Sejak awal-awal lagi, saya, bukan sahaja saya sebenarnya telah dimomokkan dengan kerahsiaan yang melampau dan membantutkan. Istilahnya ialah, “sir wa hazar”.
Sir ialah kerahsiaan. Hazar pula ialah kewaspadaan. Pernah Ustaz Azizan, bekas ahli PMIUM yang kini menjadi pegawai agama dalam ketenteraan menyebut, kerahsiaan wujud kerana takut. Saya terfikir ketika itu,
“Jadi, apabila ketakutan sudah hilang, maka tidak perlulah lagi kepada sir tersebut”.
Sir perlu untuk menjaga keselamatan gerakan. Itulah yang saya pegang selama ini. Pantang sekali perkataan-perkataan Arabic yang berbaur gerakan disebutkan di hadapan ramai. Perkataan bai’ah, tamrin, amir, dan sebagainya menjadi satu fenomena yang sepatutnya dielakkan.
Saya juga begitu. Tidak berani menyebut perkataan Arabic tersebut di khalayak. Saya bimbang dengan itu, rahsia akan terbongkar dan akan menimbulkan satu ketakutan.
Apabila saya mendengar ceramah-ceramah yang berbaur gerakan, saya juga dilarang untuk mendedahkan fakta ceramah kepada orang lain. Jika saya mendengar ceramah tentang aqidah dan perjuangan sebagai contoh, atau jihad jalan kami, maka fakta ceramah tersebut adalah satu perkara yang rahsia dan harus dirahsiakan.
Malah masih ada ceramah yang mana pendengar dilarang mencatitnya untuk menjaga keselamatan. Yang perlu, cukuplah dengan hanya mengingat, menggunakan otak.
Alangkah, saya terperosok dalam lingkungan sir yang terlampau.
Banyak lagi fenomena sir yang tragis menimpa dogma ahli gerakan. Saya kemukakan beberapa contoh. Saya tidak diizinkan berjalan seiring dengan ahli gerakan kampus di hadapan khalayak lantaran saya adalah Presiden Gamis.
Tempat program dipindahkan ke satu tempat yang jauh untuk menjaga keselamatan. Ketakutan kepada polis adalah melampau-lampau. Begitu juga ketakutan dengan pihak pentadbir.
Kenapa sampai begitu? Saya melihat, sir adalah strategi manakala hazar adalah satu perkara yang lebih penting.
Kesan daripada sir yang biasa diamalkan dalam kebanyakan gerakan ialah:
• Dakwah tidak tersampai dengan lebih meluas lantaran maklumat ceramah dan program ditutup serapat-rapatnya.
• Lahirnya ahli yang penakut dan tidak berani, bukannya melahirkan ahli yang bijak dan berani berdepan
• Kefahaman tentang gerakan Islam tidak meluas sebaliknya bersifat eksklusif kepada ahliyang terpilih sahaja
Saya ingin bertanya kepada yang terlalu menjaga rahsia. Apakah tarbiah ini hanya eksklusif untuk sesetengah orang? Apakah kamu ingin menyembunyikan hasil tajuk ceramah sedangkan buku-buku yang membincangkan tentang jihad sudah melebar? Bahkan tajuk tentang gerakan Islam sudah pun dibincangkan secara terbuka sebenarnya.
Apa yang perlu dirahsiakan sebenarnya? Maklumat atau hanya tanzim? Mengapa kita perlu takut sedangkan Hammas yang berdepan dengan kematian lebih berani menzahirkan gerakan mereka. Kerahsiaan yang terlalu rapat berlaku lantaran ketakutan yang menyelimuti.
Saya tidaklah mengetepikan kepentingan sir itu sepenuhnya. Bahkan saya mengerti banyak hadis nabi yang menyeru kepada sir, namun lihatlah pula kepada kondisi hadis tersebut. Bahkan saya ingin menunjukkan bukti, betapa Ikhwan dan beberapa gerakan yang lain secara terbuka mengemukakan beberapa strategi tarbiah mereka. Kita pula?
Kita mesti membuka ruang sebanyak mungkin. Buka pintu sir itu secepat mungkin. Cara membukanya tidak lain dan tidak bukan adalah dengan membentuk keberanian dan kekuatan.
Maka saya memberanikan diri mengadakan tamrin Gamis secara terbuka. Saya mengemukakan tarbiah gamis secara zahir. Namun masih ada perkara yang saya rahsiakan untuk kebaikan yang lebih baik.
Kewaspadaan yang terpenting. Waspada dengan sesiapa sahaja. Dalam dunia risikan, tutup mulut, buka mata dan pasang telinga. Atau lempar tangan kanan dan sembunyi tangan kiri. Jangan mempercayai sesiapa sahaja. Ini dalam dunia risikan, atau ketenteraan.
Kewaspadaan diamalkan oleh nabi SAW namun dalam masa yang sama, banyak kali juga nampaknya nabi ‘menolak’ kewaspadaan. Baginda mencabar Romawi yang terlatih. Baginda menghantarkan surat kepada banyak kerajaan yang besar termasuk Hercules. Hasilnya, nabi dipukul berkali-kali.
Tolong fahami kewaspadaan bagaimana sebenarnya yang diamalkan oleh rasul kita yang terjunjung.
Lalu sepatutnya, kita menceritakan semua hasil ceramah dan hasil program kita kepada orang lain. Tentang program, rahsiakanlah. Kita mesti berkongsi dengan orang lain apakah manhaj dan bentuk tarbiah kita. Jangan sorok-sorokkan.
Saya rasa, kita perlu memahami satu konsep fiqh usul, “Islam, apabila ia sempit, maka luaskanlah. Jika luas, maka sempitkanlah”. Fikirlah sendiri…
10 Cadangan/Pandangan:
Salam'alaik..
Pertamanya, saya mmg setuju dgn tajuk yg ustz cuba bawakan kali ini. "Kerahsiaan Yg Membantutkan".. Memang seolah-olah satu sindiran sinis khususnya kpd ahli2 gerakan yg masih blm memahami konsep ini sehadamnya.
Pada saya, permasalahan yg berlaku di kalangan ahli gerakan ini adalah salah faham akan konsep 'sir' dan 'hazar' itu sendiri. Di mana nak kena 'sir'nya, masa bila pula kena ber'hazar'.
Kadangkala, saya perhatikan gelagat ahli kita yg konon2 sir la agaknya; sampai golongan mad'u pun tak berapa nak didekati.
Walhal, adakah dgn bertegur sapa, bertanya khabar, menyebar risalah semata-mata nak sampaikan berita & wujudkan perhubungan yang baik dgn masyarakat sekitar; boleh menyebabkan rahsia gerakan terbocor? Inilah yg saya katakan salah kefahaman ahli itu.
Kadangkala, masalah2 ini berlaku bila mana ahli merasa dia akan dilabel orang sebagai 'pembangkang', 'org kuat parti tertentu' dan seumpamanya.
Maknanya, sir yg konon2 kita nak jaga itu saya kira bukan untuk menjaga kemaslahatan gerakan nampaknya tetapi lebih kepada menjaga kepentingan diri & individu semata-mata.
Justeru, kalau ustz dh state kan tajuk artikel ni sebegitu rupa, saya tambah lg sikit; "Kerahsiaan Yg Membantutkan-Punca Lahirnya Ahli Gerakan Yg Pengecut"
Buat akhirnya, marilah kita sama-sama muhasabah diri dan berusaha berubah ke arah menjadi ahli gerakan yg lebih dinamik & progresif.
Wallahu a'lam..
sbb lainnya adalh kpmpnan dlmn sndiri yg pnkut nk mlumkn orgnssi pd ahli jmaah sdiri.
1) tkut risiko.
2) malu kalu ahli bwh thu mrk pmpnan dlmn (krana mrasakan diri msih tdk lyk dn thiqah).
3) slh fhm yg sudh dianuti dr kpmpnan trdhulu yg mletkkn krhsian yg mlampau smpi 1 thp mjauhkan shbt sdiri di tmpt kdiamn (asrama,rumh sewa) krn tk thn dgn kita yg tlalu bnyk brhsia tk kna tmpt.
4)mganggap smua dr abg2 tdhulu mesti dtruskn sstemnya,pgrknnya.tk brni nk ubah.
5) jmaah kmpus mmpunyai murabbi dklgn mrk yg hanya prnh trlbt d kmpus zmn2 dulu,tapi sbnrnya tk trlbt dgn harakah Islam semasa skrg.skdr jd pmrhti atas alasn,malas nk mnonjol diri.
6) mslh ahli jmaah yg msih dragui amanh mrk smpi bnyk pkra dsmbunykn dr ahli jmaah bwhn.
Last,punca besar: UKHWH,AMNH & KFHMn yg gagal dn prlu dbri prhtian.
apa2 pun,pgisian khusus bkaitn pjlsn kaedh sir hazar mgikut kondisi trkini prlu juga dibuat oleh gamis khasnya pd amir (yg belambak tk fhm jg sir hazar) dn mrk pulg smpikn pd jmaah kmpus mrk.
ni lah pglmn yg ana lalui dsbuah kmpus yg tk prlu dsbut namanya.mudh2 skrg sudh brubh.insyaAllah.
saya tak berapa setuju kenyataan saudara tentang HAMAS. Setelah kematian rantisi dan syed ahmad yasin, orang tidak mengetahui hierarki sbnr HAMAS. Khalid Marsyal bukan ketua sbnr HAMAS, beliau hanyalah ketua biro politik yang merupakan pengurusan tertinggi HAMAS.
Tentu saudara melazimi dengan unsur dalaman dan luaran dalam gerakan sdra. Unsur kerahsiaan jelas perlu dijaga tetapi jangan sampai mendaifkan diri dengan tidak boleh berjalan dengan ahli gerakan.
mungkin maksud sdra, unsur 'beku' dalam menjaga kerahsiaan perlu dihakiskan..
bye, pak alim
SALAM...
em..sy t'tarik sgt ngan topik ni..
tuk pengetahuan ustaz sye penah join gerakan ni..
tamrin pertama y sye pegi pun seolah-seolah dipaksa..
nape..
sbb ad senior2 y ajak gnekan akak2 n abg2 mantan nk wat xtvti ckit tuk adik2..
dgn asgmnt n test y melmbk2 kmi dipaksa pegi..
klaw x nk pegi smpai ke blk dicari..
phm2la klaw pegi dipakse..
sblum pegi kmi(kat kmpus) t'paksa b'pecah kpd beberapa kmpulan..
mcm ustz ckp x leh jaln dgn ahli jemaah y lain..
akak tu kte..klaw ramai2 t p.guard thn..
wktu tu sye pk..
ap hal plak p.guard tetibe nk thn..
jln je kot..
bknnye wat ap2..
mgkin ini y ustz mksudkan takut kpd phk pntdbiran..
secara jujurnye sye tak dpt menangkap apakah motif sbnr gerakn ni..
sir wa hazar..
diulang berkali2..
kepentingan jemaah..
namun kmi tak diterangkan dgn spatutnye..
adkh sir wa hazar ini memerlukan kmi berahsia dri ibu bapa..
sedangkan pd sye setiap kaki melangkah perlukan rhmat dan izin dr ibu dan ayah..
t'dpt juga antre abg2 n akak2 y dh lame join tmrin..
tp x knl siape amir mreka y t'tinggi..
mrke cme knl amir dan amirah prgkt kmpus shje..
pd sye,sye prlu thu siape amir sye..
siape y akan membimbing sye..
mgkin disebabkan ini sye tak dijemput lagi tuk join tamrin..
huhu..
persoalan sye ustz..
adkah sir wa hazar ini membenarkan ahli jemaahnye menipu..
sbgai cntoh..
ahli jemaah ni wat usrah di surau..
kemudian ble sye call seorg dri jemaah t'sbut..
dye kte dye ad d bilik..
ya ALLAH ustz..
sye nmpk dye di surau dgn mate sye sndri ustz..
menipu tnpa rse b'salah..
adkh ini y dimksudkan dgn sir wa hazar ustz..
skang ni ahli jemaah ngah nk siasat sye..
cmne sye leh taw siape amir kmi diprgkat kmpus..
adkah sye sbgai salh seorang ahli grkn ini tdk lyk mengetahui siapa amir sye..
kdg2 amir d prgkat ats ok..
amir d prgkat bwh plak wat hal..
sye juz m'hitung hri je ble ahli jemaah nk pggl sye..
diowg gne ayat nk taaruf dgn sye..
hehe cam klaka pun ad..
hrp ustz leh jwb p'soaln sye..
syukran..
salam'alaik..
bolehkah ustaz terangakn perkara yg perlu di sir dan hazar??
saya dikira kategori "pembangkang" kot bg jemaah ini..kadang-kadang saya rasa, jemaah ini menyisirkan saya. kadang kala benda yang di sirkan rasanya tak patut pun. Salahkah saya ingin duduk bersama mereka yang sedang berkongsi ilmu allah? salah kah?? menyebabkan ukhuwah saya dengan mereka menjadi musuh!! geram rasanya.. kita kan sama-sama menyebarkan islam?? maafkan saya andai penyataan saya ini kerana kejahilan saya.
salam...
topik sgt menarik hati saya...
situasi yg sy alami, lbh kurang cam komen yg ke-4...
