Jumaat, 6 Februari 2009

PERAK MESTI DIPERTAHANKAN


Walaupun sedih, dan Gamis pun bersedih, namun kesedihan itu tidak patut dilayan. Dalam konsep yang berbeza, saya juga tidak bersetuju jika suasana kesedihan ini tenang sahaja dan tiada semangat yang diletupkan. Bertenang mesti, tetapi tindakan yang bersemarak adalah perlu. Menenangkan rakyat adalah benar, namun membakar semangat dan memperkasakan tindakan secara konsisten dan konsten dalam pelbagai jalur mesti diteruskan.

Pertama, Najib adalah pengkhianat rakyat. Kebencian rakyat terhadap Najib semakin membara-bara, semakin membarah dan bernanah.

Kedua, BN adalah pengecut dan bacul. Mereka tidak berani berdepan dalam gelanggang secara jantan. Sifat keperempuanan yang dipamerkan BN adalah loya dan memualkan. Muntah rakyat keluar tanpa segan silu lagi. Janganlah BN salahkan rakyat apabila mereka memberontak.



Ketiga, Pak Lah tidak menampilkan daya kepimpinan tertinggi yang sepatutnya. Ia hanya berdiam diri melainkan beberapa kenyataan dan pernyataan yang tidak memuaskan hati. Meskipun rakyat lebih membenci Najib, namun ketidakhormatan rakyat terhadap PM negara ini juga semakin membengkak.

Keempat, demokrasi telah dicalarkan. Demokrasi yang sepatutnya diamalkan dan diutuhkan dalam negara ini hanya menjadi satu teori dan laungan kosong kekosongan. Demokrasi yang ada dalam negara masa kini perlu diterjemahkan semula apabila BN sendiri telah merosakkannya.

Kelima, rakyat tidak diberi peluang untuk memilih semula. Bermakna, secara kefahaman biasa kita adalah, BN tidak menghormati dan memperjuangkan hak rakyat. BN ternyata satu parti yang lebih mementingkan diri mereka sendiri.

Keenam, PR mesti melakukan satu muhasabah yang berbentuk praktikal. Kekalahan merujuk kepada dua faktor iaitu kekuatan lawan yang kuat menyerang dan dibantu oleh kelemahan dalaman. Tidak perlu lagi muhasabah itu hanya berbentuk tarbiah, malah mesti menyentuh soal pendekatan politik dan strategi peperangan politik yang lebih berdaya dan bernyawa.

Ketujuh, mahasiswa mesti bangkit mempertahankan PR kerana PR adalah lambang rakyat sedangkan BN adalah lambang korupsi. Lambang korupsi mesti ditumbangkan sedangkan lambang rakyat mesti dijulangkan.

Maka dengan itu, saya Presiden Gamis menyeru semua pendokong keadilan untuk terus-menerus mengadakan bantahan secara lebih ‘radikal’ dan berusaha untuk memberikan satu tamparan yang tidak akan terlupa oleh Najib.




2 Cadangan/Pandangan:

Tanpa Nama berkata...

pemimpin atau pemerintah islam..bukan wakil rakyat,bukn memperjuangkn hsrat rakyat,bukan bersuara mgkut suara rakyat atau bertindak mengikut Kehendak rakyat.Dasar pemerintahan juga tidak ditentukan oleh rakyat..Dalam islam,pemimpin atau pemerintah itu adalah wakil Allah...Tuhan sedang menunjukkn kuasanya...bukan BN,bukan PR atau PAS akn menang,ttp kuasa Tuhan atau parti Allah sdg hendak dinaikkn...Itu janji Tuhan utk org2 timur khususnya org melayu bahawa Islam akn kembali gemilang dan membina empayar utk kali ke 2 dan tapaknya ialah malaysia...

SUFRI YAKUP on 6 Februari 2009 pada 5:48 PTG berkata...

Teruskan perjuangan akhie.. Kebenaran harus ditegakkan.

Kita tidak menderhaka, namun inilah yang menjadi kewajipan kita kerana rakyat bersama kita.

Mana yang hendak kita pertahankan?

Penipuan dan korupsi satu pihak sehingga mempengaruhi Sultan ataupun kebajikan dan kepentingan rakyat?

kita harus berani melangkah akhie. Keberanian ini dengan sendirinya akan terus membawa kepada kejayaan dalam PRU ke13 kelak.

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE