Jumaat, 6 Februari 2009

FAKTOR KEKUATAN KAMMI


Di mana kekuatan KESATUAN AKSI MAHASISWA MUSLIM INDONESIA (KAMMI)?

Beberapa hari bersama mereka, meskipun saya tidak mapu menyingkap semua rahsia kekuatan mereka, namun ada sedikit sebanyak yang telah berjaya saya pungut.

Kekuatan mereka bagaimanapun bergantung kepada dua faktor kebiasaan iaitu faktor dalaman dan luaran. Saya cuba mendedahkan semampu sahaja dan apapun pendedahan ini hanyalah melalui kaca mata saya yang kemungkinan rabun jauh mahupun dekat.

Faktor Luaran

Pertama
Politik Indonesia memang terbuka dan demokratik. Perdebatan antara partai menjadi satu kebiasaan bagi mereka. Saya melihat beberapa tayangan secara langsung antaranya debat antara Partai Keadilan Sejahtera (PKS) dengan Partai Golkar. Mereka boleh tawa-tawa semasa debat.

Kedua
KAMMI sendiri merupakan satu gerakan yang legal seperti PKPIM di Malaysia. Ini membolehkan mereka bergerak secara rasmi.

Ketiga
Akta universiti yang menghalang kebebasan aktivisme dan perluasan idealisme tiada di sana. Maka tidak dinafikan mereka boleh mengembangkan kekuatan mereka sepantas mungkin.


Faktor Dalaman

Pertama
Usrah mereka berjalan dengan baik dan murabbi mereka sangat mengambil berat tentang tumbuseran tarbiah mereka.

Kedua
Mereka sangat menitikberatkan tarbiah jasadiah dalam menjamin aktivisme mereka dan menekankan soal perkembangan ilmu. Bermain futsal setiap minggu menjadi rutinan hidup mereka. Malah mereka juga beramal dengan senaman Ruhul-Jadid.

Ketiga
Semua kampus menggunakan nama KAMMI, tidak seperti Gamis. Meskipun Gamis boleh dikatakan ada hampir semua kampus namun nama dan keberadaan Gamis belum terasa.

5 Cadangan/Pandangan:

Tanpa Nama berkata...

insy malaysia dan indonesia akan bersatu..

Tanpa Nama berkata...

insy malaysia dan indonesia akan bersatu..

Tanpa Nama berkata...

insy malaysia dan indonesia akan bersatu..

SUFRI YAKUP on 6 Februari 2009 pada 5:44 PTG berkata...

akhie Dzul, klu akhie nk tahu, di sarawak pun KAMMI amat terasa kewujudannya.

Kelab Remaja HIKMAH dan KARISMA Sarawak amalkan bnd yg sama dgn KAMMI

Senaman Ruhul Jadid, Futsal every weekend,

usrah, pengembangan ilmu dan perluasan tarbiah...

Tanpa Nama berkata...

nak tahu kenapa kita lemah? sebab kita byk meeting, tapi satu per sepuluh je yang kita buat. Lepas tu, ramai ahli gerakan tak tau apa2 pasal negara sendiri. Kampus sendiri pun kadang2 x kenal...mcmn nk bawa gerakan?

Kalo meeting pulak, duk bincang benda2 yang mustahil utk berjaya. Sedangkan imam hasan albanna pernah cakap bahawa, mudahkan urusan kerana kita ada byk lagi urusan. Kita bukan gagal, tapi kurang berjaya...sebab kita byk cakap dari buat...betul tak ustaz?

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE