Khamis, 12 Februari 2009

INSYIRAH


Hari itu, Insyirah berasa sangat berpuas hati. Baru sahaja tadi ia berbahas dan berbincang panjang dengan Prof Ahmad berkaitan dengan teori kebangkitan Islam. Prof Ahmad tegar menganut aliran yang mempercayai bahawa Islam perlu dibangkitkan menerusi ilmu dan pendidikan meskipun sangat lambat.

“Malangnya prof, jika prof menyebut teori kebangkitan Islam adalah mesti menerusi pendidikan dengan mendidik masyarakat, saya bimbang Islam akan bergerak sangat lambat. Malah setakat ini belum ada sejarah yang menunjukkan Islam bangkit dengan cara sebegini. Maka saya tetap berpendirian Islam mesti ditegakkan dengan pelbagai cara termasuklah politik dan ekonomi,” hujjah Insyirah. Mereka berbahas dan erbincang hampir sejam lamanya.

Insyirah memahami bahawa Islam sangat menitik beratkan soal ilmu dan keilmuan. Namun dalam masa yang sama, konsep Islam ialah satu nizam yang syamil dan menyeluruhi seluruh aspek kehidupan yang ada. Islam bukan sekadar ilmu malah Islam juga potik. Sa’id Hawwa menyebut, Islam adalah sesuatu yang luas.




Insyirah mengagumi pemikiran Said Nursi yang membawa Islam melalui pendidikan. Malah ketika dipenjarakan, tiba-tiba sahaja penjara itu bertukar menjadi medan keilmuan. Risalh al-Nuriah menyinari penjara tempat al-Nursi dikurung dan dipenjarakan. Insyirah juga snagat mengagumi Abdullah Azzam yang menyatukan seluruh kumpulan Mujahidin yang ada di Afghanistan sehingga terbentuk lekuk wahdah kalangan mereka untuk mengusir tentera Soviet. Begitu juga dengan teori Pan-Islamisme al-Afghani yang sangat menarik perhatiannya.

Insyirah rajin sekali membaca. Bahan bacaannya berat, di samping novel-novel yang santai untuk menghiburkan hati. Insyirah tidak terlepas daripada fitrah manusia lain turut meminati bidang kesusateraan. Ia seorang penulis yang baik. Novel-novel bagi Insyirah adalah tempat untuk mengayakan bahasanya.

Satu persoalan yang timbul dalam diri Insyirah ialah, mengapa Aisyah terpilih menjadi isteri nabi SAW. Pasti ada rahsia yang tersembunyi. Pasti ada sebab yang tersorok. Pasti Aisyah memiliki kekuatan sehingga membolehkannya menjadi isteri nabi tersayang. Inilah yang banyak mengganggu perasaan Insyirah.

“Apa rahsia Aisyah, ummi?” Hajjah Ruqaiyah tersenyum lebar. Ia berhenti melipat kain sambil melihat ke arah anak perempuannya tersayang. Insyirah satu-satunya anak perempuan Haji Sibyan dan isteri. Setahu saya, abangnya yang sulung kini sedang menuntut di Tahrim, Yaman bersama al-allamah Sheikh Salim. Abangnya yang kedua pula sedang menuntut ilmu hadis di Syria setelah menamatkan pengajian hadis selama dua tahun di India. Sedangkan adiknya pula dihantar abinya ke Syria. Setahu saya, adiknya baru sahaja mencecah usia 15 tahun. Haji Sibyan ternyata berani menghantar anaknya ke luar negara. Pernah Haji Sibyan menceritakan kepada saya, “Ulama dahulu, sejak kecil lagi mereka mengembara dan ibu bapa mereka menyerahkan urusan anak mereka kepada Allah. Maka ana pun begitu, ingin meneladani kecekalan ibu al-Syafei yang menghantar anaknya menuntut ilmu ke Madinah dalam usia sembilan tahun,”.

Cuma Insyirah di Malaysia. Buat peneman ibunya. Itu pun Insyirah semasa cuti menghabiskan masanya mempelajari kitab daripada abinya. Dengar-dengarnya, kini Insyirah sedang menadah kitab al-Muhazzab berkaitan fiqh.
“Rahsia Aisyah ialah kesediaan rohaninya. Beliau pertamanya sangat berguna untuk menjadi penyampai mesej kehidupan nabi SAW ekpada orang lain kerana ingatan otaknya sangat kuat. Kedua, Aisyah mewarisi kekuatan abinya. Namun kesediaan rohaninya itulah menjadi rahsia yang tersimpan, yang tidak mampu dicungkil oleh kita lantaran tohornya hikmah kita,” Hajjah Ruqaiyah menyusun ayat dengan baik, memberikan jawapan utnuk memuaskan hati anaknya yang tersayang itu.

Apa kesediaan rohani Aisyah? Itu persoalannya. Abu Bakar juga ada rahsia yang tidak terungkap. Malah Insyirah sendiri mengagumi abinya yang sentiasa bangun di waktu malam menjelang pukul empat pagi. Apabila Insyirah bertanya abinya, apakah ia tidak penat mengerjakan solat di awal pagi. Abinya menjawab, “Jika kita ingin tidur nyenyak, maka kita kurangkanlah tidur di dunia”. Sejak itulah Insyirah membiasakan dirinya untuk bangun menjelang jam lima pagi setiap hari.

Pernah satu ketika saya terserempak dengan Insyirah dalam keadaan bermuram. Saya bertanyakan Faten kenapa wajahnya sesugul itu. Faten mengatakan Insyirah ditimpa kesedihan kerana terlepas tahajud semalam walhal ia kepenatan untuk kempen dalam pilihan raya.

Gadis haraki. Itulah gelaran untuk orang semacam Insyirah. Ia sentiasa memberikan semangat kepada kawan-kawannya di saat yang lain lemah. Ia yang mengejutkan rakan-rakannya yang lena tertidur. Ia yang menyentak mimpi-mimpi indah mereka dengan tindakannya yang tidak lekang dek panas dan tidak lekang dek hujan. Kemampuan siasah Insyirah mungkin tidak setanding dengan kami kaum Adam, namun kemampuannya menterjemahkan Fiqh Usul dalam siasah syar’iyah itu yang mengagumkan.

“Islam perlukan orang semacam kita yang ditarbiah untuk mendokongnya,” itulah yang selalu dilaungkan oleh Insyirah.

Faten menggelar kawannya ni sebagai perindu malam. Pernah Insyirah didapati menangis di waktu petang sewaktu melihat rakan-rakannya yang lain sedang bermain. Apabila ditanya oleh Aminah, ia menjawab, « Ana rindukan malam. Ana ingin mengadu kepada Allah kelemahan diri ana, ».

Kenapa Aisyah menjadi Isteri Rasulullah ? Apa rahsianya ? Alangkah, ia sangat menganggu perasaan Insyirah.

Apakah kerana kecantikan ? Atau kerana beliau seorang yang nakal ? Atau beliau seornag yang berilmu? Atau kerana Aisyah anak kepada sahabat nabi yang terkemuka? Insyirah masih belum berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh umminya.

“Ustaz, maafkan ana kerana ana mengganggu ustaz. Ana ingin sekali tahu apa kekuatan sebenar Aisyah R.Anha. Ana bertanyakan kepada ustaz kerana ustaz seorang yang terpercaya dalam bidang ilmu,” saya mendapat SMS daripada Insyirah satu hari.

Saya menggeleng tidak tahu sambil membalas SMS nya. Dan saya yakin, Insyirah tidak akan berhenti daripada mencari hakikat kekuatan ruhani Aisyah seperti yang dikatakan oleh Umminya.


4 Cadangan/Pandangan:

geniusdaily on 12 Februari 2009 pada 8:53 PG berkata...

moga akan lahir lebih ramai 'insyirah' dalam dunia serba gila sekarang..ayuh jundatullah, jadikan 'insyirah' sebagai satu realiti, bukan hanya mimpi di alam maya

Unknown on 12 Februari 2009 pada 10:08 PTG berkata...

Salam....
Satu penulisan yang bagus namun terdapat beberapa kekeliruan dalam penceritaan...walaupun hnya sekadar cerita namun perkara-perkara yg remeh juga harus diambil kira begitu jg dlm melaksanakan gerak kerja J.ana cuma nak bertanya dlm episod pertama insyirah ada dinyatakan insyirah ada kakak namun dlm episod kali ni insyirah merupakan ana tunggal perempuan dan ada abang2.....Pelik tp tak tahu yang mana benar.....kadang2 kerana kita terlalu seronok menulis kita lupa ttg apa yg telah kita tulis seblm itu.....sesungguhnya penulisan itu bukan sekadar idea tp disertakan dgn perkara2 yang sepatutnya realiti walaupun bunyinya seperti fantasi....Apa2 pun satu cubaan yang baik dan myb slps ni ustaz perlukan seorg editor utk edit karya ustaz krn sebagai manusia kita sentiasa melakukan kesilapan terutamanya diri ana sendiri.Aplikasinya dlm J apabl shabt2 menberi cdgn maka shbh2 akan menganalisis dan mengedit dan sebaliknya.baru ada keseimbangan.....Sesungguhnya yang baik itu dr ALLAH dan yg buruk itu dr diri ana sendiri....

Selamat Berkarya.....

Tanpa Nama berkata...

salam ustaz. saya rasa tak faham dengan cerita insyirah. maaf ana katakan, ceritanya kadang-kadang agak tak sesuai. mungkin boleh tulisan ustza lebih serius.jika saya tidak mengenali usatz, saya akan berfikiran yang tak berapa elok ttg cara penulisan begini ataupun kenduri walimah ustaz semakin hampir.

www.hanaazzahra.blogspot.com on 13 Februari 2009 pada 8:42 PTG berkata...

salamulllah...
karya yang menginsafkan....
betapa pentingya ilmu dalam mencari kebenaran...tp ingat... dalam memuji bintang di angkasa,jgn lupa rumput di dunia.walhal itu jg pelengkap panorama...berpesan biar IKHLAS kerna SATU,ingat...yg d bawah juga di atas... mentarbiyah pd realiti bukan berpaksi ilusi...bnyk wasilah bukan bererti boleh ambil mudah,tp perlu berusaha dgn gagah...ingat...ingat...jadi diri sendiri..itu lbh baik bg anta..ketaatan slps beriman...itulah ISLAM....wa ALLAHU a'lam...

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE