Sekarang waktu menunjukkan jam 11 pagi waktu Indonesia.
31 Januari 2009: Saya dan Azlan tiba di Bandung. Bertemu dan berkenalan dengan Mohsin merupakan satu kenangan yang manis-manis belaka. Mohsin peramah dan pemurah orangnya. Hadiah buku daripada beliau yang bertajuk Knight Templar adalah satu pemberian yang takterlupaan. Pertemuan dengan sahabat-sahabat lain di Bandung seperi Awang, Fahmi 1 dan Fahmi 2 sera lain-lain juga mencoret diari tersendiri.
Malamnya setelah saya dan Azlan diserang kebuntuan dek kepadatan penduduk Bandung dan kesesakannya yang melampau, kami berdua naik ‘kerepi’ pulang ke Jogja. Setelah memenuhkan ruangan kosong dalam perut dengan nasi goreng ala Bandung dan air Jus Mangga. Juga setelah berpening-peningan dengan Bahasa Indonesia yang menyesakkan nafas, dengan Capresnya, Cawapresnya, Mukernasnya, malah ditambah-tambah kami beberapa perkataan aneh-aneh seperti air ‘Meyan’, ‘Pator’ dan sebagainya. Juga setelah kami ditampar kemesraan Mohsin dan Awang yang mencengkam. Malah setelah kami bergembiraan dengan keasyikan berukhuwah di sana.
Sementelahan menanti train, saya dan Azlan telah merancang banyak perkara yang mesti diselesaikan. Pastinya ada yang rahsia yang tak tertumpah dalam tulisan saya ini. Namanya pun rahsia. Di dalam train, kami mengambil kesempatan untuk menghirup air herba yang ajaib coraknya. Dalamnya ada kacang dan kentang malah berbau halia. Ada juga beberapa jenis yang tidak kami ketahuan. Apabila kami bertanya pekerja dalam train, beliau dalam nada yang menarik menyebut nama air itu, “Rondeee”.
Pecah ketawa kami. Segala usus perut kami bergerak laju seiringan kepantasan tawa kami. Saya dan Azlan sememangnya berpuas hati. Segala pengalaman dan pengetahuan yang kami kutip di isni, ibarat mutiara berharga. Jika anda ke laut, melihat karangan-karangannya yang indah, seperti Patrick (Tapak Sulaiman) dan lain-lain, sebegitulah indahnya pengalaman kami. Mengusik-usik cewek penjaga kedai beg, bergurau-gurau dengan Um dan Tante Indonesia, melihat pria yang bermain gitar dan berbagai lagak untuk mencari sesuap rezeki. Ia mengingatkan saya kepada Solehah dan Rendra.
Kami tidak sabar-sabar pulang ke Tanah Air. Idea ini sudah tidak tahan untuk disimbahkan dalam aksi praktikal yang mengasyikkan. Otak saya sudah membengkak. Terlalu banyak idea untuk dikeluarkan. Saya tenggelam dan binasa dalam khayalan dan sentuhan idealisme. Roh saya meronta-ronta mahu dilepaskan ke Malaysia segera mungkin agar ia turut dapat beraksi. Gelanggang idealisme telah saya jelajah. Medan praktikal pula menanti.
1 Februari 2009: Saya dan Azlan tiba di Jogja. Amika dan seorang ikhwah akan datang mengambil kami. Rasa rindu kepada Amika meskipun baru sehari berpisah. Bermotor di Indonesia, itu perkara biasa. Rata-rata penduduknya menggunakan khidmat motosikal. Suasananya saling tak tumpah dengan Mesir. Bunyi hon membingitkan telinga. Ketika di Bandung, saya memberitahu Mohsin, saya bisa jadi gila jika saya tinggal di Bandung yang sesak dan menyesakkan.
Pakcik yang memandu travel sewamtu kami ke Bandung juga dahsyat bangat. Ia memandu kereta sangat laju dan menakutkan. Kebetulan saya di hadapan sekali. Saya berdepan dengan satu panaroma menakutkan. Meskipun hujan turut membasahi bumi, travel yang dipandunya semakin laju. Kebetulan saya diapit di tengah-tengah. Sebelah kanan, Pakcik pemandu dan sebelah kiri, cewek yang masih muda. Saya memanggilnya Mbak.
Keberhadiran Mbak di sebelah saya memerangkap saya dalam ruang kegelisahan. Mahu berat ke kanan, ada Pakcik pemnadu dengan gearnya yang besar. Kelak, saya akan menghalang beliau. Mahu himpit ke kiri, ada Mbak yang masih muda. Saya terperangkan dalam tiga dilema. Dilema gear travel yang besar, dilema ikhtilat dan dilema mengantuk yang tidak habis-habis mengusik mata saya.
Diapit di tengah-tengah rupanya satu penyeksaan. Jika saya memilih di sana, apa kata di sini. Jika saya pilih di sini, di sana kan menderita. Fuh, rupanya nilai yang dapat saya ambil ialah, kalau yang satu pun tidak terjaga, jangan cuba ditambah dua.
Sebenarnya hari ini ada pertemuan dengan pimpinan KAMMI Pusat namun masa tidak mengizinkan kami. Kekangannya kuat. Sahabat-sahabat serumah Amika pula mengikuti senaman PKS. Mereka sangat menitikberatkan soal tarbiah jasadiyah. Lihat sahaja Sulthoni dan Agung serta Yoga yang sihat dan bugar. Mas Rijal pula sebaliknya. Ia lebih suka menyihatkan akalnya.
Di saat-saat saya menaip, Azlan sedang melayan fantasinya. Ia kepenatan. Rasa berpuas hati terukir di wajahnya. Di sini, kami saling tolong-menolong. Duit saya adalah duit Azlan dan sebaliknya. sukar untuk kami lupakan kenangan bersama ini. Kami juga telah memasang angan-angan mahu ke Sepanyol, menjejak kembara sang penakluk Tariq bin Ziyad dan Ibn Hazam al-Andalusiy.
“Lain kali, saya mahu bersama ‘orang lain’ pula,” getus hati saya.
Tamat menulis pada jam 1120 pagi.
1 Cadangan/Pandangan:
Catat Ulasan