Isnin, 19 Januari 2009

TAHNIAH BUAT PRO M-UM


Saya memberitakan kepada ramai kawan dan ustaz/ah yang saya kenal tentang berita Intisor Rabbani Pro M di UM. Menarik sekali kemenangan tersebut. Kalau saya jadi pengulas berita bola sepak, akan saya katakan ini adalah kemenangan bergaya Pro M.

Penuh pendokong Pro M semalam. Dari malam sehingga ke jam empat pagi. Manakala Aspirasi dengan nama baru Penggerak pula, tidak bergerak-gerak. Mereka bagaikan tikus yang baru kematian isteri. Jika anda pernah melihat seekor tikus yang kematian isteri, anda akan tahulah bagaimana keadaan Penggerak pada semalam.

Kemenangan Pro M di UM bukan kemenangan PMIUM mahupun Umany. Ia adalah kemenangan seluruh pendokong Pro M. ia sangat mengejutkan, apalagi Pro M berjaya menyapu lapan kerusi di peringkat umum. Kemenangan ini pastinya akan membuatkan UMNO berfikir dua tiga kali tentang masa depan kerajaan mereka.

Menariknya, Pro M meskipun bersorak-sorak untuk menaikkan semangat moral pendokong, namun dalam masa yang sama zikir-zikir dan tasbih memuji kebesaran Tuhan diselangi doa tidak putus-putus. Malah setelah mencapai kemenangan, mereka beramai-ramai bersujud syukur secara berjamaah. Wah, ini satu bid’ah dalam amalan tetapi biarlah. Orang yang hatinya kecamuk dengan kegembiraan, tersilap melakukan ibadah, moga-moga Tuhan menerima.

Senior-senior ramai yang turun. Ini menunjukkan sokongan yang sangat padu daripada senior yang tidak ternafi. Mereka tidak pernah lekang memberikan sokongan dan dokongan yang padu kepada adik-adik mereka. Saya juga termasuk dalam kelompok senior yang malu-malu menunjukkan muka pada malam tersebut.

Kasihan Penggerak. Mereka menukar nama dengan tujuan untuk bergerak, rupanya mereka tak juga-juga bergerak. Mereka sangat longlai dan lesu. Mereka tiada pendokjong. Selama ini mereka hanya ada pengundi yang terkongkong dan terbelenggu dengan ugutan. Tetapi jika sekarang mjereka masih mahu mengugut tidak habis-habis, mereka sebenarnya tersilap besar.

Puas hati. Kemenangan semalam sangat bergaya. Sangat berpuas hati. Ada sesetengah orang, yang apabila saya khabarkan berita gembira ini, mereka bertakbir. Takbir adalah tanda keseronokan yang tidak terperi. Semacam kanak-kanak yang baru dapat menjilat aiskrim cornetto perisa strawberry.

Ada yang mengucapkan alhamdulillah. Ada juga yang mengucapkan subhanallah. Ucapan subhanallah pada perkiraan saya adalah ucapan terkejut. Terkejut dengan kemenangan yang tidak tersangka.

Saya sebenarnya telah meminta supaya adik-adik menulis satu tulisan berkaitan apakah rahsia kemenangan Pro M di UM. Apa rahsia kemenangan mereka. Saya ada beberapa isi tetapi saya tidak mahu menulis pada masa sekarang kerana masa agak menggigit. Sekejap lagi saya akan ke Kedah untuk merangka gerakan baru dengan sahabat-sahabat saya di sana.
Kemenangan Pro M juga perlu diisi. Banyak benda boleh diisi. Jangan hanya pandai melawan dan menentang. Sekarang kita adalah pemerintah, maka minda kita mesti minda pemerintah. Bukan lagi minda pembangkang. Bukan lagi minda penentang. Tetapi, kezaliman akan terus ditentang setiap masa.

Kemenangan juga bakal menambahkan beban. Saya ingin berpsan agar jangan menyombong. Bukan anda memberikan kemenangan tetapi Allah yang menganugerahkannya. Jangan pula hasad dengki. Saya bimbang, ada timbul penyakit hasad kalangan ahli gerakan Islam. Juga janganlah berburuk sangka. Banyak perkara perlu diingat dari semasa ke semasa.

Kemenangan ini secara tersiratnya memberikan banyak petanda. Saya ingin sebutkan dua daripada itu. Satu, petanda keruntuhan kerajaan Kapitalis UMNO. Kedua, ini menunjukkan Pro M di kampus lain mesti meningkatkan lagi usaha mereka untuk mencapai kemenangan. Senang-senanhg saya sebut dan jangan terasa, Pro M di tempat berdasarkan maklumat yang saya perolehi belum lagi menunjukkan satu gerak kerja yang berkualiti.

Jangan marah saya…

2 Cadangan/Pandangan:

Zahiruddin Zabidi on 19 Januari 2009 pada 7:12 PTG berkata...

salam ukhwah akh Dzulkhairi,

Boleh kita katakan ini adalah kemenangan berganda untuk harakah Islam. PAS di Kuala Terengganu dan Pro-Mahasiswa di UM dan Insya-Allah di UIA bakal menyusul, sehingga itu teruskan agenda kita masing-masing. Rungkaikan kebejatan minda takliq ummah, insya-Allah islam akan subur di bumi berlumpur ini. Kerana lumpur itu sendiri perlu kepada para da'ie, naqib dan murabbi transformkan jadi baja dan pilihlah tumbuhan yang sesuai untuk ditanam, wallahua'lam.

ros_asrar on 20 Januari 2009 pada 5:04 PTG berkata...

salam...pada ana tiada rahsia dalam kemenangan kali ini.yang ada cuma semangat jihad para ansorullah yang tidak patah..walaupun..GERAK kuasai kolej2,para tentera Allah masih boleh berjuang didalamnya...tiada sekatan dalam berjuang

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE