Qaidah Sulbah adalah satu elemen penting dalam jamaah. Dalam istilah lain, ia boleh juga digelar sebagai prime mover, atau kumpulan elit, atau think-tank. Sesebuah jamaah memerlukan kumpulan ini untuk melancarkan gerak kerja sesebuah gerakan sama ada gerakan Islam atau mana-mana gerakan sekalipun.
Nabi Muhammad SAW juga mempunyai core-group yang membantu baginda dalam melancarkan gerak kerja baginda. Khalid al-Walid dan Hubbab al-Munzir adalah strategis peperangan. Umar al-Khattab mempunyai pandangan yang jauh. Huzaifah al-Yamani sebagai perisik. Banyak lagilah. Begitu juga Abu Bakar yang banyak membantu baginda dalam banyak hal.
Abu Bakar juga menjadikan Umar al-Khattab sebagai perancang bersama beliau. Umar tidak dibenarkan untuk keluar daripada bumi Madinah sepanjang pemerintahan beliau meskipun untuk peperangan. Pandangan Umar sangat penting untuk membantu urusan pentadbiran khilafah ketika itu.
Umar pula menjadikan sahabat-sahabat daripada 10 orang yang dijamin syurga menjadi Qaidah Sulbah.
Qaidah maksudnya kepimpinan. Sulbah pula bermaksud tulang belakang. Tulang belakang adalah tulang terpenting bagi seseorang. Apabila tulang belakang bengkok, maka ia memberi kesan yang kurang baik kepada kesihatan. Tulang belakang yang baik adalah paksi kekuatan.
Bolehlah seseorang hidup dengan sempurna sekiranya tulang belakang mereka rosak, atau bengkok? Maka begitu juga kesimpulan kepada sesebuah gerakan. Gerakan tidak akan mampu menjadi enegetik sekiranya mereka tidak memiliki kumpulan Qaidah Sulbah yang berfungsi dalam rangka yang sebetulnya.
Berikut adalah ciri-ciri ahli yang boleh menjadi Qaidah Sulbah
• Berfikiran luas dan berpandangan jauh
• Bermaklumat
• Bijak membaca suasana dan mampu melihat daripada pelbagai sudut
• Seorang penganalisis yang baik dan kritikal
• Bukan orang yang hanya pandai mengangguk
• Penting juga ciri berpengaruh
• Berani mencabar kebiasaan dan tradisi
• Tidak takut dengan celaan yang melemahkan
• Berani berijtihad dan melakukan perubahan
• Rajin membaca dan mempunyai link yang luas
Mungkin banyak lagi ciri Qaidah Sulbah yang boleh kita perincikan. Bagaimana pula kita boleh melatih diri kita menjadi Qaidah Sulbah? Saya berikan beberapa idea
• Sedia dilatih dengan latihan pemikiran yang lasak (Gamis ada menyediakan latihan ini)
• Bergaul dengan think-tank dan bersedia cara pemikiran mereka yang mungkin di luar adat kebiasaan
• Mesti berani melakukan perubahan
• Rajin membaca atau berdiskusi dengan orang bermaklumat
• Berani mengkritik dan mengoyak tradisi
• Belajar berfikir dan sentiasa sibukkan otak ke arah itu
Saya bersedia untuk menawarkan latihan ini untuk sesiapa yang mahukannya. Dalam masa yang sama, Qaidah Sulbah adalah orang yang beriman dan tinggi kebergantungan kepada Allah SWT serta beramal sunnah. Pengetahuan tentang agama sangat penting supaya mereka tidak melanggar sempadan syariat. Yang paling menarik, Qaidah Sulbah berani melawan ketetapan zahir8iah Quran berdasarkan ilmu yang mereka miliki.
Qaidah Sulbah juga sentiasa menyibukkan diri mereka berfikir tentang benda yang besar bukanhnya ranting. Mereka memerah minda untuk menyelesaikan the big picture of something seperti tarbiah secara gambaran besar bukannya serpihan. Anda boleh menjadi Qaidah Sulbah dengan syarat anda sedia melepasi syarat-syarat yang telah saya kemukakan di atas. Terima kasih.
Keuntungan Lampu Downlight, Hemat Listrik dan Bertahan Lama
5 hari yang lalu
9 Cadangan/Pandangan:
Ana berminat, ustaz..
i need someone to guide me in this area...
tengah mencari murobbi....
salam fisabilillah....
satu kaedah yg baik dlm mlahrkn pmpinan Islam yng brpngn jauh dan kental. Ana hrp kampus ana dpt dtarbiyah dgn latihan qaidah sulbah ni spy dpt mggerkkn jentera Islam di sana..
"hidup tanpa pegangn ibarat buih-buih sabun,bila-bila masa akn pecah..."
pejuang Islam jgn jd buih!
bersama menjadi pemikir islam
susah juga nak menjadi qaidah sulbah
mari sahut cabaran ini...
ana berminat nak join..
nmpk susah tp xsalah cuba utk belajar..qayyum
mcm mana klu dalam satu organisasi tiada muslimin yg boleh djadikan qiadah sulbiah...apa y boleh mslimat buat tk jdikan muslimin sbg qiadah sulbiah dan ahli organisasi tdk beku...ana amat plukan jwpn tk soaln ini....demi kpntgn pkmbangan islam di tempat ana....
assalamu'alaikum wbt,
boleh recommendkan buku yang berkaitan dengan qaidah sulbah?
qaidah suldah itu hanya nama atau gelaran terhadap individu.. byk cara utk mencapai tahap qaidah sulbah.. dalami ilmu dunia dan akhirat.. kuatkan iman.. tingkatkan hubungan dgn Allah dan manusia..
mula langkah perlahan2.. belajar agama jgn yg basic saja.. kena pandai menganalisis keadaan dan hukum.. mantapkan ilmu dan iman -ikram
Facebook saya Putera Kemusyikilan.
Emel ahmadafnan26@yahoo.com..
student Universiti TunHussien Onn Malaysia (batu pahat)
Saya berminat Ustaz...Boleh PM saya secepat mungkin
Nama Facebook saya Putera Kemusykilan.
Emel FB ahmadafnan26@yahoo.com
student Universiti Tun Hussien Onn Malaysia.
Saya berminat ustaz...boleh PM saya :)
Catat Ulasan