Sabtu, 7 Februari 2009

FIKIR-FIKIRKANLAH


“Sudah tiba masanya untuk kita menzahirkan tarbiah". Ini pandangan saudara Dzul Khairi Mohd Nor, Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) sebaik sahaja beliau pulang ke tanah air pada pada 2 Februari lepas selepas 5 hari berada di Acheh, Indonesia.

“Malah jika dalam politik kita boleh tahalluf, maka tidak mustahil kita turut mendapat tenaga beberapa pakar untuk membantu kita dari sudut tarbiah. Ramai ahli Partai Keadilan Sejahtera (PKS), ahli gerakan Islam Fatani dan lain-lain yang sedang menetap di Malaysia dengan tujuan belajar dan lain-lain. Maka kita gunakan kepakaran mereka dalam keadaan terkawal." ujarnya.

“Kita juga mesti mencari sesuatu yang lain kini. Tarbiah dan ilmu yang pernah kita dapat selama ini, kita zahirkan. Sementelahan itu, kita mencari sesuatu yang lebih istimewa untuk kita. Barulah kita boleh bergerak laju sesuai dengan peredaran politik pada masa kini", tambahnya lagi.

Inilah beberapa perkara daripada sebanyak-banyak perkara yang beliau mahu sampaikan. Selain itu, saudara Dzul Khairi juga berhasrat menyebut satu kelemahan utama gerakan kampus yang mesti diperhatikan. Berikut adalah petikan ucapannya apabila ditemuramah oleh krew Gamis Daily sebaik sahaja tiba di Kuala Lumpur.



Perkara terutama: Kita tiada wahdah yang qawiyyah. Sebagai contohnya, gerakan UM tidak merasakan mereka sebahagian dari UIAM. UKM tidak merasakan mereka sebahagian dari Insaniah. Kias tidak merasakan mereka sebahagian dari UTP. Mereka hanya berada dalam blok kampus yang telah disekularkan untuk kita. Kita hidup dalam dunia kampus kita semata-mata.

Maka natijahnya, berapa ramai ahli gerakan UM yang telah mencapai kemenangan dalam PRK yang turun ke UIAM semasa keputusan diumumkan untuk memberikan semangat kepada UIA kemudiannya? Berapa ramai ahli gerakan di kampus lain yang tidak terlibat dalm PRK namun mereka memberikan sumbangan kepada kampus yang bertanding? Berapa ramai pula yang kesedihan apabila kita belum mencapai kemenangan di dua kampus yang besar iaitu UPM dan UKM?

Semua ini kerana mereka merasakan kampus mereka adalah mereka, sedangkan kampus lain adalah hak orang lain. Inilah sekular pemikiran dan kejiwaan.

Saya nak lontarkan kepada anda, Janganlah angkuh !!! Meskipun anda berada di kampus yang kuat, jangan berasa diri anda ekslusif dan hebat sehingga tidak boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kampus lain.

Kesan jangka panjangnya ialah, apabila keluar bekerja kelak, masih lagi wujud blok kampus. Pimpinan dalam PAS sebagai contoh, ada yang berbangga dengan kehebatan kampus mereka masa dahulu. Begitu juga pimpinan dalam UMNO. Lalu mereka mengkritik kampus yang tidak mereka sukai. Inilah sekular kejiwaan!!!

Entahlah mengapa, hati saya sedikit terguris. Apabila diwujudkan cadangan supaya semua gerakan kampus menggunakan nama Gamis, maka ada yang menolak dengan alasan yang mengguris. Alasannya ialah, terdapat kampus yang sudah terlalu kuat dan mereka kuat bukan kerana Gamis. Maka kenapa mahu dinamakannya Gamis?

Arab terlebih dahulu Islam berbanding Mesir. Mesir terlebih dahulu Islam berbanding Sepanyol. Namun ini tidak menghalang mereka membentuk khilafah. Dalam Kesatuan Eropah (EU), mereka bersatu dalam satu komuniti dengan bertujuan: Negara kaya dengan membantu yang kekurangan. Yang kaya boleh meneruskan kekayaannya tetapi dalam masa yang sama mereka membantu negara yang kekurangan. Mereka mengetepikan egoistik yang bersarang dalam diri mereka.

Maka sehubungan dengan itu, saya menyimpulkan ada beberapa perkara yang perlu kita cermati bersama.

Pertama: Zahirkan tarbiah dan ratakannya

Kedua: Ahli gerakan mesti dibekalkan dengan ilmu yang lebih bermakna

Ketiga: Kesatuan kampus mesti diwujudkan


2 Cadangan/Pandangan:

Mohd Arif Juhani Abdul Rahman on 8 Februari 2009 pada 2:42 PG berkata...

tadi kata tahalluf..maka jangan pula bila bagi pandangan bentak orang untuksetuju dengan kita..tahalluf tu maksudnya kesepakatan..maka disini nama bukanlah isunya tetapi perjuangan..kenapa tidak sahaja gabungkan setiap pimpinan mahasiswa Islam kedalam satu label..seperti Mahasiswa Islam Muslih (MIM)...kenapa mesti Gamis sahaja..kenapa tidak gamis bergabung dengan pkpim dengan lain-lain pertubuhan mahasiswa dan merangka satu jenama baru bagi tahalluf ini...

Tanpa Nama berkata...

saya setuju dengan idea ustaz dzul. Yg ana nampak fenomena sekarang adalah disebabkan ke'aku'an yang masih ada dalam setiap diri bakal pemimpin yang akaan membebaskan masjidil aqsa ini.
Tiada dalam diri masing masing bahawa aku bekerja untuk Islam. Hanya untuk kumpulan masing masing atau kerusi dalam kelompok mereka sahaja.
Teruskan dan saya akan bersama anda

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE