Hari itu, Qutb terpukul. Idea yang cuba dibawanya telah dipatahkan dengan satu persoalan yang tak terlupa. Sangkanya, ideanya akan disambut bangat dan dijulang, namun tragedi sebaliknya berlaku. Takkan ia lupa apa yang menimpa. Takkan ia mampu buang memori dan memoir yang tak tersangka itu.
Qutb bukan calang-calang orang. Dia benar-benar menjiwai semangat Syed Qutb. Kalaulah Syed Qutb adalah ideolog kepada Ikhwan, maka Qutb ingin sekali menjadi ideolog kepada Ikatan Studi Islam UKM (ISIUKM). Qutb benar-benar menjiwai apa yang dibawa oleh Syed Qutb. Kebetulan nama mereka rapat-rapat, dekat-dekat. Maka Qutb ingin sekali rapat-rapatan dengan jiwa idolanya itu.
Keras, tegas, dan bersemangat. Pastinya dendangan Hakimiyyatullah menjadi basahan lidah Qutb. Buku Ma’alim Fit Tariq entah berapa kali telah dihadamnya. Sampai lebur-lebur buku yang telah sedia usang itu. Kalaulah Tafsir Fil Jalalain, sama juga. Dibaca dan ditilik. Gaya bahasa Syed Qutb pun diteliti dan dimasaknya panas-panas dalam otaknya.
Hari itu, Qutb diminta untuk menjadi panel dalam Seminar Baitul Muslim. Dia terus menggariskan beberapa permasalahan yang timbul dalam bab Baitul Muslim. Hari tu, akan dia pacak betul-betul idea yang telah lama difikirkannya.
Masalah Baitul Muslim yang bermain dalam benaknya bukan soal prosedur mahupun kesetiaan. Dia tidak faham apa itu erti kesetiaan. Dia bukan jiwang orangnya. Dia adalah orang yang tegas. Dia adalah orang yang semangat. Kadang-kadang, semangatnya membuatkan ia terlupa tentang ketenangan dan kesederhanaan. Yang ia tahu, semangat semangat semangat.
Qutb melihat permasalahan utama yang timbul dalam Baitul Muslim ialah masalah muslimat yang ramai tetapi muslimin sedikit. Bagaimana yang ramai mampu menampung dan memenuhi kehendak yang sedikit sedangkan dalam masa yang sama Baitul Muslim telah menjadi Rukun Islam keenam mereka. Mesti berkahwin dengan orang yang sama fikrah untuk memudahkan beberapa proses.
Jika dapat orang yang tidak sefikrah, maka bimbang sekali jika pasangan masing-masing tidak tertahan. Meskipun tidak smeua begitu. Meskipun ada juga yan kahwin sama fikrah tetapi kedua-duanya hanyut. Atau hanya seornag yang hanyut dan seornag lagi tidak mampu untuk mendorongnya.
Qutb melihat, mesti POLIGAMI. Poligami baginya adalah jalan terbaik untuk selesaikan semua permasalahan yang wujud dalam Baitul Muslim. Poligami dilihat sebagai jalan yang dapat membantu muslimat, termasuk menyelesaikan masalah mereka yang tidak bertemu dengan jodoh.
Qutb menyangka ideanya pasti akan bersambut-sambutan, bersahut-sahutan. Dia hanya ingin membantu muslimat. Dia tidak mahu muslimat jadi semakin lemah dan terus melemah. Dia mahukan muslimat yang kuat dan bertenaga. Dia mahukan muslimat yang mampu membawa idealisme jamaah. Dia mahukan muslimat yang teguh mendapat sokongan dan dokongan daripada suami.
Namun persoalan yang timbul di kemuncak progeam, benar-benar mematikan nyalaan obor idealismenya. Sangkanya ingin membantu muslimat namun tidak berjaya kali ini. Hujjahnya terus-menerus dipatahkan. Tiada sahut-sahutan. Orang nampaknya tidak berminat melainkan seorang dua. Tiada sambut-sambutan, malah muslimat dingin sekali mendengarnya.
“Ustaz, ustaz ingin menyelesaikan masalah komitmen muslimat melalui poligami. Maka, kami rasa kamilah yang paling patut berpoligami untuk menyelamatkan komitmen muslimin”.
Dan Qutb terus mati selera.
(jam 7 pagi : ana dah penat menaip. nak buat cerpen tetapi penat sangat. semalam tidur jam 3 pagi lebih. aduh, mengantuknya)
Apa Pengertian Costumer Journey dalam Bisnis dan Manfaatnya
5 hari yang lalu
5 Cadangan/Pandangan:
Poligami itu indah jika betul2 diamalkn mgkut syariat...poligami adalah jalan pintas utk seorg muslimah mendpt cinta Tuhan...itu satu pembuktian cintanya pd Allah..bhw yg menjadi kecintaannya yg no 1 itu adalah Allah dan suami no 2...mzb
Asslmkm,
Ana syorkan ada kumpulan pemikir cuba mendalami sudut pemikiran dan tindakan dalam pengorganisasian Al-Arqam.
Dari pendekatan mereka dan aplikasikan dalam gerakan. Terbukti empayar mereka tidak mampi ditandingi oleh mana pertubuhan lagi setakat ini.
Tetapi berkenaan dengan akidah janganlah kita caknakan. Yang penting apa yang tersirat di sebalik kejayaan jemaah tersebut perlu kita selami, insya-Allah banyak manfaat pada jemaah.
Ayuh para qaidah sulbah. Kita kaji dan bahaskan, Wallahua'lam.
Az-Zahir
Al Arqam dah xde..yg ada sekarang Global Ikhwan...x slah nk sebut Al arqam..kut takut x jumpa cari..hehe..
Assalamualaikum...
Tulisan yang menarik.
Boleh di kembangkan jadi cerpen yang bermanfaat.
backgorund isu tentang poligami, menarik untuk di kupas dan bincang dalam pandangan islam.
apa lagi kisah poligami baginda saw. namun perlu di bangkitkan suasana realiti yang berlaku dalam masyarakat hari ini impak dari poligami. banyak pandangan negatif yang di bangkitkan.tak kurang juga kisah benar poligami yang menyayat hati. Tapi ada juga yang positif. mungkin sudah mula masanya kita semua ( umat islam ) menjernihkan kembali fahaman kita tentang poligami berpandukan kepada kalamullah dan sabda baginda saw.
isu lebih besar dan kiritkal umat islam hari ini adalah, senario masyarakat islam, mula yang mula mempersoalkan tentang poligami dari sudut equity gender dan justice.
puak islam liberal, sudah mula mengancam institusi kekeluargaan islam dengan doktrin2 yang bertentangan dengan ajaran islam. apa lagi mereka sudah mula menyuntik doktrin2 emansipasi wanita . ini sudah berkait dengan persoalan akidah umat islam .
Bangun dan bangkitlah wahai sahabat seperjuangan semua , musuh islam dan orang - orang fasik dan munafik tidak pernah henti menyerang akidah kita. Marilah kita perluaskan dan menajamkan lagi skop perbincangan poligami ini dengan memberi wajah dan nafas baru, bukan lagi pada soal jemaah, fikrah dan sbgnya.
Salam...
Isu poligami....
1-Islam
2-Perjuangan Islam
3-.........
4-.........
Teringat kata2 seorg shbiah "kalau nak poligami blh tp sebab perjuangan jer kalau tidak tak blh"
Dan ada jgk kata2 seperti ini "kalau ditakdirkan poligami myb time org kedua malam tu kita blh penuhkan dgn tahajud dan sebagainya.Poligami itu blh didalam Islam....namun setakat mana kita memahami istilah tersebut....Segala yang terjadi ada hikmahnya.....
Wish U all the best......
Catat Ulasan