Saya akan ke Jogjakarta pada 28 hb ini bersama saudara Azlan. Amika telah sedia menyambut kedatangan kami. Katanya, beliau akan perkenalkan kami dengan Rijalul Imam, Ketua Tarbiah KAMMI Pusat. Selama ini, saya dan Rijal hanya berhubung melalui SMS. Kini saat untuk bersua muka dan menimba ilmu serta pengalaman daripada mereka terbuka luas.
Kata Amika, Rijal adalah yang terbaik. Saya dapat rasakan perbezaan antara kami meskipun saya antara pemimpin besar anak muda di Malaysia. Perbezaan antara kami ibarat langit dengan bumi. Ilmu saya mengecil bagaikan lubang jarum sedangkan ilmunya meletup bagaikan letupan pertama dam teori Big Bang.
Al-Ghazali menyebut, orang yang terbaik adalah, apabila kita melihatnya, kita teringatkan Allah. Kebaikan dan ketelusan hatinya mendorong kita untuk mempertingkatkan amal kita dan menjauhi segala kekotoran jiwa. Simbahan nur hasil ketaqwaan seseorang kepada Allah akan tersimbah di wajahnya menyebabkan kita akan jatuh cinta kepadanya, mengasihi dan menghormatinya.
Apa tanda seorang yang mendapat tarbiah? Saya sebutkan beberapa petandanya:
1) Sentiasa merendahkan diri dan merasakan dirinya hanya layak menjadi bahan ratahan api neraka. Kerendahan diri itu tertampil melalui beberapa cara seperti sikapnya yang sangat menghormati orang lain, sangat menghargai orang lain dan sentiasa bersikap memaafkan orang yang berbuat salah kepadanya.
2) Pemikirannya memuncak dan intelektualnya membukit serta jiwanya bercahaya tetapi ia tidak pernah berasa takabbur dengan apa yang dimilikinya. Sebaliknya ucapan tahmid memuji kebesaran Allah sentiasa terukir dalam kata-katanya. Pujian orang kepadanya hanya dinggap sebagai pujian kepada Allah. Lalu ada beberapa petanda orang yang tidak membesarkan diri sebagai pemimpin.
3) Sentiasa berasakan dirinya dalam keadaan berdosa kepada Allah sehingga mulutnya sentiasa basah dengan istighfar kepada Allah. Memohon ampunan kerana takut ada kekhilafan dan kesilapan yang dilakukan. Ia sentiasa berada dalam keadaan takut dan mengharap kepada Allah.
Saya yakin Rijal adalah orang melengkapi ketiga-tiga ciri ini. Halawatul Iman atau kemanisan Iman akan terhasil apabila seseorang itu mengasihi Allah dan Rasulullah melebihi yang lain, mengasihi orang kerana Allah dan benci kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci dicampakkan ke dalam neraka.
Ilmu Rijal juga jauh lebih tinggi berbanding saya. Ia terlihat melalui hasil tulisan beliau yang sangat memukau. Saya akui, mahasiswa di Indonesia jauh lebih cintakan ilmu berbanding mahasiswa di Malaysia. Mereka jauh lebih cintakan buku berbanding Malaysia.
Hebat orang alim itu meskipun ilmu mencurah keluar melalui tutur katanya, namun ia sentiasa berasa jahil.
Hebat orang soleh itu ialah, hikmahnya tersusun rapi sehingga menyebabkan kita tertunduk kasih kepadanya.
Hebat orang yang kuat berjuang adalah, tidak pernah berasa dirinya lebih kuat berjuang berbanding orang lain.
Hebat orang yang bercinta dengan Allah ialah, ia merasakan Allah bersedia menyambut cintanya pada bila-bila cuma dirinya saja yang belum bersedia.
Hebat pendakwah itu ialah apabila ia menjadikan dakwah sebagai makanan dan minuman hidupnya.
Rijal juga hebat dan saya amat cemburukannya. Entahlah bagaimana pertemuan kami di Indonesia kelak. Saya sebetulnya juga, rindukan Amika yang amat saya kasih atas nama Allah.
Tips Cegah Gangguan Pencernaan dengan Kebiasaan Berikut Ini
2 hari yang lalu
1 Cadangan/Pandangan:
slm ustaz.btl spt kata ustaz .jundi2 di indonesia sgt disiplin...mereka juga serba boleh..mereka ada dtg ke tmpt kami dn bertukar2 buah fikiran..mereka mementingkan kualitas, dan bukannya kuantitas.bagaimana halnya pula dgn kita?ana ternanti2 ada amir yg seba boleh, ada amirah yg fleksibel.ya, tarbiyyah nombor 1, tp melalui tarbiyyah yg mantap akn lahir jundi yg hebt.mrk bkn sj blh mntarbiyyah, malah mampu melakukan kerjaan lain juga. pandai bermuamalat, aktif dlm sukan, cemerlang akademik..mampukah gamis melahirkn jundi2 sebegitu?
Catat Ulasan