Isnin, 2 Februari 2009

PEDAGOGI DAN ANDRAGOGI


Antara pedagogi dengan andragogi, mana satu teori yang sepatutnya terguna pakai?
Pedagogi adalah seni mendidik keanak-anakan.
Andragogi pula seni mendidik kedewasaan.
Maka apabila bertembung dua teori agung ini, mana satu pilihan kalian?

Pedagogi bersifat: Guru mengguru, murid pula menggurui.
Guru mengajar, murid diajar.
Guru membentuk, murid dibentuk.
Guru membebel, murid dibebeli.
Guru mengarah, murid dimarahi.

Ia bersifat membentuk kepompong tanpa boleh ada gelengan melainkan hanya anggukan rela, redha dan pasrah.

Andragogi pula bermaksud: Guru berbincang, murid membincangkan.
Guru mengajar, murid bertanya dan mempersoalkan.
Guru membentuk, murid mengembangkan.
Wujudnya budaya dialektik, dialog dan wacana yang mencanai.


Pedagogi sedikit diktator dari sudut pemerintahan minda.
andragogi pula lebih kepada seiring membentuk, sejalan mencorak. Guru sebagai fasi yang membantu perkembangan murid.

Pedagogi lebih kepada pembentukan sikap dan sifat.
Andragogi lebih kepada membentuk otak dan akal.

Jadi, nama satu pilihan anda? Atau anda mahukan satu teori gabungan ?

7 Cadangan/Pandangan:

Tanpa Nama berkata...

Andrapeda

Tanpa Nama berkata...

pendragogi-gabungan mantap

Tanpa Nama berkata...

saya cdgkn berus gigi dan ubat gigi..:)

nur on 4 Februari 2009 pada 9:38 PG berkata...

Salam...
Well...i think andragogi most suitable than pedagogi.....tp apa2 pun yg paling penting ialah kerjasama.....tanpa guru siapalah kita dan jika murid tiada maka guru nak ajar siapa?Semuanya terpulang pada kita nak pilih yg mana kerana setiap pilihan adalah terbaik namun pilihlah yg terbaik kerana seorg dai'e yang terbaik adalah yang pndai menganalisis suasana yg berlaku disekitarnya.So,selamat memilh kepada semua........

Tanpa Nama berkata...

andragogi lebih baik sebab pembelajarannya dan acquisition of input, learning environment bersifat matang dan kedewasaan.

namun,..Ada setengah benda memerlukan pengamaln pedagogi dan ada yg memerlukan andragogi.

jgn silap tafsir pedagogiyg kononnya asyik menuruti je cakap guru.

pedagogi lebih kepada bimbingan untuk golongan yg mungkin memerlukan support dan masih banyak kekurangan yg perlu diselidiki satu2 permasalannya,ditunjuki one by one cara yg nak digunakan utk selesaikan sesuatu masalah

sampai satu tahap andragogi akan menggantikan pedagogi iaitu apabila students atau anak didik kita dah matang
dah boleh menganalisis, berfikir dengan kreatif, menilai dengan kebijaksanaan..

seterusnya kedua dua peda n andra ni boleh digabungkan biar sebati ..
maksudnya boleh je nak guna dua dua

kadang2 kita perlu berguru dengan seseorang dan mendengar..
kadang2 ada masa kita nak juga berdiskusi dengan guru , berbincang in-depths tentang sesuatu.. dll..

Tanpa Nama berkata...

ni silapnya
ornag yg nak mendidik
kadang2 mengetepikan soal pedagogi
bagi saya pedagogi ni penting andragogi pun penting
dan gabungan kedua2nya pasti lebih menghasilak kesan yg efektif khususnya pada anak didik atu dalam konteks usrah,kepada anak usrahdalam konteks organisasi kepda anak ank buah

ok
pedagogi = pembentukan sikap
andragogi= pembentukan akal
bukan ke siakap dan sifat banyak mempengaruhi perkembangan akal sesorang

cth> kalau seseorang individu malas nak berfikir , pemalas la umumya..agaknya adakah orang itu bisa mengoptimumkan pemikiran n kreativitinya , boleh tak individu jadi org yg suka nak berdiskusi , suka nak bagi idea, berbincang, menilai,,dll..
nak tak nak SIKAP SUKA BERFIKIR perlu dipupuk melalui pedagogi
pedagogi sangant menarik kerana ia membentuk individu melaui sikap secara halus melibatkan juga aspek psikolgi yg andai dilakukan dengan jaya mampu menghasilkan individu yg berpotensi...

dalam proses melahirkan individu berpotensi ini perlu diselitkan juga andragogi dimana learning environment andargogi yg bersifat kedewasaan mampu menghasilkan pemikiran matang dan bernas untuk anak didik

konklusi..peda dan andra perlu dilaksanakan bersama..sebaiknya pedagogi dahulu n then andragogi dan kadang2 perlu diselang selikan mengikut keadaan ...

Unknown on 5 Februari 2009 pada 8:29 PG berkata...

Salam....
Andragogi dan pedagogi sebenarnya dlm bidang yg mana?psikology ker?

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE