Ahad, 1 Mac 2009

NATURE


Saya baru pulang daripada Akademi al-Fatih. Programnya sangat memberangsangkan dan jiwa saya sangat terbuai. Akademi al-Fatih menyediakan program yang lain daripada yang lain.

Ada pengisian, slot al-Quran, main-main perang, analisis video perang, mengimbau semula kenangan khilafah ketika berpuasa dan tidak lupa riadhah antaranya bersilat.

Saya memberitahu sahabat-sahabat saya, "Kalau begini, Hizbul Tahrir pun akan respect dengan kita".

Akademi al-Fatih saya sifatkan agak unit. Tidak pernah-pernah saya ke program yang mana, setiap kumpulan ada laungan tersendiri. Maksud saya, tamrin. Kumpulan mereka berdasarkan nama-nama sahabat dan pejuang unggul terdahulu. Penat memang penat, tetapi keseronokan telah melupakan saya.




Saya tidak silu mengucapkan tahniah dan syabas kepada sahabat saya Rafidah Salleh, Naib Presiden 1 Gamis. Saya agak, beliau mempunyai ketrampilan yang sangat mengasyikkan sehingga adik-adik menubuhkan "Kelab Peminat Rafidah". Syabas. Saya belum berjumpa dengan muslimat seberani dan sebagusnya. Berkarismatik dan berwibawa. Saya pun banyak belajar daripadanya.

Saya sebenarnya sangat bersetuju dengan pandangan Ust Hasrizal ketika berbincang di rumahnya. Nature menentukan sesuatu. PAS dengan nature politiknya sehingga PAS agak lemah dari sudut tarbiah. Pasti ramai yang marah dan melenting dengan dakwaan ini, namun terpulanglah.

Dewan Ulama pula dengan nature Kelantan dan Terengganu nya. Berkuliah dan berceramah. Ia membosankan. Jangan silap faham. Saya tidak mengkritik ulama, sebaliknya saya mengkritik institusi ulama. Tapi senangnya, PAS memang tak menjaga sangat tarbiah.

Nature muslimah ialah Thiqah. Namun Rafidah dan kumpulan Kelwani cuba mengoyak-ngoyaknya. Mereka melemparkan jauh nilai "thiqah" yang terpegang selama ini, sehingga mereka mampu membawa nama GAMIS ke peringkat lebih jauh.

Nature Nilam Puri adalah bergelumang dalam dunia tarbiah, tetapi masyarakat sekeliling pun tidak mengenali apa tarbiah mereka. Saya tidak berjaya pada zaman saya. Namun saya berani mengatakan, antara faktor mengapa saya tidak berjaya adalah kerana nature. Berusrah sesama sendiri. Asyik bersama dengan kumpulan yang sama jenis. Tarbiah pun untuk yang sama jenis. Kaderisasi pun untk sama jenis. Akhirnya Gerakan ketandusan "Khalid al-Walid" dan "Ikrimah".

Nature Akademi Islam juga adalah keilmuan. Mereka belajar dan menambah ilmu, membentangkan kertas kerja dan tenggelam dalam kebasahan lautan teori-teori. Berdakwah pun sesama mereka. Tinggal dalam kalangan mereka. Lalu sepatutnya Akademi Islam melahirkan pendakwah untuk fakulti lain, tetapi lain jadinya. Ahli PMI dalam Akademi Islam lah yang sangat pemalas.

Saya tidak mahu menulis lagi. Nanti makin banyak hati yang terhiris dan luka-luka.









6 Cadangan/Pandangan:

muhammad hilmi zolkifli on 1 Mac 2009 pada 5:03 PG berkata...

Salam...
Sepanjang perjalanan pulang kami dari Kem Akademi Al-Fateh, kami tidak berhenti-henti membincangkan tentang pengalaman kami ketika menyertai kem ni...

"amat menakjubkan & bermakna" itulah yang mampu kmi ktakan... mudah2han kami yg akan menjadi Al-Fateh di tempat pengajian kami... teladan dari Amru bin Al-Ash yg membebaskan kota mesir dari penindasan akan kami teladani dan contohi...

Kami menunggu-nunggu follow up dari KEM akademi Al-Fateh yg kedua!!! pastinya lebih hebat... dan, InsyaALLAH,makin bertambah ramai penyertaan dari METC!!!

Tanpa Nama berkata...

salam,
abg dzul ana xdpt join akademi al-Fateh kali ni, harap GAMIS dapat teruskan lg program seumpama ini..

ZAUJAH NIZAM on 1 Mac 2009 pada 9:16 PTG berkata...

alhamdulillah..syukur tak terhngga krn diizinkanNYA utk menyertai progrm sebest dn sehebat ini.wpun join tak smpat habis krn ada perk yg perlu diuruskan tapi progrm ni menusuk ke jantung..

Miroe Khalil on 2 Mac 2009 pada 9:46 PG berkata...

askm

Miroe Khalil on 2 Mac 2009 pada 9:57 PG berkata...

askm, sy selaku ahli gamis sendiri nk bertanyakan soalan: kenapa gamis tidak selaraskan sistem tarbiah ahli j di semua kampus supaya pentarbiahan ahli J seragam dn sama tggi dgn ahli di um? mcm program akademik alfatih td, knp tdk diadakan di semua kampus supaya smua ahli dpt join program trsebut agar tarbiah diri pejuang islam jd mantap, dn permintaan klu blh ajak lah jiran um kt cfs uia pj skali sbb nk cntct dr sg prhubungan adalah mudah.

Tanpa Nama berkata...

sedih mendengar ahli yang mengaku sangat setia dengan PAS hanya mengomel kebobrokan yang ada dalam PAS..kita datang untuk 'mengubah", bukan menjadi manager sahaja..ramai dikalangan lepasan yang kononnya hebat dan mendapat tarbiyyah kampus, tp tidak turun ke kwsan2 PAS..lalu bila PAS masih ditakuk lama..kita hanya membebel didalam blog..sedih kalau ustaz idris dengar..cuba lihat bengkel nuqaba' yang diadakan br2 ini..bp kerat je dikalangan bekas mahasiswa yang datang..bermakna bape kerat shj bekas fresh mahasiswa yang bawa usrah dikawsan..ini bhgn wilayah persekutuan..belum masuk negeri2 lain lagi..sama2 lah kita bermuhasabah..mencerca PAS diluar kelompok orang2 nya..ibarat meludah kelangit..akhirnya jatuh ke muka sendiri..tubuhlah berpuluh akdemi sekalipun..PAS akan tetap ditakuk lama..kerana ahli2 nya sentiasa ingin melangkah mengikut gerak tari sendiri..wallahualam..

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE