Saya dijemput memberikan pengisian bertajuk, "Fenomena Usrah PMI". Saya datang dengan satu kesimpulan peribadi- Pasti ramai yang tidak bersetuju dan menentang gagasan pemikiran saya.
Saya tidak boleh mengatakan gagasan saya benar kesemuanya. Setiap orang memiliki daya mengukur sesuatu yang tersendiri, begitu juga saya. Pengalaman yang bercampur baur dengan keilmuan menentukan segalanya. Maka saya melangkah ke tempat program dengan satu keyakinan yang teguh, betapa orang akan menentang dan membngkang apa yang ingin saya bawa.
Ternyata telahan saya tidak meleset. Beberapa orang bangun dan memberikan kritikan demi kritikan meskipun dalam perkara kecil yang sedikit menggelikan hati. Dan saya yakin masih ramai yang tidak berpuas hati namun kesuntukan masa atau kemungkinan tidak pandai untuk menterjemahkan dalam bentuk kata-kata, mengkritik dan memberikan komentar yang terus-menerus.
Saya nyatakan kepada mereka awal-awal lagi bahawa saya akan memberikan dua komitmen terpenting. Pertama, saya akan mengutamakan perbincangan dua hala dan keduanya, saya sedia menerima sebarang kritikan meskipun tidak membina.
Saya dijemput memberikan pengisian bertajuk, "Fenomena Usrah PMI". Saya datang dengan satu kesimpulan peribadi- Pasti ramai yang tidak bersetuju dan menentang gagasan pemikiran saya.
Saya tidak boleh mengatakan gagasan saya benar kesemuanya. Setiap orang memiliki daya mengukur sesuatu yang tersendiri, begitu juga saya. Pengalaman yang bercampur baur dengan keilmuan menentukan segalanya. Maka saya melangkah ke tempat program dengan satu keyakinan yang teguh, betapa orang akan menentang dan membngkang apa yang ingin saya bawa.
Ternyata telahan saya tidak meleset. Beberapa orang bangun dan memberikan kritikan demi kritikan meskipun dalam perkara kecil yang sedikit menggelikan hati. Dan saya yakin masih ramai yang tidak berpuas hati namun kesuntukan masa atau kemungkinan tidak pandai untuk menterjemahkan dalam bentuk kata-kata, mengkritik dan memberikan komentar yang terus-menerus.
Saya nyatakan kepada mereka awal-awal lagi bahawa saya akan memberikan dua komitmen terpenting. Pertama, saya akan mengutamakan perbincangan dua hala dan keduanya, saya sedia menerima sebarang kritikan meskipun tidak membina.
Setelah saya pulahg sekalipun, masih ada yang menghantarkan SMS kepada saya untuk menyatakan ketidakbersetujuannya terhadap saya. Namun seorang sahabat saya yang satu batch dan pernah memegang jawatan bersama menyatakan rasa setujunya. Ia menyatakan kesetujuan itu setelah melihat suasana selepas melangkaui sempadan kampus.
Berikut saya menyebutkan semula beberapa kontroversi yang timbul dalam pembentangan saya:
1) Silibus tidak penting. Ia hanya rujukan kecil untuk nuqaba'.
2)Beberapa tajuk harus dihapuskan seperti konsep ibadah dan konsep akhlak.
3) Beberapa tajuk mesti digabungkan termasuklah aqidah dan tuntutan syahadah.
4) Usrah bukan tempat mencurahkan ilmu.
5) Sistem pentarbiahan ahli gerakan banyak yang perlu diperbaiki.
6) Borang kaji selidik yang menekankan keilmuan dan penghafalan adalah satu konsep yang tersilap.
7) Usrah tempat mengikat pertalian ukhuwah dan membentuk kefahaman. Sekali lagi, bukan tempat mencambahkan ilmu pengetahuan.
8) Kefahaman tidak semestinya lahir melalui keilmuan.
Ada banyak lagi polemik dan kontroversi yang mungkin tidak terungkap oleh jiwa-jiwa yang tidak berpuas hati dengan saya. Namun ini merupakan perkembangan yang bagus apabila ada orang bangkit menyatakan pendirian masing-masing dan menafikan pandangan ana.
Apabila saya pulang, saya menjelaskan pada sahabat saya, usrah bukan tempat keilmuan, tetapi tidak semestinya keilmuan tidak boleh dijadikan elemen dalam usrah. seperti padang bola, bukan tempat untuk berusrah tetapi boleh je berusrah di situ. Kedai kopi adalah tempat untuk minum dan makan, tetapi boleh je mesyuarat dan berbincang di situ. Apapun, usrah tetap merupakan bukan tempat membina keilmuan sebaliknya kefahaman dan kekuatan kendiri.
Mungkin anda turut tidak bersetuju dengan saya.
12 Cadangan/Pandangan:
assalamualaikum
saya setuju kot
emmm ana pun setuju...
ana nak komen mengenia silibus
cuba kita perhatikan selama ini sejauh mana kita mengikut flow silibus yg kita bina...kadang2 silibus tu terlalu tinggi untuk dijangkau oleh kita dan kadang2 terlalu rendah, pendek kata kita tak dapat nak mengikuti spenuhnya kehendak silibus
ana setuju sgt2, mmg tu la pengalaman ana bawak usrah. Dan ana sendiri akui, lepas graduat, cara usrah yg dibuat dikampus tidak dpt diteruskan (diselarikan atau disambung silibus) lepas graduat. maknanya, silibus usrah kampus tidak selari dengan matlamat utk ahli usrah graduat...fikir2kan wahai ahli jik semua...
Salam.....
Ana kurang bersetuju.....dan ada juga perkara yang ana setuju....
"Sesungguhnya disebalik kelemahan ada kelebihan"
Oh.. rupanya akhi pun merasakan kritikan ya.. Huhu.. Mungkin saya ni setahun jagung, tu yang habis kena hentam dah tak berapa nak tahan..
Saya tak faham.. Kenapa orang terlalu mengagung-agungkan kritikan. Kita hidup bukan bergantung pada mana yang paling betul, tapi mana yang paling kena!
Wallahu a'lam..
Bagi saya, apa pandangan akhi untuk mengubah tu tersangat-sangat kecil masalahnya.. Buang masa nak kritik.. Kalau saya setuju aja.. Inilah masa MEMECAH TRADISI!
salam ukhwah,
penulis kali pertama kontroversi secara tak sengaja,
Akmal Hakim
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah ana bersetuju dgn apa yg akhi sampaikan krn pd ana usrah memang sepatutnya bkn mcm tu tapi usrah adalh tempat utk kita b'kongsi segala permasalahan hidup sama ada yg bersifat peribadi dan universal. Di mana ana juga adalah slh seorg naqibah kampus. Apa yg ana praktikkn adalah dlm bentuk perkongsian hidup yg bermakna dgn anak2 usrah ana. Sebnrnya ana cukup tdk bersetuju dgn silibus usrah kampus namun ana tdk menafikan yg silibus itu sekadar rujukan jika perlu shj. Apa yg penting ialah dalam usrah ini kita perlu menelusuri setiap ceruk permasalahan hidup setiap ahli2 usrah agar product yg dihasilkan kelak adalah product jundi2 yg hebat dan mujahid/ah2 yg tahu dan faham tentang perjalanan yg ahli2 gerakan perlu lalaui di sepanjang fasa kehidupan baik di alam kampus, baik di alam kerjaya mahu pun rumahtangga kerana tujuan usrah diadakan bukan untuk jadi pusat ilmu tapi sebagai pusat untuk merungkai setiap permasalahan ahli, baik dari segi akademik, mahupun kewangan dan juga masalah2 yg berkaitan dgn kehidupan kita setiap hari. But then, if usrah boleh mencambahkan ilmu,itulah yg TERBAIK (trademark RAFIDAH JANNAH). Namun silibus itu kalau perlu jgk, hendaklah di 'upgrade'kan sesuai dgn 'level' pemahaman ahli2 usrah itu sendiri. Amboi panajang la pulak! X pe nanti ana hurai lebih panjang lagi dlm blog ana pulak ye coz ana menulis berdasarkan pengalaman sendiri sepanjang hampir 6 tahun berada di kampus. Menulis ni pun masalah jgk, susah nak berhenti kalau idea2 tgh mencurah2, cheah... mencurah2 macam hujan lebat tu. :-)
Tiada satu cadangan sesuai untuk semua orang kerana keadaan yang berbeza...dalam berusrah, silibus hanya memberikan idea tajuk untuk pengulasan namun segalanya bergantung pada kekreatifan naqib/ah...bagaimana ingin menyampaikannya pula bergantung pada adik2 usrah..
tahniah kpd ust zul krn cuba mencetuskan idea baru
pada padangan peribadi ana, ana rasa, semua jik perlu sedar ttg amanah sebagai gol profesional (kecuali mmg dlm bidang agama).
Maksud ana, setiap kerjaya yang diambil oleh jik sememangnya menjadikan mereka sibuk dan kurang masa untuk tarbiyah diri seperti mereka2 yang sememangnya berada dlm bidang agama.
Jadi, bagi ana, kita patut merancang silibus dengan matlamat gol profesional seperti ini tidak meninggalkan "Islam" dalam setiap perlaksanaan kerjaya mereka.
Ana cukup tidak bersetuju dengan ungkapan: "Utamakan jemaah dari belajar"...ungkapan ini mungkin tidak tersebar, tetapi hakikatnya mentaliti kbykn ahli jik adalah begini...hingga ada yang keluar dari kampus, tidak tahu hala tuju sebenarnya....sedangkan masa dulu aktif j. Fikir2kan...
assalamualaikum akh.. sebenarnye ape yg tersingkap melalui pandangan akh lahir drpd pengalaman akh memerhati cause and effect berikutan tarbiah yg berpusing d sekitar akh..
ana bersetuju dengan pandangan akh atas sebab pengalaman dan pengamatan ana sendiri n hormat ana kpd pemerhatian akh terhadap keperluan setempat. ala kulli hal, sememangnye mind-set shift tu lebih penting drpd curahan2 ilmu yang disuap kpd ahli usrah. kerana usrah bukanlah ta'lim scr konsepnye walaupun boleh diselitkan di sana pengajaran2 yg sesuai. manhaj sepatutnye disusun untuk melonjakkan diri seseorang menuju untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik daripada diri sendiri.
kita dpt tgk brape ramai ahli usrah yang hanya mahu disuap dgn 'tarbiah' tanpa dilatih untuk melonjak diri mencari sesuap 'tabiah' untuk diri sendiri. dengan ini ana maksudkan mujahadah diri untuk melakukan perubahan pemikiran dan sikap. akhirnya, apa yg dibuat adalah turutan tradisi, hilang ruh dan jiwa pentarbiahan yang sepatutnye dihasilkan. dan masalah yg same terus menghantui pimpinan terhadap sikap ahli2 usrah. ini semua hanyalah kerana diri yg tidak sudi berubah untuk mengubah suasana yg sudah berubah mengikut zaman dgn keperluan yg berbeza.
jadi sememangnye penting langkah itu disusun dengan mencari masalah pokoknya, iaitu melalui pendekatan tarbiah. silap susun tangga tarbiah, silap juga langkah yang akan dihasilkan. mudah2an Allah 'Pendidik sekalian makhluk' memberi didikan kepada kita dgn sebaik2 tunjuk ajar.. wallahua'lam.
>bukan mudah untuk merubah persekitaran yang tidak mahu diubah<
Ana bersetuju..tiada masalah untuk semua cadangan diatas. pokoknya kita lahirkan anak usrah agar mereka memahami gerak kerja amal islami dan, dengan sendiri mampu menggerakkan diri guna perjuangan ISLAM. Pembawakkan usrah adalah satu seni, sebagimana memimpin, mentadbir dan mengurus ..apatah lagi berpoltik. Tidak ada satu stigma yang kita perlu berpegang teguh kepada pemikiran lapok dan mengabaikan idea yang lebih baik pada masa depan.
Asasya , perkara prinsip dan furk kita mesti jelas lah...
Cuma masalahnya, sediakah naqib ni tadi berubah dan menjadi murabbi yang sukses???
Persoalan yang ana sediri sukar menjawab dan antara faktor kegagaln usrah di kampus!
salam
ana setuju usrah bukan tempat mencurah ilmu
tapi medan perkongsian dAN PERBINCANGAN..
dari situ pemikiran bercambah..dan at last usrah tu mampu menghasilkan individu yug berpotensi
tapi cadangan nak buang konsep aqidah dn akhlak dalm silibus usrah ana tak setuju
sbabnya konsep ibadah penting
bukan sume ahli usrah kita yg o.k dari sudut ibadahnya
cth
skiranya ahli usrah tu bukan dari golongan yg sedia ada baik
bukankah usrah tu medan utk membimbingnya juga dari aspek ibadah
tetap perlu ditekankan tapi bergantung rpada ahli usrah kte tu camne...
usrah adalah perkongsian masalah
ana sangat setuju
dan ituah yg ana cuba wujudkan dalam usrah ana
permasalan huidup yg dibuincangkan tu dalam bentuk praktikal..
malah itulah yg mengikat ukhuwwah antara ahli usrah
dah nampak fungsi usrah kat situ iaitu mnjaga kebajikan ahli usrah ...
betul silibus tu just sebagai rujukanje
ada usrah yg terlalau fokus pada silibus sehingga kan aspek lain yg penting yg boleh dimasukkan dan dibincangkan dalam usrah diketepikan
skop perbincangan dalam usrah ituu seolah olah disempitkan...
kadanng2 usrah jadi tak menarik sebab terlalu nak ikut silibus dan tak [pandai pulak nak pelbagaikan kaedah penyampaaian...
Catat Ulasan