Jumaat, 30 Januari 2009

STUDI KES 3


KES 1:

Dalam jamaah A, tiba-tiba muncul satu group yang cuba membuat perubahan terhadap manhaj tarbiah yang digunakan selama ini. Namun mereka berhadapan dengan beberapa fenomena:

1: Mereka dituduh sebagai reformis tidak berakar tunjang
2: Mereka dikatakan sebagai perosak fikrah
3: Pihak senior menegaskan manhaj sudah sempurna, tinggal lagi pelaksanaan
4: Mereka dituduh membawa agenda peribadi yang tersirat.

Group tersebut hanya mahukan perubahan yang sesuai dengan peredaran masa. Kalaulah fiqh boleh berubah-ubah mengikut keadaan zaman, malah beberapa ayat al-Quran boleh disyarahkan mengikut kesesuaian semasa, begitu juga dengan kefahaman hadis yang boleh difahami mengikut kondisi terkini, maka apakah manhaj tarbiah tidak boleh diubah.



Namun mereka tersekat dengan ‘kelamaan’ yang mencengkam.

KES 2:

Sebuah jamaah yang penuh dengan prasangka. Dituduhnya orang yang cuba melakukan perubahan sebagai kumpulan siasah yang mempunyai hidden agenda. Sesiapa sahaja yang cuba membawa agenda perubahan pasti akan dituduh sebagai kumpulan siasah tadi.

Merekan akan mencantas sesiapa sahaja yang cuba membawa agenda pembaharuan. Golongan ini tidak akan dihormati meskipun mereka adalah pimpinan.

5 Cadangan/Pandangan:

Tanpa Nama berkata...

kes yang ust bawakan ini amat tepat menuju kepada permasalahan sebenar yang terjadi di kampus-kampus sama seperti kes yang ust bawa dalam post sebelum ini. Saya yakin dalam post ini akan ada ramai yang akan memberi respon. harap gamis ambil tindakan.

Tanpa Nama berkata...

situasi yang menarik...2 kelompok utama jemaah yg biasa kne tohmah...reformis tarbiah n siasah...nape org jemaah "kampus" yang "melayu" nie takot ngan perubahan?tak mcm sahabat2 di tempat2 lain..yang bley menerima perubahan dan bley adaptasikan dalam suasana yg pelbagai hatta tukar name "platform" sekalipun...di Malaysia nie, kprluan reform bukan stakat pd name, tapi pd kepale hotak pimpinan kampus yng masih amalkan feudalism dan menolak konsep berhujah, berbincang termasuklah berlapang dada...rsnye mungkin sebab ade beberapa campur tangan pihak2 yang dikatakan "berauthority" dlm MSK sprti salahsatu kampus di lembah klang, ataupun pimpinan sendiri yg tak faham cara pentadbran jemaah?
malah ada yang suke buat pendekatan sendiri tanpa merujuk ataupun melakukan penambahbaikan dalam gerak kerja...buat kpale sendiri sebab ego sgt ngan keje org terdahulu... pimpinan yang perlu dipimpin... bukan berkuasa...kalo sebab kuasa lah jdk pimpinan, aku pn nk jdk pimpinan kampusku yang indah...

Tanpa Nama berkata...

saya nak tanya pandangan rakan-rakan forum dan ust sendiri, apakah sebenarnya peranan dan bidangkuasa syura @ syuro kampus, pimpinan jemaah. kengkadang saya lihat pimpinan suka guna nama syuro untuk jadi rubberstamp memaksa ahli jemaah untuk ikut arahan pimpinan dalam gerak kerja jemaah, jemaah ni syuro yang memimpin ke atau pimpinan yang kita lantik yang memimpin? Dalam hal yang lain ana lihat pimpinan kadang-kadang seolah-olah tidak boleh buat keputusan sendiri dan kesemuanya harus diputuskan dalam meting syura kampus hatta dalam perkara teknikal dan ranting, apa pimpinan tak boleh buat keputusan sendiri ke? Malahan yang lebih malang pimpinan jadi sama macam aspirasi bila ada apa2 masalah yang berlaku antara pimpinan dan anak buah, guna nama syura untuk hentam anak buah yang ikhlas buat keje untuk jemaah, ini dah sama macam konsep dicucuk hidung oleh HEP. Minta pandangan.

Bisa Biasa-Biasa on 1 Februari 2009 pada 1:28 PG berkata...

off record

ana azmi, sahabatmu..hebat2 sungguh kata2mu..menusukku..tahniah perwira..teruskan kobaranmu..langkah derapanmu hingga tersungkur bertemu syahid..takbir!!

Tanpa Nama berkata...

Syurah
Wangi
Sabun mandi ezelin

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE