Insyirah baru usai membaca al-Quran. Surah al-Hujurat menceritakan tentang peri adab dalam bergaul dan beberapa perkara lain sangat menyentuh hatinya. Apabila mengingatkan keadaa umat Islam yang bertelagah sesama sendiri, hatinya serta-merta disentuh rasa hiba dan sayu.
Insyirah penghiba orangnya. Mudah tersentuh dan mudah menangis. Acap kali dalam tahajud, air matanya tumpah keluar dan mengalir tanpa henti. Biasanya Insyirah mengerjakan Tahajud sekitar empat rakaat, kemudian membaca al-Quran dan disudahi dngan tiga rakaat witir yang dikerjakan degan satu salam sahaja.
Bagi Insyirah, membaca al-Quran tanpa melihat makna adalah merugikan. Ia menghilangkan nikmat tadabbur dan kekhusyukan. Membaca al-Quran tanpa mengerti makna adalah cacat dan kontang baginya. Lebih baik sedikit membaca al-Quran tetapi memahami makna dan cuba mengamalkannya dalam kehidupan. Pernah sekali Insyirah pengsan setelah membaca surah al-Naba’ yang menceritakan tentang kedahsyatan kiamat.
Pernah Dahlan menceritakan perihal waraknya muslimah bertudung labuh dan kecil-kecil ini. Katanya, apabila Dahlan bertanyakan Insyirah tentang pengertian khauf kepada Allah, Insyirah menjawab dengan penuh rasa tawadhu’ seolah-olah rasa tawadhu’ itu menyeluruhi seluruh anggota hati dan jasadnya.
“Ibn Mas’ud RA ketika mentafsirkan siapakah mukmin yang sebenar menyebut, “Mukmin adalah orang yang mana melihat dosa seolah-olah ia berada di bawah bukit dan dibimbangi bukit itu akan menimpanya sedangkan orang berdosa melihat dosa tu ibarat lalat yang hinggap di hidung. Diusir sekalipun, ia akan datang hingap semula,” jawab Insyirah, memukau.
Saya berkali-kali tertumpah rasa kagum terhadapnya. Ayahnya Haji Sibyan seorang yang soleh dan disegani masyarakat sekeliling. Ayahnya merupakan seorang yang sangat menghormati tamu, mengasihi yang muda serta tidak berat telinga untuk mendengar pandangan kami anak muda. Tidak seperti kebanyakan orang tua yang suka bercakap tetapi tidak suka mendengar pandangan orang muda. Malah Haji Sibyan sangat mencintai perdebatan ilmu yang tidak sia-sia. Pernah saya tertinggi suara kepadanya dalam menegakkan hujjah namun ia tidak pernah terasa hati malah melemparkan senyuman yang membuatkan saya tertunduk dan berkali-kali memohon maaf. Ketika itu kami berbahas tentang ilmu tatabahasa Arab yang terkandung dalam kitab Qaylubi.
Ibunya pula Hajjah Ruqaiyah merupakan seorang yang kaya dengan senyuman. Hampir tidak pernah lekang senyuman terukir di bibirnya walaupun ia dalam kesusahan. Insyirah menceritakan perihal ibunya kepada saya, “Ummi ana menganggap kebaikan yang datang daripada Allah merupakan satu nikmat yang harus disyukuri. Ujian pula merupakan satu perkara yang meningkatkan kesabaran. Ternyata ana bertuah kerana ummi seorang mukmimah sobirah sebagaimana hadis nabi, Ajaibnya orang mukmin, semua perkara baginya adalah baik, dan hal ini hanya dimiliki oleh orang mukmin. Jika mendapat kebaikan, ia bersyukur, maka itu suatu hal yang baik. Jika ia mendapat musibah, ia bersabar, maka hal itu juga adalah baik”.
Ternyata Insyirah merupakan seorang yang beruntung. Akhlak abi dan umminya diwarisi oleh Insyirah. Wajah manis umminya sudah tentu. Ketaqwaan ayahnya. Fatin juga pernah menceritakan kepada saya, “Insyirah tidak pernah lupa untuk memberikan peringatan kepada kami agar sentiasa menjaga solat jamaah dan melazimi membaca al-Quran,”.
Qatrun Nada’ juga pernah mengkhabarkan kepada saya, “Setiap kali tidur, Insyirah akan membacakan Tasbih Fatimah. Ia tidur biasanya dalam jam satu pagi setelah membaca buku dalam sejam dan bangun dalam jam lima pagi untuk mengerjakan qiamullail. Dalam jam 5.30 biasanya Insyirah akan mengejutkan kami semua,”.
Bagi saya, Insyirah bukan calang-calang muslimat. Ia menguasai banyak ilmu terutama fiqh sul. Kadang-kadang idak terjangkau dek akal saya untuk memikirkan beberapa tindakannya yan tampak melonggarkan syariat kerana baginya perkara itu masih dalam lingkungan syariat. Sering kali ia menyatakan kepada saya, “Islam ini, apabila sempit, kita luaskan. Dan apabila terlalu luas, kita sempitkan sebagai langkah berhati-hati”.
Apabila seorang ahli usrah dalam satu perbincangan Politik Semasa Negara bertanyakan keadaan ahli parti politik yang tampaknya longgar dan sedikit meninggalkan syara’, maka Insyirah bingkas bangun dan menjawab, “Ana bimbang, kedangkalan ilmu kita menyebabkan kita berpandangan ahli politik Islam telah melangar batas-batas syariat sedangkan sebenarnya mereka masih berada dalam lingkungan yang betul”.
Ini mengingatkan saya kepada Ustaz Yahya Othman. Pernah beliau berpesan kepada saya, waktu solat ini luas, maka jangan tergesa-gesa untuk menyempitkannya. Pesan itu amat luar biasa dan menakjubkan.
Hari itu, saya bertemu dengan Insyirah.
“Ukhti, apa pandangan ukhti tentang usrah yang dijalankan sekarang?”
Insyirah malu-malu melihat saya. Saya pula tersipu-sipu dibuatnya. Ish, kalau aku dapat budak kecik ni, untungnya, fikir aku sendiriansambil tersenyum lebar. Memang untung orang yang dapat Insyirah ni. Pandai memasak dan pandai mengambil hati orang. Tidak pernah dan mudah hilang marah. Disenangi kawandigeruni lawan, juga dihormati pensyarah sekalipun. Pernah Insyirah berdebat dengan seorang pensyarah dan mematahkan hujjahnya berdasarkan dalil al-Quran, hadis dan qiyas yang tinggi.
“Ustaz, ana segan dengan ustaz. Ustaz lebih fasih, faqih dan faiq berbanding ana. Dari sdut bahirnya, ustaz yang lebih,” ala, mula la tu budak tu manis mulut. Saya tersenyum sahaja mendengar ulahnya.
“Ala ukht ni. Bagilah pandangan, ana nak tahu juga pandangan ukhti. Mana tahu pandangan ukht sama dengan ana”.
“Hurm, pada pandangan ana ustaz, ramai yang tersilap faham tentang konsep usrah dan tarbiah sebenarnya. Mereka melihat usrah sebagai tempat mengisi ilmu. Bagi aba, usrah adalah medan membina ukhuwah dan membina kefahaman. Tidak semestinya kefahaman itu timbul melalui keilmuan malah boleh melalui pengalaman.
“Akibatnya, ramai yang pergi berusrah tetapi bkannya mereka minat dan cinta kepada ilmu. Ok ustaz, ana bagi contoh. Kalau usrah tempat member ilmu, maka jika kita bandingkan ahli usrah keluaran kita dengan Hasbullah sebagai contoh, yang tidak mengikuti usrah, ternyata Hasbullah lebih baik.
“Tarbiah bagi ana bukan memberi tetapi menanam. Tarbiah tathqifiyah bukannya tempat member ilmu tetapi menanam rasa kecintaan kepada ilmu dalam diri ahli usrah. Tarbiah jasadiah bukan medan untuk membuat slot jasadiah semata-mata, tetapi melahirkan orang yang akan menjaga kesihatan tubuh badan meskipun selepas daripada latihan tamrin. Tarbiah Ruhiyah bukannya medan beribadat dan membaca al-Quran tetapi satu medan untuk melahirkan orang yang cintakan ibadat dan ghairah meletakkan cintanya kepada Allah,” syarah Insyirah panjang lebar. Cinta kepada Allah. Cinta kepada saya, macam mana pula. Getus hati saya sambil ketawa, haha.
Insyirah seorang muslimah yang cerdik dan sukar dicari. Ia memahami konsep pengajian Aristotle dengan baik dan mempraktikkannya dalam kelas pengajian. Bahasa Arabnya fasih begitu juga Bahasa Inggeris. Malah lenggang lenggok bahasanya menarik dan lahjahnya kemas.
Insyirah merupakan seorang muslimah yang menjaga adab. ia tidak suka menyalahkan orang malah suka menjadikan dirinya sebagai benteng mempertahankan rakan-rakannya yang lain. Namun Insyirah sangat tabah dan berdikari. Insyirah berani memandu kereta meskipun berseorang ke tempat yang jauh demi melaksanakan gerak kerja Islam.
Bagi saya, Insyirah seorang muslimah yang kreatif dan kritis.
13 Cadangan/Pandangan:
bgusnye Insyirah
bakal zaujah ke dzul?
salam ustaz..tahniah atas penceritaan yang menarik..tapi sedikt lucu..Insyirah ada berapa orang mak??yang nama aminah ke ruqayyah?:)kui3..cukup la ustaz tulis pasal Insyirah,naik muak ana membacanya..
p/s ; cepat2la kahwin ustaz.naik runsing tgk ustaz skrg ni..hehe
dikla nta ni. Nak panggil ust pun dah naik malu... bagi la contoh yang baik sikit kat ahli2 yg lain...
gedikla nta ni. Nak panggil ust pun dah naik malu... bagi la contoh yang baik sikit kat ahli2 yg lain...
haii
betul ke tak insyirah ni
tapi peribadi dia mmg mantap la
rasa ingin mencontohi dan bersaing
bak kata ust dalam kebaikan kna berebut
pape pun kat ust,smg berjumpa dgn apa yg ust nak dan ust mmg seorang PENULIS~(hujan)
assalamualaikum...
uhm...kenapa semua org macam x sporting bile ustaz tulis perihal insyirah??? isk3x
ape salahnye...
asyik2 bincang tarbiyah...studi kes...kite rehatkan minda jap..hehe...perihal insyirah ni pun fitrah manusia juge :p
pape pon...sy doakan ustaz dpt bjumpa dgn wanita solehah yg dapat mbantu dlam perjuangan ustaz!!! :)
p/s: to muslimat, ish2 kamu nih..tak bek ckap org len gedik..kamu tu baik n zuhud sgt eh?? dr lontaran penulisan kamu..uhm...tuuuut..:p hehe gurau je
SaLam...
Penulisan menarik (^_~)..!
*berdasarkan komen-komen di sini, maka kita boleh buat satu kesimpuLan mengenai sikap dan pandangan ahLi J mungkin. Tak per, teruskan usaha ust! Cayo2..!
hmm.. insyirah, oooh insyirah
pembakar semangat buat muslimah,
mg ada muslimah yg sprti Insyirah malah jauh lbh baik drnya..
renungan penuh keinsafan bagi muslimin. sekiranya seorg muslimah mampu bgun utk solat mlm, bthjud scr konsisten, maka bgmn muslimin. Singkaplah disebalik penceritaan ni dgn baik.
jgn bprasangka buruk, sdgkn ada perkara2 baik dan bpngajarn yg lbh bnyk ntok pembaa koreksi diri.
siapa2 pun, jnji Allah, org yg baik utk yg baik2.
dzul, ana azmi ni..haha..lawak betul ana baca cerita insyirah ni..ok la tu..ana rasa nta pon memang tgh masak la ni..cuma tunggu nak masak..apa lagi cepat2 la pancing2 mana2 ikan yang solehah..dah jumpa terus kait dan goreng terus, jangan simpan2 dalam peti sejuk..
Faham x faham buat2 faham je la...
ikan?
ish3
Ehem2x.. ehem. bbetul sogho cket.
Entah apa la org kata kt ana, duk dpn pc dlm lab, gelak sorg2. kwang3x... Geli sungguh hati ana baca entry ni ditambah pulak dgn komentar2 yg macam2 tuUu... Emm.. tapi ana dapat baca apa yg tersirat di sebalik entry akh dzul ni...
1.......?
2.......?
3.......?
He3x xboleh bgtahu kt org nanti jadi fitnah pulak, x pe ana akan simpan semua ni & insha Allah x kan reveal benda ni kt org lain.
Presiden GAMIS ni kelakar jgk ye, x kedekut nak kongsi cerita2 mcm tu...
Kalau time us Tarmizi dulu, huh! jgn harap dia nak reveal cerita2 mcm ni. Jaga benar 'izzah dia sebagai presiden GAMIS time tu.. Opps! Sorry us Miji yer...
banyak pulak komen entry ni.
isy3x.
anyway, ust dzul memang mantap. hehe
muslimat yang terbaik untuk muslimin yang terbaik.
oleh itu jadilah terbaik.
bukan sebab nak dapat yang terbaik tapi
redha Allah itulah yang terbaik
Catat Ulasan