Sy pun pernah join tamrin yg 1st...
sy n rakan2 tiba2 disuruh pegi ke sebuah kem/kursus tanpa diberitahu secara detail....even tmpat yg kami nk pegi pun x diberitahu....
inikah sir wa hazar yg dibawa oleh gamis?
sy akui,tamrin yg sy pegi 2,mmg memberi byk manfaat...tetapi disebabkan konsep sir wa hazar ni, sy susah nk ikut....pd sy, kalo nk sir wa hazar pun, kita kene tgk tmpat dan mase jugak...kalo kita rase slamat, mengapa perlu sir wa hazar? bknkah ni akan menyebabkan kita susah nak rapat n tarik golongan mad'u?knape kita rase cam sume org nk bangkang aktiviti n keje2 Islam? even pihak pentadbiran pun amat menyokong ape sahaja aktiviti2 Islam...
sy tgk, mereka yg menyertai gamis di tmpat sy blajar ni nmpak t'lalu ekstrem...br2 ni, sy tanye pd sorang ahli jamaah, ape yg die faham ttg konsep sir wa hazar, then muka die trus berubah n trus kate sy nk korek rahsie...seolah2 sesape aje yg x join diorg adelah musuh....even org 2,same2 nk perjuangkan islam....
that's why skang ni sy dh x join aktiviti2 yg diorg nk wat...walau dh byk kali diajak...sy lebih suka bace blg2 n laman web gamis...
so, ape konsep sir wa hazar ini sbnarnye?kalo konsep yg dibawa ahli jemaah ni salah, tlg perbetulkan....terutama yg di kedah ni....kalo betul, tlg perjelaskan....
slm alaik...ohh..bru sye tahu gamis upenye yg gne konsep sir wa hazar...hmm...aritu sye pernah tnye kwn sye dy dlm jemaah ape,then dy jwb, sye tak boleh beritahu krn konsep sir wa hazar.hu, terpinga2 sekejap sye...apekah? penpdt peribadi: tak perlu kot nk ber'sir' atau 'hazar' dgn org yg tidak perlu.klw dgn pihak pentadbiran mungkin,tp..tupun mungkin perlu dinilai semula.kenapa perlu berahsia dan takut? apekah yg kalian resahkan?apekah yg kalian risaukan? rsenya, sudah tiba masanya kalian menonjolkan diri. yakinlah bhwa insya Allah semua akan OK. optimis la sket...kalian bkn pembawa ajaran sesat.kalian di jalan Allah.tidak perlu kecut pada manusia.menghapuskn sir wa hazar(scr berperingkat mungkin) akn membwa byk kelebihan..percayalah! sye pernah menyertai sebuah jemaah yg sye sndiri tidak tahu apekh jemaah itu.sye cba bertanya beberapa kali kpada naqib saya, namun dia menegaskan, tidak perlu sye tahu..nanti menyusahkan...huu..akhirnya sya thu jgk bhwa sye di bwh gamis..itupun setelah sye fly ke UK dan menyertai MSM yg lebih terbuka dan tiada rahsia.sesungguhnya, berahsia itu memenatkan...bknkah berani kerana benar, takut kerana salah?? kalian tidak bebuat salah bkn??
Salam wehdatul fikr...
tajuk yg sngat ana gmari...Ana stuju dgn pndapat shabat2... memanglah 'sir' dan 'hazar' itu pnting. Kerahsiaan dan kwaspadaan sgt dipentingkan oleh Rasulullah sbgai strategi peperangan..Shingga ktika sblum pristiwa Fathul Makkah(pmbukaan kota Mekah),Rasulullah merahsiakan drpada para shbat, malah Aisyah sendiri tdk mgetahui utk apa prsiapan klengkapan yg disediakan Rasulullah..bkan krana x prcaya pada sahabat dan isteri sndiri, ttapi itulah strategi..Dihntar Abu Qatadah mngetuai 8 shbat ke Baitul Adam utk mengelirukan msuh...Subhanallah...itu sir dan hazar Rasulullah...Tapi,dlam krahsiaan dan kwaspadaan,gerakan tntera Islam trdiri 10 ribu shabat brgerak dgn stiap sorang mmegang obor api utk tujuan menggerunkan msuh...itu strategi...Dalam Kerahsiaan, dalam kewaspadaan, Keberanian tntera Islam tetap terserlah...KERANA MEREKA YAKIN MEREKA MEMBAWA KEBENARAN..KERANA MEREKA YAKIN KEBENARAN ITU PASTI AKAN MENGALAHKAN KEBATILAN..itu ZAMAN RASULULLAH dan Para Sahabat...Kita? Amilin akhir zaman ini..nak jdi yg mana?yg hanya bersir dan hazar,tapi brsembunyi disebalik kbenaran atau kita nak jadi amilin yg mengamalkan sunnah Rasulullah yg sbenar2nya dlam ber'sir' dan 'hazar'? KETUK MINDA AHLI SYURA DAN TANYALAH KITA NAK JADI AHLI GERAKAN ISLAM YG MACAM MANA....WALLAHUA'AlAM...ana brlindung kepada ALLAH Yg Maha Mencipta, Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui segala isi hati...
Conversation started today
12:51am
Ahmad Afifi
Assalamu'alaikum..
ana ada buka blog enti
http://anauhibbuka.blogspot.com/2011/03/sir-wa-hazar.html#
dan baca perkongsian enti,namun ana tak dapat tinggalkan komen berikutan ada beberapa kemusykilan dan perkongsian penting daripada ana untuk memberi komentar perihal Sirr wa hazar, kerana ana risau daripada perkongsian enti boleh menyebabkan kekeliruan dan kesamaran kepada para pembaca dalam memahami konsep sirr wa hazar. syukran jazilan.
berikut komentar ana
__________________________________
assalamu'alaikum
perkongsian yg baik.
pertama kita perlu lihat dalam konteks yang lebih luas mencakupi pelbagai aspek termasuk keselamatan dan ancaman.
mengapa sesuatu perkara dirahsiakan dan begitu tertutup perbicaraan sehingga terbatas buat yg berhak sahaja kerana ada perkongsian yg ternyata jika keluar dari mulut seseorang dan sampai kepada orang luar seperti pihak yg menentang sesebuah perjuangan/organisasi, perkongsian itu akan menajdi senjata yg boleh mengancam perjuangan/organisasi tersebut. Malah boleh membahayakan orang itu sendiri.
Kita mungkin terbiasa dgn perkongsian yg biasa, sekadar perbicaraan guru,perihal dalaman organisasi, tapi cuba fikirkan jika menyimpan kerahsiaan misalnya rahsia negara dan agama(seperti bertemu Rasulullah,percaturan tentera,ilmu-ilmu hakikat dll),sudah pasti jika bocor ke tangan musuh akan memberi ancaman kepada negara dan tentera, malah boleh mendatangkan fitnah jika ilmu itu sampai kepada orang yg bukan ahlinya yg mencapai tahap pemikiran dan kefahaman tertentu.
Kerahsiaan dan waspada ini ada yg perlu dijaga sehingga mati(utk perihal dalaman yg boleh mendatangkan ancaman yg besar) dan ada yg hanya dirahsiakan buat sementara seperti contoh umum dakwah Nabi s.a.w pada peringkat permulaan sekadar sembunyi, di rumah sahabat dan keluarga terdekat, kemudian apabila pengaruh dan kefahaman orang sekeliling Islam diisytiharkan secara berperingkat dan akhirnya dilaungkan di hadapan orang ramai.
moga semakin lama kita dalam perjuangan Islam ini semakin Allah beri kita kefahaman tentang percaturan dan pelaksanaan gerakan dakwah agar berterusan hingga akhir zaman.
sirru 'ala barokatillah
boleh lihat
https://dppwp.wordpress.com/usrah/minggu-5-tajuk-iii-konsep-hazar-kerahsiaan-dan-kepentingannya-dalam-perjuangan-islam/
post di atas ana kirimkan kepada blogger lain yg membincangkan perihal sirr wa hazaar..
in shaa ALlah ana sedia utk berkongsi lebih lanjut
https://www.facebook.com/fieromanpichisan
wallahu'alam
Catat Ulasan