Sekarang saya dalam proses untuk menyiapkan tiga buah buku. Dalam masa yang sama saya juga terpaksa memberikan tumpuan untuk membaca sebanyak mungkin buku untuk menambahkan apa yang ada di dada.
Buku pertama berkaitan dengan pemikiran kritikal anak muda yang dijangka akan diterbitkan dalam masa terdekat, insya Allah dua minggu lagi. Buku kedua berkaitan dengan komplikasi hasil ceramah program anjuran Gamis yang akan dimuatkan dalam bentuk yang cantik dan tersusun untuk memudahkan pembacaan.
Buku kedua ini mengambil sedikit masa dari sudut editing. Ini yang membuatkan saya semakin sesak nafas.
Buku ketiga pula mengumpulkan tulisan-tulisan peribadi. Ia menyentuh beberapa pandangan saya terhadap beberapa perkara. Saya tidak akan mengambil apa yang telah saya tuliskan dalam blog melainkan beberapa artikel yang saya anggap penting sahaja.
Saya berharap sahabat sekalian mendoakan kejayaan saya.
Oleh kerana itu, saya sendiri sangat kesempitan masa dan akal sebenarnya untuk menulis dalam blog sebagaimana sebelum ini. Namun saya akan cuba memberikan fokus juga insya-Allah. Tolong doakan saya dalam melaksanakan proses dakwah ini. Saya memohon doa daripada sahabat sekalian.
OH YE, APA YANG AKAN TERJADI PADA INSYIRAH DALAM EPISOD SETERUSNYA? APAKAH INSYIRAH AKAN MELANJUTKAN PENGAJIAN KE JORDAN DAN MELANGSUNGKAN PERKAHWINAN DENGAN SEGERA?
Apa Pengertian Costumer Journey dalam Bisnis dan Manfaatnya
4 hari yang lalu
8 Cadangan/Pandangan:
Aminnnn...!!
Semoga Allah permudahkan usaha Ustz utk terus menulis...
Ehem.. buku kompilasi Program GAMIS ye ust? mesti cantik punye..insyaALLAH
ana menanti ni ustaz sambungan insyirah...tapi best kalu us buat satu kejutan...ana ada cdangan tapi ana tak nak cter kat sini tak suspen plak ...kalu ustaz nak tau...ana nak email ustaz ni....
Aminnn
Insya'Allah.. semoga usaha akhi berjaya dan mendapat barokah dari Allah.. Ana akan doakan kejayaan Akhi demi Islam tercinta..
Amin..
semoga berjaya...
bleh join alaf 21 hntar karya...meletup2 di pasaran pasnie...mudah agenda dakwah nak sampai pada kelompok pembaca novel...
bagus2.betul boleh terbit di alaf 21.boleh jadi ramai join dakwah lepas ni.
Catat Ulasan