Beberapa orang terkejut apabila saya mencadangkan agar dihazafkan sahaja tajuk ta’addud jamaah. Malah seorang ustaz menyatakan kesalannya di hadapan saya terhadap idea giler yang cuba meghazafkan tajuk tersebut. Tajuk tersebut kontroversi. Boleh jadi saya akan direman jika saya meluaskan lagi idea agr dihazafkan sahaja tajuk tersebut.
Tiada konsep Jama’atul Muslimin. Yang ada adalah Jamaah Minal Muslimin. Jika kita menggunakan Jama’atul Muslimin,bermakan kita mendabik dada dengan mengatakan hanya jamaah kita yang benar sedangkan jamaah lain adalah silap dan salah. Manakaa Jamaah Minal Muslimin menunjukkan bahawa kita mengktiraf jamaah yag lain.
Tidak boleh satu jamaah pun sekarang yang mendakwanya dirinya syumul dan terbaik. Kewujudan jamaah yang banyak memberikan keuntungan kepada Islam dalam beberapa aspek meskipun kita tidak menafikan ada buruknya juga di sana.
Apabila ada yang mencadangkan supaya diadakan satu kesatuan antara jamaah-jamaah yang wujud, saya tidak bersetuju. Biarlah jamaah yang wujud ini meneruskan kegiatannya. Saya menyebut apa yang pernah diperkatakan oleh al-Banna ketika menjawab persoalan apa perbezaan antara ikhwan dengan Syubban. Sang Mursyid menjawab, “Ikhwan dengan Syubban adalah sama dari sudut tujuan namun kami berbeza dari sudut pendekatan”.
Sukar untuk menyatukan dua pemikiran berbeza dalam satu wadah. Sangat sukar. Masing-masing ada alirannya. Gamis menghormati PKPIM dan Karisma namun ada beberapa pemisah antara ketiga-tiga jamaah ini daripada bersama. Perbezaan ini tidaklah menimbulkan permusuhan atau perbalahan sebaliknya ia hanya perbezaan yang diampuni. Sebagaimana perbezaan antara metode al-Syafei dengan Hanbali.
Saya paling tidak bersetuju dengan sikap cuba menohmah jamaah lain. Meskipun begitu, saya awal-awal lagi menyatakan ketidaksetujuan saya terhadap Hizb Tahrir dan Ikhwan ‘Alami, juga Pemuda Kahfi. Namun saya sangat menghormati Karisma dan PKPIM malahmenjalin hubungan yang baik dengan mereka.
Disebabkan itulah saya tidak menyenangi tajuk ta’addud yang ada sekarang. Ia hanya merugikan. Adabeberapa orang bimbang dengan fenomena pemikiran seperti saya ini akhirnya meluahkan satu dimensi. Kata mereka, sekarang nampaknya, kecelaruan fikrah sudah bergolak semula. Antara yang memulakan jamaah dalam jamaah adalah Gamis.
Saksikan wahai kalian, jika dikatakan saya cuba membentuk jamaah dalam jamaah sedangkan saya sebenarnya hanya ingin menjernihkan kekeruhan, maka saya rela dipanggil pemecahbelah. Saya tidak akan berundur daripada meneruskan niat ini lagi. Yang terpenting sekarang adalah Islami Islami, la syarqiyah wala gharbiyah.
Apa salah jamaah lain sehingga harus kita menyebut kesilapan mereka satu persatu? Yang kurang itu, lupakanlah. Kita sibuk menohma kesalahan dan kekurangan jamaah lain sednagkan kita lupa untuk melihat kekurangan jamaah kita yang bertambun.
Saya akan mengadakan satu hari bersama pimpinan PKPIM dan Karisma tidak lama lagi. Kami akan dduk semeja ntuk membincangkan masalah ummah. Kami akan lupakan segala tembok yang membentengi kami selama ini. Kami akan cuba berbincang dalam bentuk yang terbaik. Kami akan cuba bincangkan bagaimanakah caranya untuk memurnikan semula Islam di Negara ini.
Lupakan perbezaan, binalah persamaan. Hapuskan kertas kerja Ta’addud Jamaah, lebih baik kita membincangkan tajuk Format Gerakan Baru yang ideal. Tidak perlu kita bersama dalam satu jamaah, tetapi dari sudut fikrah dan kebersamaan
Malah kedengaran satu idea yang lebih kencang bertiup, kalau dari sudut siasah kita oleh tahaluf, maka sepatutnya kita sudah memikirkan untuk tahaluf dalam tarbiah.
Bagaimana serasa anda???
13 Cadangan/Pandangan:
salam..dzul..ana rasa idea ni dah lama dah..zaman ustaz azizan lagi..masa kita kat NP lagi dia dah gtau ana..apa2 pon memang wajib buang dah tajuk ni..
tak perlu dah ada tamrin2 fikrah ni..biar je budak2 ni nilai dan pilih sendiri..lagi senang..kita cuma cakap jer..
lengkap melengkapi ssato sama lain lagi baik.
tapi perjuangan GAMIS mesti jelas. Apa bedanya GAMIS dgn Karisma dan PKPIM tanpa menburuk-burukkan mereka
dalam PAS pun ada JIM dan ABIM. Matlamat PAS berjaya menyatukan mereka walaupun ada perbezaan pdapat di antara mereka
sdra ramadhan fitri pernah tulis artikel ttng kesatuan fikiran dlm majalah I. cari..
pak mat
setuju dengan artikel yg ditulis ustaz dzul,yg paling menarik adalah tentang penggunan perkataan Jamaah Minal Muslimin dan tidak lagi menggunakan Jama’atul Muslimin.hujah yg dinyatakan cukup jelas untuk megukuhkan konsep saudra,saya yakin semua ini bermula dari hati yg tulus ikhalas saudara berjuang untuk agama Allah.
sebagai seorng yg sednag berusaha untuk merapatkan jurang jemaah kampus di malaysia ini,saya berdiri no 1 di belakang saudara untuk memperthankan tindakan saudara ini.Teruskan perjuangan ustaz,kerana masih ramai lgi akan menyokong,tetapkan pendirian,kukuhkan iman,mantapkan ilmu,tambahkan taqwa da yakinlah bahawa Allah sentiasa menolong hamba-hambaNya yg ikhlas berjuang di jalanNya.dan perjuangan untuk menyatukan ummah ini adalah jihad utama yg perlu kita lakukan bagi mengmbalikan keagungan Islam di muka bumi Allah swt ini.Terusakn Jihad dan salam perjuanagn ;-)
pemimpin yang baik akan memimpin anak buahnya dengan baik.
Mabruk akh dzul! Looking forward to meet GAMIS insyaAllah.
Abdullah Omar Muhamad Fuad
Presiden Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (Karisma)
bgus2..pasni smua budak2 dlm tmrin jgn sbut lg ttg pas,sbut je 'antum msuk je mana2 yg bagus' insyaAllah akan mkin kukuhlah gamis dgn idea mcm ni..pasni,jgn duk bsing lah kalau ahli mlompt2 k jmaah lain.jgn duk brbut lah dah dgn geng2 'islah' dan 'belia islam' ye..kpd abu: tmrin fikrah tk pyh buat dh?bckp guna ilmu atau nk tnjuk anda pnykong kuat pres.gamis..pdgn dzul hnya prbdinya,msih bleh dinilai.bkn arahn yg wjb dituruti..jgn mysl bila ana buah nnti duduk dlm bnyk jmaah.pastu,jgn kmen kalau mereka tak tau dh nk bg wala' pd yg mana.jgn duk bncg dh pasni ttg isu 'ummah centric' dn seumpamya...jgn skdr bg pdgn disini utk mgmbl hati pmpnan2 mahaswa jmaah lain..
Nak tau kenapa tuan presiden tak setuju dengan Hizbut Tahrir n Ikhwan 'alami? bukan kah mereka juga bawa Islam.. tarbiyah islam.. Apa masalahnye.. sila jelaskan... -ingin tahu-
TO TANPA NAMA:
SUDAHLAH..SILALAH BUANGKAN PEMIKIRAN JUMUD MUMUD ANDA TU..NI BUKAN KES NAK BODEK,CUCUK,AMPU PIMPINAN..WHAT THE POINT..HAHA..
BACA SEMULA POINT USTAZ DZUL TU..JANGAN SEDEY KALAU KITA AKU NAK KATA, KITA SEKARANG PATUT DAH BOLEH BUAT BAITULMUSLIM LINTAS JEMAAH..MESYUARAT LINTAS JEMAAH, TAMRIN RENTAS JEMAAH, TAPI, STILL KITA MASIH ADA PRINSIP LAGI BRO..KALAU NGAN KENGKAWAN BUKAN MUSLIM KITA LEH RENTAS MEETING RUMAH DEPA, KENAPA DENGAN JEMAAH LAIN YANG ISLAM X LEH BRO? TAPI NGAN UMNO JANGAN LAH PULAK HAMPA NAK BERTAADUD2 NI..UMNO APA KEJADAHNYA..AKU BIMBANG KARANG ADA YANG KELUAR HUJJAH UMNO PUN KITA KENA TAADUD LA MACAM TU..APA KEJADAHNYA..NI BELUM HABIS BACA BUKU LA NI..MAAF LA, TEREMOSI LAK NGAN HUJJAH DANGKAL TANPA NAMA TUE..
emmm..moleklah tu.kluar kmpus nnti pakat2 msuk bnyk2 jmaah.pastu,mgluh pas tkde tenaga.smua msuart blh msuk,smua tmrin blh msuk..pastu wala' tk thu nk bg kat jmaah mana..baca tlisn ust din tntawi ttg fhmn smua jmaah smua btul dn smua bleh msuk..jgn angkuh sgt bhujjah.pdg skliling.kami ni org bwh je Pak Abu oiiii..tapi,sygkn jg jmaah.bkn tgur krna dengki tk tntu psl..knyataan mcm ni hnya buat kampus2 yg bru nk hdup trbiah jd bclru nk ikut pdgn sape..kejap suh baiah pas,kejap..msuk je mana2..ok lah Abu.anda bijak..truskn.
Masa untuk melangkah setapak ke hadapan. Tak nak ikut? Tinggal la hang.
Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya..biarkan..biarkan...
bleh?
Salam'alaik Ustadz..
Dalam berfikir, tidak semua mampu mencapai apa yang orang lain capai... maksud yang cuba dibawa belum tentu dimengerti seperti apa yang diingini...
Apa yang ustadz cadangkan ni bukanlah idea baru.. malah sudah lama dibincangkan... dan hasilnya mereka yang lebih arif yakin masih punya keperluan untuk pentingnya di murnikan darihal ta'addud Jamaah ini...
Namun, ana masih berpegang untuk meyakini setiap jemaah punya tujuan yang sama... method membezakan kita... namun dari situ, kita perlu memberitahu ahli apa kuatnya kita berbanding yang lain... dan akhirnya salinglah kita melengkapi akan lompong-lompong yang ditinggalkan jemaah lain ini sambil kita juga mengharapkan lompong yang kita tinggalkan juga ditampung oleh yang lain...
Dengan harapan.. diakhirnya nanti... martabat islam yang akan dijulang!
ana bersetuju dgn akh dzul, cuma perlukan perancangan yg lbih specific, prepare fo the worst. stakat pglmn ana, mmang kita sering menilai & mngkritik j lain, hnggakn lupa mlihat klemahan pada diri sndiri. alngkah baiknya jk tiap prtubuhan mnjalankan tugas masng2 mngikut method dan mnhaj masg2, dan mnghrmati grakan2 yg ada krn mreka jg bkerja utk islam. waLlaahu'alam
ust ada kata ust tak setuju dengan hizb tahrir, ikhwan 'alamu dan pemuda kahfi.
boleh tak ust bagi pandangan atau komen mengapa ust tak boleh terima mereka tapi dengan PKPIM dan Karisma boleh?
setuju dgn pndangan ust zul...
ana prnah mngikuti 1 bngkel bwh jmaah gamis,di mana salah satu slt cramahnya adlh bkaitan taadud jmaah...ape yg ana nmpak,pnceramah tlalu truk mngkritik dan mngutuk jmaah2 yg laen...
spatutnya hujah2 yg dkeluarkn perlulh lebih trbuka agar ahli dpt mmbuat penilaian dgn lbih baik..
Catat Ulasan