Saya mula dikenalkan dengan gerakan Islam ketika berada di Nilam Puri. Cawangan Akademi Pengajian Islam di sanalah bertapaknya.
Saya mula dimomokkan dengan beberapa istilah arabic secara bertubi-tubi sehingga saya tanpa rasa silu untuk menyatakan, saya agak menyampah dengan momokan berlebihan tersebut. Benarlah, benda baik mahupun, jika berlebihan hanya menatijahkan perasaan geli geleman dan loya.
Antaranya istilah biah solehah. Istilah itu baik, malah perjuangan saya, memang ke arah mencapai matlamat itulah. Namun apabila setiap hari dimomokkan dengan biah solehah, rasa bosan mula hinggap dan menjentik hati saya. Begitu juga dengan ikhtilat, letih dan penat telinga saya mendengarnya.
Jangan melampau dan janganlah longgar pula. Islam ini mudah, maka jangan permudahkan lagi sehingga melebihi batasan yang diizinkan.
Abu Darda’ apabila diminta untuk menyampaikan tazkirah setiap hari menolaknya lantaran bimbang gangguan kebosanan singgah bertapak dalam hati sahabat yang lain. Erti kebosanan ini jugalah yang cuba dielakkan oleh Nabi SAW. Ya, malah nabi pun berhati-hati agar tidak menghadirkan kebosanan dalam diri para sahabat.
Saya tidak tahan mendengar laungan biah solehah. Apa kriteria biah solehah yang menjadi gagasan perjuangan di bumi tarbiah itu. Apakah hanya dengan mengadakan program keilmuan, terjaganya ikhtilat, muslimin dan muslimat berjalan jauh-jauh, itu dinamakan biah solehah? Saya rasa penilaian itu masih terlalu lemah. Saya sendiri tidak terfikirkan soal kriteria itu dalam tempoh yang sangat panjang dan saya tidak segan untuk mengatakan, saya kesesatan dalam tempoh yang panjang dan lama.
Apapun, Nilam Puri banyak mengajar saya. Teoretikel dan praktikal, cuma praktikalnya masih terselindung di sebalik awan gemawan yang gelap. Kami tenggelam dalam keasyikan berusrah sesama kami namun impak dan implikasinya tidaklah setara mana. Kami tenggelam dalam asyik-makhsyuk melaungkan nasyid jihad dengan suara yang jitu walhal jihad kami entah di mana. Alam eksklusif, tarbiah terlalu eksklusif untuk kami, dan kami sekadar mampu melahirkan ahli bahkan pimpinan yang malas berusrah.
Ini semua nature yang melemahkan. Pengalaman saya tidaklah perit malah membanggakan, cuma ia perlu diteliti semula dan diadakan satu proses pemerkasaan yang jitu dan padu. Usaha meratakan tarbiah agar semua dapat mengecapi kelazatan ber’tarbiah’ perlu dikonseptual dan diimplementasikan.
Hanya sekadar berbangga sebagai satu alam tarbiah, ia tidak ke mana-mana.
Inilah Teknik Seni Bela Diri di Avatar, The Last Airbender
Sehari yang lalu
9 Cadangan/Pandangan:
Assalamu'alaikum w.b.t.
Saya setuju dengan ulasan di atas.Kami d 'sini' juga mengalami masalah yang sama.
Pimpinan terutamanya yang mendukung unit tarbiyah sangat sedar betapa pentingnya tarbiyah.
Namun bilamana di beri tanggungjawab untuk mendokong tarbiyah, pasti perlukan gesaan @ pujukan, even paksaan.
Tarbiyah susah, masalah yang sama, xpernah selesai, bosan, meluat n so on...
Jika orang yang tidak pernah terlibat dalam gerak kerja tarbiyah mungkin x mustahil @ x pelik untuk berkata begitu, tapi yang mengeluarkan keluhan itu adalah yang mendokong tarbiyah sendr.
Bagaimana mahu mentarbiyah orang lain jika diri x cukup 'didikan' lagi??Erm ,pasti ada sometging wrong somewhere dalam tarbiyah tersebut....tapi apa?
Bagi pandangan ustaz...
bismillah..
ana setuju dgn pndangan ust.. 'capurisation' istilah2 arab dlm medan tarbiyyah sedikit sbyk bg kesan pd mad'u lebih2 lg yg bkn dr sekolah agama aka x bljr arab.. yg ingin disampaikn mgkin mudah tp mnjadi kompleks bila bahasa mnjd pnghalang..
di atas adalah dapatan kajian kami..
'laa kulli hal, camurisation ni boleh mnimbulkn zouk << bg ana.. tp dlm usaha mntarbiyyah dr pringkat bwh dn dlm usaha pnyampaian itu berlaku dgn lebih efisien, mgkn perlu di kurangkan sedikit..
wallahualam..
salam,srnok mmbaca pdgn abg dzul.ada benarnya jg wlupun bkn 100%..nmun utk sdr asrar: saya mlht isu bhsa arab yg sdr bgkitkn, sbnrya bkn pghlg atau pnybb ksukrn mympi smj trbiah..bhkan brapa bnyk shbt2 yg dtrbiah ddlm kmpus yg brorientsikn akdmik (bkn pgjian islam) dn trpksa bhdpn dgn pgunaan bhsa iggeris dlm dskusi2 trbiyyah..dn sbginya.brapa rmi yg tdk dpt kuasai bhsa trsbut..sdgkn trbyyh itu pkra dr Islam dn Islm itu mmg sumbernya mlalui bhsa arab.jika klimh bhsa arab itu ditkr atau dfhmi mlalui bhsa lain, sudh tntu kita akan mndpt pmhmn yg 'tidak asli'..isunya adalh bgimana pgerk trbiyyh itu bijk mghdpi kplbgian mad'u yg bru dikader atau mhu dikader..tk tmbul isu bhsa arab..shbt2 di uk pun trbyyh guna istlh2 arab..so,tk prlu tkut dgn istlh2 itu.mad'u tk kan lari..bnyk lg sbb2 lain yg mnybbkn ke'boring'an mad'u dlm trbyyh..skdr pdgn prbdi saya.wallahua'lam.slm pjugn.
assalamualaikum..
kebosanan tersebut mungkin hanya pada zaman al-akh zul.. zaman ini tidak lg.. malah,istilah biah solehah sudah kurang terdengar..
kasihan Nilam Puri,mendapat imej buruk daripada bekas pimpinannya sendiri.
tutup sajalah Nilam Puri, tak ada guna.
anda sendiri lihat bagaimana bekas pimpinannya memburuk-burukkan imej 'bumi tarbiyahnya'.
hahah,lawak2. kasihan
Assalamualaikum ust zul yang sangat sy segani. Saya kira entri kali ini sangat menarik perhatian saya. Bukan kerana bersetuju, tetapi untuk memberi pendapat kurang bersetuju. Saya tampil dengan penuh rasa rendah diri kerana saya masih di NP dan bakal ke KL.
Saya percaya dan yakin bahawa apa yang ust katakan ini adlh berdasarkan pengalaman ust sendiri. Namun, saya kira pengalaman dahulu tidak sama dengan apa yang berlaku kini. Setiap mutarobbi melalui zaman yang dicipta oleh murobbi mereka.
Nilam Puri adalah faktor penting penghasilan produk-produk Islam yang unggul. Berani saya katakan, jika tidak ada tarbiyah seperti tarbiyah di NP, tidak akan lahir produk-produk seperti abang2 dan kakak2 yang berada di lapangan yang lebih besar kini, tidak kira di kampus KL atau sudah ke alam masyarakat.
Tarbiyah NP bukan hanya tarbiyah teori, malah tarbiyah praktikal. Saya tidak nafikan, mungkin ada individu yang kurang berjaya mempraktikalkan teori yang telah mereka dapat di NP. Tetapi jangan lupa, berapa ramai individu yang telah berjaya menjadikan tarbiyah NP sebagai batu loncatan untuk menjadi syabab yang hebat. Ust Zul, Ust Azlan, Ust Shazni Munir, Ust Hafiz Ilyas, Ust Aizat, Ust Hafizudin, kak Hayati dan senior2 yang lain adalah figure2 yang saya kira berjaya merancakkan tempo perjuangan mereka apabila berada di lapangan lain setelah NP.
Saya bersetuju dengan 'arruhuljadid', penggunaan istilah tidak perlu dijadikan sebagai masalah. Malah, istilah tersebut digunapakai di kebanyakan tempat. Tetapi jika istilah masih mengundang masalah, tukar sahaja. Ia adalah perkara yang sangat kecil dan fleksibel.
Namun, saya rasa penting utk kami di NP mengambil point2 dlm artikel ini sebagai cabaran kami untuk terus maju di NP :
1-keluar dari gumpalan awan yang menyelindung kami daripada praktikal
2-memperkasa gagasan Biah Solehah
3-menukar suasana eksklusif kepada inklusif
4-memperluas sasaran tarbiyah
5-rebranding usrah
Mungkin komentar saya ini dianggap teori semata-mata kerana saya masih di NP. Apa yang pasti, NP juga adalah medan perjuangan.
Maaf andai ada khilaf. Mohon tunjuk ajar, saya budak baru belajar. :)
assalamu'alaikum w.b.t... ada benarnya pendapat akh dzul.
benarkah tarbiyah nilam puri benar2 menghasilkan ahli gerakan yang produktif dan efisien?
jika benar, mngapa berlaku keciciran ahli yang tidak kurang banyaknya di peringkat awal pengkaderan di kampus induk?
ini boleh dimaafkan lagi, tapi lupakah kita pada bekas YDP NILAM PURI sesi lepas? betapa tidak setujunya beliau terhadap sistem pembawakan kita? tambah teruk, beberapa ahli mula menjauhi dan lari dari sistem.
belum lagi cerita perihal beberapa ahli dah mula meluat tentang program2 yang dirancang di peringkat ahli sendiri. benar, kita terlalu ekslusif. lihat saja pada program dan ceramah dianjurkan, siapa yang hadir?
mad'u juga sangat jauh dgn kita hingga terbuka luas jurang antara mereka dan kita yang kononnya tsiqoh. apakah mereka takut kepada kita? apakah mereka janggal kepada kopiah dan tudung labuh kita? atau mereka mula takut dan tidak faham gaya bahasa kita sehingga meluat dengan apa yang disampaikan? atau apakah kita dah mula malas untuk turun mendekadi mereka, atau dah mula gentar mendepani pelbagai ideologi atau kita tidak berani berubah dan berijtihad?
benar, ada beberapa individu yang namanya disebut2. tapi tahukah kita, ada banyak lagi nama yang telah hilang dari sebutan hingga tidak tahu di mana mereka lari padahal mereka masih di kampus. belum lagi bersembang tentang mereka yang dah lesap entah ke mana selepas grad. itu sememangnya menjadi perkara sama yang diulang oleh hampir seluruh generasi.
juga dengan kebanyakan ahli yang hanya 'copy n paste' sahaja apa2 perkara yang lama termasuk sistem dan cara pengurusan hingga tidak mampu untuk memikirkan suatu perubahan baru. perubahan sistem yang mampu mengejar perubahan dunia sekeliling. adakah kita takut untuk berubah hingga menolak idea2 perubahan?
pahit namun jujur saya katakan, kita terlalu suka menjadi pak turut, stereotaip, ekslusif, tidak telus dan terlalu takut untuk berubah!
tahniah kpd adikku layyinun harir..dikau telah matang sebelum usiamu.walaupun akk tidak mengenali dirimu,tapi daripada bait tuturmu akk kagum,biar pun yang dik tegur merupakan PRESIDEN GAMIS, tapi masih bermkna penuh kesopanan,itulah yang mendidik kami anak-anak n.puri,Biarpun tarbiyyahny sering dipersenda,dijual beli oleh sesetgh pihak yang berpaling tadah apabila di kl,namun,jangn dilupai, masih ada yang menghargai,yang dahaga kan suasana ISLAM.bagiku Nilam puri sebagaimanaku hayati sangat Indah tempatnya,seumur hidupku telah kutemui institusi peng.tinggi yang sangat tingginya ISLAM dijunjung.YA TUHANKU..terima kasih kerana DIKAU pernah memberiku peluang hidup disana,walau seketika cuma..ku bersyukur YA ALLAH..Diriku KAU didik dengan hiasan muslimah,yang dahulunya ku gersang mencari.Diriku jua KAU pamer akhlak ISLAM yang ku sendiri dahulunya sukar untuk mempraktik.aku gembira bergelar ISLAM di sana,fitrahku terasa selesa..Adakah masih dapat ku temuiNYA lagi disini??
biasala manusia..sering merasa tidak puas dengan anugerah sedia ada..bila hilang, mungkin br akan teraba2..bersyukurlaH walau dimana kita berada..DIMANA BUMI DIPIJAK, DISITU ISLAM DIJUNJUNG..
Catat Ulasan