Khamis, 5 Februari 2009

KEBINGUNGAN


Isu Perak ini sebenarnya ada mengandungi beberapa perkara tersirat yang harus kita renungi. Yang paling besar adalah isu keghairahan dan ketakutan yang mencetuskan paranoia, BN sebenarnya dilanggar paranoia yang menyeluruhi seluruh mental dan pemikiran mereka sehingga menyahkan kewarasan dan menimbulkan kebingungan.

Ya, BN bingung dan Najib semestinya merupakan orang yang paling bingung. Dek ketakutan dengan segala perancangan PR yang kerap menjadi, kekuatan PAS yang kian dirasai, kebersamaan sesama kaum yang mengelok, maka ini semua ketakutan dan perkara yang ingin dijauhkan BN.

Mereka akhirnya sebagaimana disifatkan Mahathir, sanggup mengambil orang yang tidak berintegriti untuk menjadi ahli mereka. Sang posmen yang tidak Berjaya menjejakkan kaki ke rumah MB, melampiaskan nafsunya bagaikan lembu yang tidak bercawat. Malah lembu yang tidak bercawat pun menyembunyikan punggungunya di sebalik ekor, tetapi posmen dan rakan-rakan nampaknya sudah tidak tertahan.

Walaupun tidak mendapat restu rakyat, ettapi orang kebingungan peduli apa. Yang penting dapat. Orang nak kata apa, katalah. Mereka dah biasa bertelanjang dan menelanjang, maka apa mereka peduli. Orang semacam itu bukannya ada rasa malu. Malah mereka tidak pernah malu untuk memalukan orang dan memperbodohkan rakyat yang tampaknya lebih cerdik dan bermaruah jika dibandingkan mereka.



Kebingungan, kebingungan dan kebingungan. Di sebalik kaca mata Najib yang diibaratkan Najis oleh penyokong Hindraf di Kediaman MB Perak semalam, terserlahnya satu kebingungan yang membingungkan. Orang yang bingung akan Nampak rersah dan terlukis gelisah yang trukir dan terpahat jelas. Mereka dalam ketakutan dan mereka dikejar-kejar ketakutan. Lalu mereka terbuat satu kebingungan namun rakyat tidak pernah bingung.

Kami Gamis, dan saya sebagai Presiden, kita mengutuk sekeras-kerasnya tindakan BN yang langsung tidak jantan malah pondan ini. Gamis akan terus menentang demi kebenaran dan keadilan dan kita akan melakukan sesuatu demi sesuatu. Jika kami tidak mendapat bola, kaki pun akan kami bentes.

0 Cadangan/Pandangan:

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE