedang tidur maka jangan dikejutkan. Celaka bagi yang mengejutkan fitnah.

Alangkah, susahnya berdakwah. Dalam konsep yang berlainan tetapi menuju ke arah satu matlamat yang sama, kaedah usul fiqh menunjukkan boleh melakukan mudharat kecil untuk mengelakkan mudharat besar. Maka menyimpan perasaan kepada seseorang bagi saya hanyalah mudharat kecil sedangkan membiarkan ia terus karam dalam lautan nafsu adalah mudharat yang besar.

Salahkah menyimpan perasaan kepada seseorang? Lagipun yang bertanya belum lagi menyimpan apa-apa perasaan, cuma dikhuatiri. Kalaulah anda menyimpan perasaan sekalipun, maka salahkah? Ia tidak salah dari sudut syarak.

Sesungguhnya bagi saya, berdakwahlah. Anda seharusnya ingat, seorang lelaki lebih mudah mendnegar kata seorang seorang perempuan yang berpangkat kakak baginya, apatah lagi bukan kakak kandung. Lagi mudah untuik diterima. Dan anda usah terlalu bimbang kerana biasanya seseorang kakak jarang menaruh perasaan kepada seorang adik dan jika menaruh perasaan sekalipun, ia bukanlah satu kesalahan.

Anda boleh mengikut beberapa tips yang bakal saya bagikan.

• Doakan kebaikan padanya
• Perbanyakkan metode berdakwah. Tidak semestinya dengan hanya berjumpa maka anda sudah berdakwah.
• Perkenalkan adik itu dengan seseorang lelaki yang boleh dipercayai untuk dijadikan bahan rujukan. Mungkin abang tersebut dilanda kesibukan tetapi sekurang-kurangnya, ada
• Berikan layanan terbaik buatnya sebagai seorang pelajar perubatan kerana itu amanah dan tanggungjawab kita
• Sentiasa memohon kepada Allah agar Allah menjaga keikhlasan hati kita daripada menyimpang
• Perlu ingat, banyak lagi mad’u kita, bukan adik itu sahaja
• Banyak lagi kerja yang perlu dibuat daripada berkhayal melayan perasaan
• Cari seorang naqibat untuk membantu dalam membimbing kita agar kita tidak hanyut

2 Cadangan/Pandangan:

Tanpa Nama berkata...

Spt kata ust dzul myimpan 1 perasaan kpd seseorg itu bukn 1 ksalahan..stiap org tidak akn terlepas dr mnyimpan perasaan pd seseorg hatta dia seorg ustz..(btul ke ust?)ttp melayan perasaan dgn brlebihan dan meluahknya pd orgnya brulah itu 1 kesalahan..sy pernh dgr seorg ulama besar mgatakn bhawa "seseorg yg myimpn dan menhan perasaanya itu satu jihad,jika ddlm dia menhan perasaan itu boleh membwa kpd mati..itu dikira syahid" besarnya nilai menhan perasaan ini..menhan perasaan ini bkn shj swkt kita myimpn perasaan pd seseorg,tp dlm apa jua keadaan,spt menhan mrah,menhan ego dll..mzb

Tanpa Nama berkata...

kepada ain
berdakwah ada yg bukan muhrim ini memanglah banyak risikonya
nak jaga hati, suara, perasaan

sentiasalah berdoa agar dipelihara niat dan perlakuan
nasihat biar tegas,tapi tak garang
layanan jgn berlebih lebihan..
takut salah seorang terbuai persaan..
lanhkah terbaik perkenlkan dia kepada muslimin yg lain yg boleh membimbing dia
nak jauhkan fitnah...

kalau sentiasa berjaga jaga , mengawasi diri tak salah..
nampaknya cadangan yg diberikan ustaz zul tu berkesan dan bagus
kerana sahabat ana pun ada yang buat cam tu..

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE