River View atau nama manjanya, RV adalah nama rumah saya dan sahabat-sahabat. Macam-macam nama rumah pencinta gerakan Islam di kampus. Ada RO atau Rumah Omar. Ada RS atau Rumah Sumaiyah. Ada RZ atau Rumah Zainab. Malah ANW, merujuk kepada Anjung Wahdah. Sahabat-sahabat saya pula, lantaran rumah sewa kami berdekatan sebuah longkang besar, maka terpalitlah nama River View.
Pandangan sungai, mengalir tanpa putus dan tak termampu untuk disekat. Pemikiran yang sentiasa mengalir dan memberikan impak yang besar dan menggemparkan. Jangkauan pembacaan yang di luar suasana keselesaan dan biah kebiasaan.
Akhirnya kami memutuskan untuk mengadakan kuliah bulanan. Alhamdulillah idea itu keluar menyusup dari benak akal saya. Akal saya tidaklah besar dan luas, namun hikmah itu adalah barang hilang orang mukmin, mungin akan terkeluar daripada orang biasa.
Saya sangat gembira apabila kuliah anjuran kami mendapat sambutan yang memuaskan. Orang yang kami jemput pun bukan calang-calang. Prof Madya Kamil Abd Majid berpengalaman dalam bidang dakwah telah berkongsi pengalaman beliau yang luas. Yang menarik adalah ideanya berkaitan akhawat atau perempuan. Mungkinkah satu masa nanti ustazah yang akan menyampaikan kuliah Maghrib di masjid-masjid?
Prof Madya Dr Fauzi Hamat pula terlatih dalam bidang pemikiran kritikal. Beliau mendedahkan siapa beliau yang sebenarnya. Beliau banyak berkongsi berkaitan kesufian dan kebersihan hati.
Mungkin yang ketiga sangat menarik. Jika beberapa ‘orang’ tahu siapa orang kami jemput, pasti dikatanya kami kini bercelaru fikrah. Kami dengan berani dan tekad menjemput Dr Azizan dari fikrah yang berlainan, atau lebih tepat Naib Presiden 3 Haluan datang menyampaikan kuliah berkaitan tarbiah.
Mungkin adat orang Kedah. Cakapnya sedap dan bersemangat. Memukau dan mempesona. Menguja dan meng’terkesima’. Alangkah asyik-makhsyuknya kami dibuai semangat dan pengetahuannya. Ya, sangat kami terpesona.
Kuliah bulanan kami ini memberikan petanda yang jelas, bahawa rumah jamaah perlu dihidupkan dengan pelita ilmu. Jangan dibiarkan begitu sahaja. Perkembangan dan perluasan ilmu perlu diteruskan dan dijadikan agenda dalam mana-mana sahaja rumah jamaah.
Apatah lagi majoriti rumah kami dihuni oleh mantan pimpinan Persatuan Islam (PMIUM), maka lagi-lagilah kami mesti menghidupkan budaya ilmu. Budaya ilmu inilah budaya masyarakat bertanadun, budaya masyarakat Athens yang diteladani, budaya Andalusia yang pernah memahat sejarah.
Jangan terkejut kelak, jika ilmuan lahir subur hasil daripada kuliah bulanan yang hanya di rumah.
Inilah Teknik Seni Bela Diri di Avatar, The Last Airbender
Sehari yang lalu
6 Cadangan/Pandangan:
salam...jgn lupa jemput kami ke RV
"Yang menarik adalah ideanya berkaitan akhawat atau perempuan. Mungkinkah satu masa nanti ustazah yang akan menyampaikan kuliah Maghrib di masjid-masjid?"
ana membayangkn zainab al-ghazi versi baru.. mungkinkah..? wujudkah..?
tolong jemput en.sayed munawar (tv1)
Salam.....
rindu rasanya pd rumah J...disitu segalanya bermula...
dr alam jahiliah ke alam tarbiyyah...
blh tak nak dpt kan info ttg zainab al-ghazi..
mna tau blh buat inspirasi...
surf kt net xde..
Catat Ulasan